Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya Tips

Tip Penjagaan Bibir Yang Sihat Secara Semula Jadi

by Jash Lee
June 7, 2020
29
KONGSIAN
Share on Facebook

Mesti ramai yang mengidamkan bibir merah merekah dan sihat menawan kan? Kekerapan menggunakan gincu akan memberikan kesan yang negatif dimana bibir akan kelihatan gelap yang disebabkan oleh kandungan bahan kimia yang digunakan. Bibir yang kusam juga akan menyebabkab wajah akan kelihatan lebih lesu dan tidak bermaya.

Disini kami ada jalan penyelesaian dan tip penjagaan bibir agar sentiasa nampak merah, segar dan bermaya dari bahan semulajadi dan natural yang boleh anda lakukan sendiri di rumah.

1. Madu

via Hijab & Heels

Semua tahu yang madu mempunyai banyak khasiat yang sangat baik untuk kesihatan dalaman mahupun luaran. Madu juga mampu untuk memerahkan dan menyegarkan bibir. Hanya sapu pada keseluruhan bibir dan biarkan ia meresap selama 10-20 minit. Setelah itu, basuh bibir dengan menggunakan air biasa atau air suam. Lakukan tiga atau empat kali seminggu. Hasilnya pasti memuaskan.

2. Mentega

via Kumparan.Com

Sapukan mentega di bibir pada setiap malam sebelum tidur. Mentega dapat membantu mengembalikan warna bibir menjadi lebih segar dan kemerahan.

3. Daun Ketumbar

via CNN Indonesia

Daun ketumbar berfungsi untuk memudarkan warna gelap dan kusam pada bibir. Hanya hancurkan dua lembar daun ketumbar dengan air, kemudian sapukan pada bibir dan biarkan selama 20 minit. Selepas itu, bilas dengan air suam. Anda boleh lakukan ini secara kerap bagi mendapatkan kesan yang maksima.

4. Limau Nipis

via New Malaysian Kitchen

Selain digunakan untuk menghilangkan jerawat pada kulit wajah, limau nipis juga mampu memerahkan bibir kerana kandungan vitamin C pada limau nipis terbukti mampu memudarkan warna gelap pada bibir. Caranya ialah dengan mencampurkan 2 sudu perahan limau nipis dan 2 sudu air suam kemudian sapukan pada bibir. Biarkan sehingga 10 hingga 15 minit dan bilas menggunakan air suam.

5. Minyak Zaitun

via Keluarga

Campurkan madu atau gula dengan beberapa titisan minyak zaitun. Oles campuran minyak zaitun tersebut pada bibir. Biarkan seketika dan basuh dengan menggunakan air yang bersih.

6. Kelopak Bunga Mawar

via Tribunnews.com

Letakkan beberapa kelopak bunga mawar di dalam air dan sapukan air mawar tersebut pada keseluruhan bibir sebelum tidur. Jadikan ia sebagai rutin harian anda. Tip ini sangat sesuai dan dapat memerahkan bibir secara semulajadi.

7. Kunyit Hidup

via Hafiz Rahim

Tumbuk sedikit kunyit hidup dan campurkan dengan 1 sudu teh susu suam atau susu krim. Urut bibir anda dengan menggunakan ramuan ini setiap hari selama 5 minit. Cara ini dapat memerahkan bibir secara semulajadi dan bibir akan menjadi lebih kenyal.

8. Yogurt

via Medical News Today

Dengan mencampurkan yogurt, madu, tepung beras dan beberapa titisan limau nipis yang digunakan secara teratur memang mampu membuatkan bibir kelihatan merah secara semulajadi.

9. Avocado

via Youmatter

Kisar 50 gram avocado hingga halus, kemudian titiskan 2 hingga 3 titis minyak zaitun. Sapukan adunan tersebut pada seluruh bibir. Biarkan selama 6 minit dan bilas dengan menggunakan air yang bersih. Lakukan ini sebelum tidur.

10. Minyak Badam

via Bukanaku

Bibir yang kurang kelembapan akan menyebabkan ia menjadi gelap. Minyak badam mengandungi zat yang mampu membantu melembapkan bibir. Hanya sapu minyak badam yang dicampurkan dengan jus lemon dan madu pada bibir sebelum tidur  untuk kesan yang lebih maksima.

Selamat mencuba!

bibirmerahmenawan tipdiy bibirmerahsemulajadi
https://lomp.at/1nher
Share27Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @khimpulbuguri (IG)
Tips

Asyik Menguap Di Siang Hari Ketika Puasa? Baiki Pola Tidur Kamu Begini

by Nurul A.
February 23, 2026

MURAI percaya ramai orang akan alami situasi yang sama, iaitu menguap tanpa henti di siang hari ketika puasa, lebih-lebih lagi...

Read moreDetails
Gambar: AI Generated
LifeXplore

Elak Kelam-Kabut! Ini 7 Tips Persiapan Hari Raya Yang Ramai Terlepas Pandang

by Farah Fatihah
March 13, 2026

Menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, ramai yang mula sibuk membuat pelbagai persiapan. Daripada membeli baju raya, menghias rumah sehinggalah menyediakan...

Read moreDetails
Tips

20 Kawasan Berada Di Tahap Satu & 2 Panas- Ini Tips Hadapi Cuaca Panas Melampau

by Nurul A.
March 24, 2026

Tak dinafikan beberapa hari kebelakangan ini, Semenanjung Malaysia berdepan dengan situasi cuaca panas sehinggakan Jabatan Meterorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran...

Read moreDetails
Foto - KlikDokter
Tips

Khas Untuk ‘BuMil’ Di Bulan Ramadan, Ini 6 Makanan Terbaik Untuk Kesihatan Kamu!

by Nurul A.
February 21, 2026

Bulan Ramadan telah tiba, namun ada beberapa golongan yang diberi kelonggaran oleh Allah S.W.T untuk tidak berpuasa, seperti wanita hamil...

Read moreDetails
Tips

2 Minggu Sebelum Hari Raya, Sempat Lagi Nak Kurus Kalau Kamu Lakukan Ini!

by Nurul A.
March 6, 2026

Cuba bayangkan kamu belum lagi dapat bentuk badan ideal sebelum tiba Hari Raya Aidilfitri? Mimpi ngeri sangat kerana terpaksalah kamu...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  2. 2

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  3. 3

    Harga Barang ‘Lock’ Sempena Tahun Baharu Cina Bermula 13 Februari, Ini Yang Orang Ramai Perlu Tahu

  4. 4

    [VIDEO] Bapa Sibuk Gigit Dubai Chew Cookie, Tapi Lain Pula Netizen Nampak- “Tercabut Giginya”

  5. 5

    Pesta Songkran Di Petaling Jaya Cetus Tanda Tanya, Kelakuan Pengunjung Tak Senonoh- “Bau Arak Bacin”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara