Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kecantikan

Tips “Dos & Don’ts” Kalau Kulit Wajah Buat Hal Ketika Musim Tengkujuh

by Soph Azz
March 3, 2023
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

Share on Facebook

Bila tibanya musim tengkujuh, tak dinafikan ramai yang alami perubahan keadaan kulit disebabkan cuaca yang tak menentu. Sekejap hujan, sekejap panas, membuatkan kulit turut menghadapi masalah.

Mungkin ada yang rasakan kulitnya okay dalam apa jenis cuaca. Bagi sesetengah orang pula, ada yang alami perubahan kulit yang drastik. Sama ada menjadi terlalu kering, jerawat mula tumbuh, merengsa, kemerahan atau bersisik.

Kamu perlu tahu bila cuaca berubah-ubah, rutin penjagaan wajah dan produk skincare kamu juga perlu berubah untuk disesuaikan dengan cuaca semasa. Kalau kamu rasa kulit kamu menjadi sangat bermasalah ketika musim tengkujuh, Miss Murai syorkan untuk kamu amalkan tips berikut:

Tips untuk jenis kulit…

Untuk si kulit berminyak, kamu perlu mengawal rembesan minyak kerana ia boleh memerangkap kotoran yang menyumbat liang pori di wajah. Kesannya wajah akan naik jerawat, blackheads dan whiteheads. Jadi apa yang kamu perlu lakukan adalah:

  • Rutin sedia ada diperkuatkan lagi dengan kekerapan penggunaan sunscreen bagi melindungi wajah daripada sinaran UV dan sebagainya memandangkan kita akan berada di dalam rumah atau bangunan.
  • Tukar kepada scrub yang menggunakan bahan semula jadi untuk tidak hilangkan minyak semula jadi daripada wajah.
  • Guna pembersih wajah yaang bebas bahan kimia seperti silikon, alkohol, paraben atau sulfat.
Foto – Pinterest
  • Kerap gunakan serum, tapi pastikan sesuai dengan keadaan kulit.
  • Pastikan kamu guna Vitamin C atau AHA bagi membuang minyak berlebihan dan bakteria serta mengekalkan minyak semula jadi yang diperlukan wajah.
  • Amalkan diet yang sihat dan minum air dengan secukupnya untuk hidratkan diri sepanjang musim tengkujuh.

Kalau rasa wajah bermasalah sepanjang musim tengkujuh, cuba amalkan tips di atas ye. Semoga bermanfaat!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
cara jaga wajahtips kulit berseritips kulit flawless
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

No Content Available
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bella Astillah ‘Kerja’ Jadi Barista, Lebih 500 Orang Serbu Kedai

  2. 2

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  3. 3

    Di Sebalik Mahkota Taanusiya Chetty, Ada Kisah Yang Tak Ramai Tahu

  4. 4

    Lelaki Ini Kongsi Detik Cemas Jam Tangan Pintar Fitbit Terbakar di Pergelangan Tangan

  5. 5

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara