Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Teknologi

[ULASAN] Pengalaman 3 Hari Sarung Samsung Galaxy Ring

by Phic ARMAN
June 5, 2025
44
KONGSIAN
Share on Facebook

Selepas mencuba Samsung Galaxy Ring selama tiga hari, saya rasa sudah tiba masanya untuk berkongsi pengalaman menggunakan peranti ini secara lebih menyeluruh. Sebagai seseorang yang biasa menggunakan jam pintar, saya pada mulanya agak ragu-ragu tentang keupayaan sebuah cincin pintar. Namun selepas beberapa hari, persepsi saya mula berubah.

Samsung menjadi antara syarikat teknologi utama pertama yang mengeluarkan smart ring, satu kategori yang sebelum ini dikuasai oleh jenama-jenama lebih kecil seperti Oura dan Ringconn. Dengan kemasan premium dan fungsi kesihatan yang ditawarkan, Galaxy Ring ini ternyata bukan sekadar aksesori biasa.

Reka Bentuk Minimalis, Rasa Premium

Saya memilih warna Titanium Black dan secara jujurnya, reka bentuknya amat kemas dan elegan. Cincin ini langsung tidak kelihatan seperti gajet elektronik, malah ramai yang mungkin tidak menyedari ia merupakan peranti pintar.

Dari segi pemakaian, ia sangat selesa untuk digunakan sepanjang hari. Tidak kira semasa bekerja, berehat mahupun tidur, saya hampir tidak terasa seperti sedang memakai peranti penjejak kesihatan.

Prestasi Harian & Keselesaan Tidur

Sepanjang tiga hari ini, saya banyak menggunakan Galaxy Ring untuk memantau kesihatan pada waktu malam dan semasa bekerja. Untuk aktiviti kecergasan seperti senaman angkat berat, saya lebih selesa menggunakan jam Galaxy Watch Ultra kerana lebih praktikal. Namun, kelebihan Galaxy Ring ialah ia boleh digunakan pada bila-bila masa tanpa rasa tidak selesa, termasuk ketika tidur.

Saya menerima unit bersaiz 8, namun ia masih muat dengan baik dan tidak mudah longgar. Cincin ini kekal stabil pada jari sepanjang hari dan malam.

Ketahanan Bateri Yang Memuaskan

Selepas satu malam tidur, satu hari bekerja dan beberapa aktiviti ringan, penggunaan baterinya hanya sekitar 10-12% sehari. Ini menunjukkan baterinya boleh bertahan selama hampir seminggu, bergantung kepada corak penggunaan.

[REVIEW] Samsung Galaxy S25 FE: Ala-Ala Flagship, Harga Tak Sampai Kena Ikat Perut

Fungsi Kesihatan Yang Ringkas Tetapi Berguna

Setiap pagi, Galaxy Ring akan menyelaraskan data ke dalam aplikasi Samsung Health, di mana pengguna boleh melihat maklumat seperti:

  • Skor tenaga harian
  • Kualiti dan konsistensi tidur
  • Kadar jantung semasa tidur
  • Tahap aktiviti harian

Saya dapati skor tenaga yang diberikan cukup berguna. Ia dikira berdasarkan gabungan beberapa faktor seperti tempoh tidur, kadar jantung, dan aktiviti pada hari sebelumnya.

Sebagai contoh, pada satu malam saya minum minuman berkafein agak lewat, dan hasilnya kadar jantung saya semasa tidur meningkat sedikit. Skor tenaga saya keesokan paginya juga menurun, sejajar dengan bagaimana saya rasa secara fizikal. Ini menunjukkan analisis Galaxy Ring cukup tepat dan relevan.

Boleh Digunakan Dengan Telefon Bukan Samsung

Menariknya, kalau bukan peranti Samsung, pada jenama lain, Galaxy Ring tetap berfungsi dengan baik. Aplikasi Samsung Health boleh dimuat turun di mana-mana peranti Android, dan saya tidak mengalami sebarang sekatan fungsi sepanjang tiga hari ini.

Ini satu kelebihan besar, kerana ia menjadikan Galaxy Ring lebih inklusif dan tidak terhad kepada ekosistem Samsung semata-mata.

Satu lagi yang mungkin menjadi pertimbangan ialah harga. Dengan anggaran sekitar RM2099, ia bukanlah peranti mampu milik bagi semua. Tetapi bagi mereka yang mengutamakan kesihatan, mahukan peranti yang ringan dan minimalis, Galaxy Ring ini adalah alternatif menarik kepada jam pintar.

Selepas 3 Hari, Saya Berpuas Hati

Selepas tiga hari menggunakan Samsung Galaxy Ring, saya boleh simpulkan bahawa ia bukan sekadar gajet bergaya, tetapi juga benar-benar praktikal untuk pemantauan kesihatan harian. Reka bentuknya yang ringkas namun premium, ketahanan bateri yang memuaskan, serta kebolehan untuk digunakan dengan pelbagai telefon Android menjadikan ia satu pilihan yang menarik.

Galaxy Z Fold7 & Z Flip7: Kenapa Kena Sambar Sebelum 31 Ogos?

Adakah ia sesuai untuk semua orang? Mungkin tidak, terutama jika anda tidak terlalu fokus pada data kesihatan atau kurang selesa dengan harga yang agak tinggi. Tetapi bagi pengguna yang serius dalam pemantauan gaya hidup dan mahukan sesuatu yang ringan, selesa dan bergaya – Galaxy Ring memang berbaloi untuk dipertimbangkan.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkannya, anda boleh membuat pembelian terus melalui laman rasmi Samsung Malaysia di pautan berikut: Beli Samsung Galaxy Ring di sini

Pastikan anda semak saiz yang sesuai sebelum membeli, dan jangan lupa semak juga sebarang promosi atau tawaran pra-tempahan yang mungkin sedang berlangsung.

Galaxy Ringsamsung
https://lomp.at/kbqev
Share18Tweet11SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

[VIDEO] Galaxy S26 Hadir Dengan Nada Dering Terbaharu, Dirakam Orkestra Terkenal Dunia

by Phic ARMAN
March 27, 2026

Nampaknya Samsung sekali lagi tampil dengan sesuatu yang lain daripada biasa. Kali ini, menerusi siri Samsung Galaxy S26, mereka memperkenalkan...

Read moreDetails
Foto - Dyson
Teknologi

Kipas Mudah Alih Pertama Dyson, HushJet™ Jamin Kesejukan Sehingga 6 Jam!

by Nurul A.
April 11, 2026

Dyson hari ini melancarkan kipas mudah alih pertamanya iaitu Kipas Mini Sejuk HushJet™. Direka bentuk untuk kegunaan harian, kipas pelbagai...

Read moreDetails
LifeXplore

Galaxy A57 5G dan A37 5G Kini di Malaysia! Selain Harga, Teknologi Nightography Jadi Fokus

by Phic ARMAN
April 7, 2026

Baru-baru ini, MURAI berpeluang hadir ke event eksklusif Samsung di The Campus untuk menyaksikan sendiri pelancaran dua model terbaru Galaxy...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  2. 2

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  3. 3

    Harga Barang ‘Lock’ Sempena Tahun Baharu Cina Bermula 13 Februari, Ini Yang Orang Ramai Perlu Tahu

  4. 4

    [VIDEO] Bapa Sibuk Gigit Dubai Chew Cookie, Tapi Lain Pula Netizen Nampak- “Tercabut Giginya”

  5. 5

    [VIDEO] “Tidak Ditelan Usia”- Camelia Nyanyi Lagu Ramli Sarip & Khatijah Ibrahim, Suami Pun Sporting Sekali!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara