Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Teknologi

Tronsmart Spunky Beat True Wireless Headphones Boleh Didapati Dengan Harga Mampu Milik

by Phic ARMAN
November 7, 2019
Share on Facebook

Baru-baru ini, fon telinga  TWS (True Wireless Stereo) telah menjadi trend yang paling hangat dalam kalangan muda. Terdapat beribu-ribu reka bentuk, jenama dan gaya yang boleh dipilih dalam pasaran seperti Apple Airpods dan Xiaomi Airdots.

Anda boleh boleh memilikinya dengan harga yang termurah, tetapi bagaimana kualitinya? Jika anda bayar lebih sedikit, anda boleh mendapatkan model terbaru Tronsmart iaitu Tronsmart Spunky Beat. Anda pasti akan dapat specs hebat yang diharapkan.

Cip Qualcomm® – Pendengaran Muzik yang Paling Lancar

Percaya tak Tronsmart menggunakan Cip Bluetooth Qualcomm untuk Spunky Beat walaupun harganya begitu murah sahaja? Disebabkan cip ini, Spunky Beat mempunyai sambungan yang lebih stabil, transmisi yang lebih cepat, dan kependaman yang lebih rendah. Anda dapat menikmati kualiti bunyi dan pendengaran yang lebih lancar.

codec aptX ™ – Bunyi Kualiti seperti CD

Aspek earphone yang paling penting tentulah bunyi. Tronsmart sentiasa menjalankan penyelidikan supaya menghasilkan earphone  yang mampu memenuhi standard tinggi para peminat muzik. Oleh itu, Spunky menggunakan codec Qualcomm aptX ™ kerana codec ini boleh menyampaikan bunyi berkualiti seperti CD. Di samping itu, codec ini juga boleh menghasilkan bunyi yang lebih jelas dan deep bass.

Pembatalan Kebisingan – Muzik yang Lebih Jelas

Dengan teknologi Qualcomm® DSP & cVc ™ 8.0, Spunky Beat mempunyai fungsi pembatalan bunyi untuk menghasilkan kualiti audio yang lebih tinggi. Anda tidak akan diganggu oleh persekitaran yang bising apabila membuat panggilan telefon atau mendengar muzik.

Bateri Bertahan Selama 24 Jam – Mendengar Muzik Sepanjang Hari

Kuasa bateri Spunky Beat memang mengejutkan bagi earphone yang begitu kecil dan ringan sahaja. Anda boleh menikmati muzik selama 7 jam dengan Spunky Beat dan 24 jam dengan charging case. Selain itu, Spunky Beat juga boleh bermain muzik selama 1 jam selepas 5 minit pengecasan pantas.

Kabel Bersepadu – Pengecasan yang Lebih Mudah

Terdapat dua jenis sistem pengecasan yang anda boleh memilih. Anda boleh mengecas Spunky Beat anda menggunakan kabel USB-A atau kabel USB-C yang termasuk dalam pakej earphone Tronsmart.

Misi Tronsmart adalah untuk menghasilkan produk yang dapat senangkan kehidupan anda, dan Tronsmart Spunky Beat adalah salah satu produk ini. Jika anda tengah mencari wireless earbuds yang berkualiti tinggi dengan harga berpatutan, Tronsmart Spunky Beat merupakan pilihan terbaik dalam pasaran!

Tronsmart  menawarkan harga menarik untuk memiliki Tronsmart Spunky Beat True Wireless Bluetooth Earbuds ini, anda boleh mendapatkannya pada harga RM129.00 sahaja (Harga biasa RM299) di Shopee dan lebih murah pada jualan kilat 11.11 iaitu harga diturunkan menjadi RM119.

Error happened.
https://lomp.at/5frjy
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  3. 3

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  4. 4

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  5. 5

    Ramai Tengah Serbu Seri Negara KL, Tempat Bersejarah Ini Kini Nampak Lebih Moden

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara