Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya

7 Petua Mengambil Hati Suami Untuk Kembali Mencintai

by Jash Lee
November 28, 2020
11
KONGSIAN
Share on Facebook

Memang tidak dinafikan, setiap rumah tangga yang dibina pasti akan dilanda badai yang bergelora. Meskipun cuba dielak namun kadang-kadang ia hadir juga. Dugaan demi dugaan yang berlaku seperti tidak dinafikan sedikit sebanyak boleh mengurangkan rasa cinta pasangan terhadap diri. Namun jangan terus membiarkan perasaan begini terus melekat. Cubalah beberapa tip yang akan kami senaraikan yang boleh dijadikan panduan agar cinta kembali berputik dan untuk mengajak sang suami kembali mencintai anda.

Menghiaskan Diri

via baituljannah.com

Isteri harus bijak untuk menghiaskan diri agar sentiasa kelihatan cantik. Tidak hanya ketika mahu keluar bekerja, lakukan hal yang sama ketika anda berada di rumah terutamanya sewaktu suami juga berada di rumah. Keadaan ini akan menimbulkan rasa bangga si suami pada anda. Akan timbul rasa suka dan mencintai anda sepenuh hati dan selamanya. Pastikan penampilan anda sentiasa sedap mata memandang hingga boleh menyebabkan si suami sentiasa rasa jatuh cinta dan tidak akan memandang perempuan lain.

Berani Mencuba

Dalam hal ini biasanya akan dikaitkan dengan hubungan seksual. Mungkin selama ini suami yang mendominasi keadaan dan anda hanya menyerah. Ada kalanya suami bosan dengan situasi yang sebegini dan menganggap anda tidak kreatif dan suka bersikap sambil lewa. Apa kata anda cuba mengambil inisiatif dan memulakan langkah dalam menjalin hubungan seks yang lebih hangat. Berikan persembahan yang terbaik dan pastinya suami tidak akan melupakan yang padanya ia adalah suatu detik yang sangat indah.

Bersikap Merendah Diri

via alhadiy.com

Jangan sesekali menunjukkan sikap yang kasar pada suami. Tidak rugi rasanya jika anda mengamalkan sikap yang lebih rendah diri dan sentiasa memenuhi kehendak suami. Jika dia menginginkan hubungan yang lebih intim, cuba penuhi sahaja hasratnya  kerana itu sememangnya tuntutan yang wajib untuk seorang isteri. Jika anda mengamalkan sikap sebegini, nescaya secara psikologinya akan mempengaruhi semangat suami untuk kembali mencintai anda.

Bilik Tidur Yang Kemas

Bilik tidur adalah tempat yang paling selesa untuk melepaskan penat lelah setelah seharian bekerja. Untuk itu, pastikan suasana di bilik tidur senantiasa kelihatan kemas dan sedap mata memandang. Letakkan sedikit pewangi aromaterapi agar minda juga merasa lebih tenang. Amalkan sikap sebaik sahaja selepas bangun dari tidur, terus mengemas bilik tidur anda. Kerap menggantikan cadar dan pastikan sembur wangian untuk menghasilkan rasa nyaman dan selesa. Bilik tidur juga adalah tempat yang paling ideal untuk pasangan boleh berkongsi cerita dan jika kena cara melayannya dengan sedikit ransangan yang manja, si suami pasti tidak akan meninggalkan anda sendirian di situ.

Sentiasa Bersikap Bijak

via blogspot.com

Isteri perlu sentiasa bersikap aktif dan agresif dalam semua perkara. Jangan pula bila satu ditanya, satu juga jawapan yang diberi. Pastikan anda lebih banyak membaca dan mengetahui hal ehwal semasa agar anda nampak lebih berilmu ketika anda dan pasangan membincangkan apa sahaja perkara. Kebiasaannya, si suami lebih suka jika isterinya lebih bijak, aktif dan agresif dalam menguruskan hal dalam rumah tangga. Pastikan dia juga tidak akan merasa malu dan sentiasa berbangga mendapat isteri seperti anda sehinggakan cintanya kepada anda sangat dalam.

Sentiasa Bersikap Terbuka Dan Jujur

Pantang bagi seorang lelaki yang bergelar suami jika kita cuba menipu mereka. Anda perlu bersikap lebih terbuka dan harus jujur dalam perhubungan bagi mengembalikan kepercayaan dan rasa cintanya pada anda. Misalnya, jika anda kurang senang akan sesuatu tentang diri atau sikapnya, jangan sesekali anda berdiam diri, sebaliknya luahkan sahaja semuanya dan berterus terang. Cuba beritahu apa yang seharusnya si suami lakukan. Jika anda mengamalkan sikap yang jujur sebegini, ianya akan menambahkan lagi semangat dalam bercinta dan perhubungan.

Sentiasa Memberi Pujian

Setelah anda merasakan bahawa anda sudah berjaya untuk kembali merampas cintanya yang hilang, berikan pujian atas semua kehebatan si suami. Melalui pujian yang diluahkan, pastinya si suami akan berasa sangat bangga. Walau bagaimanapun, jika suami anda kurang hebat, jangan sesekali anda mencelanya kerana hal ini hanya akan menambahkan sengsara di hati anda. Kalau boleh dengan cara baik, berterus terang sahaja dan berikan cadangan yang bagus untuk mengatasinya. Semua cara ini akan membuatkan  suami anda tampil lebih baik di masa akan datang.

Tak salah kiranya kalau isteri cuba untuk mengalah demi menjaga keharmonian dan kasih sayang dalam rumahtangga. Cuba ambil hati suami kerana sememangnya syurga bagi seorang isteri terletak pada suaminya.

suamiisteri sedangkanlidahlagitergigit inikanpulasuamiisteri tipsuamimencintai
https://lomp.at/xbca5
Share4Tweet3SendShare

KINI TRENDING

Gambar: AI Generated
LifeXplore

Raikan Valentine Di KL Dengan 5 Aktiviti Seronok & Romantik Bersama Pasangan

by Farah Fatihah
February 15, 2026

Hari Valentine bukan sekadar tentang bunga atau coklat. Ia juga peluang untuk mencipta memori manis bersama pasangan mahupun sahabat. Jika...

Read moreDetails
Foto - masjidsrisendayanofficial (FB)
Islamik

Solat Fardu Boleh Qada’ Ketika Solat Terawih?- Ini Cara Senang & Mudah Nak Faham!

by Nurul A.
February 26, 2026

Ganti (Qada') solat fardu ketika solat terawih? Boleh ke? Tak dinafikan bila tibanya bulan Ramadan, ramai yang berlumba-lumba untuk mengumpul...

Read moreDetails
Foto - @pureluxury.mag (IG)
Budaya

5 Filem Romantik Untuk ‘Netflix & Chill’ Dengan Si Dia Semasa Hari Kekasih 2026!

by Nurul A.
February 9, 2026

Tinggal lima hari sahaja lagi sebelum Hari Kekasih tiba! Untuk pasangan yang mahu mencipta momen yang paling romantis dalam suasana...

Read moreDetails
Foto - indonesiaberbagi.id
Budaya

Tak Sempat Ganti Puasa Sebelum Ramadan 2026?- Ini Cara Bayar Fidyah ‘Online’

by Nurul A.
February 5, 2026

Bayaran fidyah adalah wajib kepada mereka yang tidak sempat mengagantikan puasa sebelum tiba Ramadan seterusnya. Bulan Ramadan untuk tahun ini...

Read moreDetails
Budaya

Ramalan Baju Raya 2026: Dua Warna Ini Bakal Trending! Siap Menggoda Mata Tahun Ini

by Phic ARMAN
January 26, 2026

Syawal 2026 semakin menghampiri, dan bagi peminat fesyen Raya, soal warna baju pasti menjadi topik hangat. Ramalan dari pengusaha fesyen...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore