• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz HotList

Tulang Belakang! 5 Pembantu Peribadi Artis Ini Paling Popular Di Malaysia

by Zaidin Albert
December 23, 2017
Share on Facebook

Perhubungan awam, pengurus peribadi dan pembantu artis mempunyai tugas yang berbeza. Tugas pengurus artis atau lebih gemar dipanggil PA menguruskan hal peribadi dan mereka sangat rapat dengan artis. Manakala, perhubungan awam menjadi orang tengah diantara media dengan artis mereka.

Bagi mengukuhkan lagi industri hiburan agar berkembang dengan baik perlu adanya pengurusan yang berkesan. Tugas mereka perlu dilakukan menyelia hal ehwal perniagaan seorang artis, memberi nasihat, merancang kerjaya artis dan sebagainya.

Di Malaysia, bukan setakat artis yang akan mendapat perhatian media, ada juga kes di mana pengurus artis tersebut turut merasa tempias dari aura majikannya.

Antara pengurus artis yang paling popular sepanjang tahun 2017, sekaligus meraih pengikut yang ramai di Instagram.

1.Ahmad Iqbal Zulkefli (PA Dato Seri Vida)

Pemuda kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini mula bekerja dengan DSV sebagai pegawai media dan pembantu peribadi sejak Jun lalu. Nama Iqbal menjadi sebutan orang ramai selepas isu terhadap dakwaan kononnya dia sebagai ‘anak ikan’ baru DSV.

https://www.instagram.com/p/BdBZW7_ncFS/?taken-by=ahmadiqbalzulkefli

Isu ini telah mendapat perhatian kebanyakan media arus perdana di Malaysia sehinggakan pasangan ini terpaksa mengadakan sidang media bagi menjelaskan hubungan mereka berdua.

Namun agak menyedihkan apabila, oleh kerana isu ini telah disensasikan,DSV  memberitahu sudah menukarkan jawatan Iqbal. Keputusan itu dibuat agar tiada lagi spekulasi liar mengenai hubungan mereka terus diperkatakan dan menjejaskan reputasinya sebagai seorang usahawan kosmetik terkenal.

Iqbal kini meraih jumlah pengikut mencecah puluhan ribu orang dan tersenarai antara Pembantu Peribadi paling popular di Malaysia.

2. Afeeq Iqnarcio (PA Janna Nick)

Nama pengurus artis kepada pelakon Janna Nick ini menjadi tular di media sosial selepas dia menyelar tindakan seorang wanita yang dikenali sebagai Nadia Azlan menuduh majikannya.

Anak Siti Nurhaliza Dengar Seperti Pangilan Suara Ketika Maghrib – Netizen Meremang Tengok Video Ini!

https://www.instagram.com/p/BbLLXZ9lX30/?taken-by=afeeqiqnarcio

Janna Nick dituduh buat hal dengan penganjur satu acara di ibu kota. Dia dikatakan lewat tiba di lokasi dan memberi alasan mengenai kelewatannya itu. Tidak mendiamkan diri, sebagai pengurus Janna, Afeeq membalas tweet Nadia itu dan mengatakan dia tidak pernah pun menggunakan alasan ada kematian kerana kelewatan Janna. Afeeq juga meminta Nadia memadam tweet berkenaan dan bersemuka dengannya.

Sememangnya Afeeq bukanlah nama asing dalam dunia hiburan, dengan memiliki pengikut yang ramai di Instagram, beliau sangat berpengalaman menguruskan artis-artis ternama di Malaysia.

3. Rozi Razak (PA Dato Seri Siti Nurhaliza)

Dengan mempunya pengikut Instagram berjumlah 200k, orang kuat disebalik kejayaan Datuk Siti Nurhaliza Tarudin ini antara pengurus artis paling popular sejak zaman-berzaman.

View this post on Instagram

A post shared by Rozi Abdul Razak (@rozisangdewi)

Rozi yang menggunakan nama penanya Rozi Sang Dewi, pernah menuntut di bidang Penulisan Kreatif di Akademi Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dan berpengalaman sebagai wartawan di meja am, politik dan hiburan di beberapa syarikat penerbitan sebelum menukar kerjaya sebagai pengurus Siti Nurhaliza pada 1999.

4. Nurinafilah Waharudin (PA Izzue Islam)

https://www.instagram.com/p/BbCg4RahgDu/?taken-by=izzueislam

Bukan bergelar isteri sahaja, Awin telah menguruskan kerjaya seni pelakon dan penyanyi popular Izzue Islam termasuk bertindak sebagai pembantu peribadi. Nama Awin menjadi sebutan ramai peminat Izzue seleps dia dituduh bersikap ‘queen control’ apabila wanita berkenaan sering dilihat bersamanya ketika berada di lokasi penggambaran.

5. Melati (PA Dato Seri Aliff Sukri)

Pembantu peribadi pada Dato’ Aliff Syukri ini jadi popular kerana sikap yang dikatakan ‘kaki kipas’ . Dalam video yang dimuat naik Dato Aliff kebelakangan ini, pasti ada kelibatnya di samping Aliff.  Lebih mesra dipanggil Melati hampir enam tahun bekerja dengan Aliff. Melati sering dikecam netizen yang suka ‘overshadow’ video Aliff.

View this post on Instagram

A post shared by Melati (@melatighani_mell77)

Namanya menjadi sebutan ramai pengikut Aliff di Instagram sehinggakan  ‘menyerang balas’ kecaman netizen dengan menayangkan hadiah mewah pemberian majikannya hasil dari ‘bodekannya’ itu. Kalau lihat jumlah pengikut Melati di Instagram, boleh tahan ramai juga!

Afeeq Iqnarciodatuk seri siti nurhalizajanna nickmelati aliff syukriNurinafilah Waharudinrozi razakrozi sang dewisiti nurhaliza
https://lomp.at/azz1t
Share3Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - The Star
Insentif

MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

by Nurul A.
January 6, 2026

Bermula 9 Januari ini, individu yang layak akan mula menerima bantuan MyKasih 2026 yang akan dikreditkan ke dalam MyKad. Untuk...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Salah Faham Koc KTM Cetus Perdebatan, Niat Pakcik Ini Buat Ramai Tersentuh

by Iffah Najwa
January 6, 2026

Satu perkongsian di Thread baru-baru ini mengundang perhatian ramai apabila memaparkan insiden salah faham melibatkan penggunaan mixed coach dan women...

Read moreDetails
Insentif

SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

by Ayu Kamaruddin
January 8, 2026

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bulanan terus diperkukuh pada 2026 apabila Kementerian Kewangan (MoF) mengumumkan beberapa penambahbaikan strategik bagi memastikan...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Dr Fie ‘First Time’ Cuba Jering Masakan Umie Aida, Reaksi Comel Undang Gelak Peminat

by Phic ARMAN
January 2, 2026

Dr Fie, bekas isteri penyanyi Nubhan, baru-baru ini mencuri tumpuan ramai apabila mencuba jering masakan pelakon era 90an,  Datin Paduka...

Read moreDetails
via AI Generated
Selera

Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

by Farah Fatihah
January 10, 2026

Biasanya, bila sebut Negeri Sembilan, ramai yang terus terbayang keenakan masak lemak cili api yang pedas berlemak. Namun, jarang pula...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

  2. 2

    Salah Faham Koc KTM Cetus Perdebatan, Niat Pakcik Ini Buat Ramai Tersentuh

  3. 3

    SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

  4. 4

    Dr Fie ‘First Time’ Cuba Jering Masakan Umie Aida, Reaksi Comel Undang Gelak Peminat

  5. 5

    Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore