Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Teknologi

UNBOXING Samsung Galaxy Tab S9 FE Yang Mewah Tapi Tak Mahal, Apa Yang Boleh Anda Dapat?

by Phic ARMAN
November 7, 2023
Share on Facebook

SAMSUNG secara rasmi melancarkan siri tablet Galaxy Tab S9 FE (Edisi Peminat) di Malaysia pada awal Oktober 2023.

Samsung Tab S9 FE ialah versi mampu milik bagi barisan Galaxy Tab S9 flagship yang dilancarkan pada Julai yang lalu. Terdapat dua model tablet untuk dijual, iaitu versi “biasa” bagi Galaxy Tab S9 FE dan Samsung Galaxy Tab S9 FE Plus.

Untuk versi “biasa” Galaxy Tab S9 FE (128 GB | 6GB), ia boleh dibeli dengan harga RM2,099  untuk model yang hanya menyokong Wi-Fi, dan RM2,699 untuk model dengan sambungan 5G.

Manakala untuk Galaxy Tab S9 FE (256 GB | 8GB), ia boleh dibeli dengan harga RM2,399 untuk model yang hanya menyokong Wi-Fi, dan RM2,999 untuk model dengan sambungan 5G.

Jom UNBOXING!

Sebelum kami review lebih mendalam, apa kata kita buka kota dulu atau Unboxing dan lihat apa yang boleh kita dapat.

Pertama sekali, kotak pembungkusan Galaxy Tab S9 FE didominasi oleh warna putih. Pada bahagian hadapan kotak, terdapat gambar Galaxy Tab S9 FE dan pen digital yang melengkapkannya.

Terdapat juga teks “Galaxy Tab” berwarna kelabu di atas ilustrasi, dan teks “Galaxy Tab S9 FE” berwarna hitam di bahagian bawah. Tulisan di bahagian bawah menunjukkan bahawa tablet yang diterima tidak mempunyai sambungan 5G, tetapi Wi-Fi.

Jika anda membeli model 5G pengguna akan melihat perkataan “Galaxy Tab S9 FE 5G”. Bahagian kanan dan kiri kotak mengandungi teks Samsung dan model tablet yang dibeli. Manakala bahagian bawah kosong, dan bahagian atas termasuk data pengenalan Identiti Peralatan Mudah Alih Antarabangsa (IMEI).

Apabila kotak dibuka, pengguna akan segera disambut dengan unit tablet Galaxy Tab S9 FE.

Galaxy Z Fold7 & Flip7: Telefon Lipat Paling Nipis dan Ringan Dari Samsung Kini Dilancar

Kotak jualan tidak disertakan kepala pengecas, jadi pengguna yang memerlukannya mesti membelinya secara berasingan.

Ini ialah kandungan pembungkusan Samsung Galaxy Tab S9 FE

Samsung menyertakan kabel data USB Jenis C serta arahan dan kertas jaminan.

Ada pula S Pen yang tahan air dan mengikuti warna bodi tablet.

Galaxy Tab Tab S9 FE mempunyai badan logam dan diperakui IP68, yang bermaksud ia kalis air dan habuk.

Samsung Galaxy Tab S9 FE dilengkapi dengan kamera hadapan 12 MP dan kamera belakang 8 MP dan kelebihannya ialah kamera terletak betul-betul di tengah-tengah skrin apabila mendatar.

Skrin berukuran 10.9 inci dan menggunakan pemproses Exynos 1380.

Pada butang kuasa terdapat penderia cap jari. Di bahagian tepi terdapat butang kuasa.

Terdapat dua pembesar suara di sebelah kanan dan kiri dengan sentuhan AKG dan sokongan Dolby Atmos.

Itulah UNBOXING unit  Galaxy Tab S9 FE yang boleh anda pertimbangkan untuk memiliki tablet premium pada harga yang menjimatkan. Anda yang berminat untuk mendapatkan Galaxy Tab S9 FE boleh mendapatkannya menerusi Shopee dan Lazada, selain turut ditawarkan di Samsung Malaysia.

samsungSamsung Galaxy Tab S9 FE
https://lomp.at/0hfji
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Korporat

Ramai Terkejut! ShopeePay Kini Miliki Limit Tertinggi RM30,000

by Phic ARMAN
January 25, 2026

MURAI baru sahaja menerima satu berita yang cukup menggembirakan buat geng pengguna tegar ShopeePay. Platform dompet digital itu kini meningkatkan...

Read moreDetails
LifeXplore

ShopeePay Money+ Baru Dilancarkan: 5 Perkara Penting Sebelum Anda Mahu Melabur

by Phic ARMAN
January 27, 2026

ShopeePay baru saja melancarkan Money+, ciri pelaburan baharu yang membolehkan pengguna mula melabur dengan serendah RM10 sambil menikmati pulangan harian....

Read moreDetails
LifeXplore

HUAWEI Mate X7 Rasmi di Malaysia, Telefon Lipat Premium Yang Lebih Praktikal

by Naja Nix
January 21, 2026

Semalam HUAWEI secara rasmi memperkenalkan HUAWEI Mate X7 di Malaysia, sekaligus menetapkan penanda aras baharu dalam kategori telefon pintar boleh...

Read moreDetails
LifeXplore

Ini Sebab Kenapa Apple Kecundang Di China, Huawei Pula Bangkit Jadi No.1

by Phic ARMAN
January 18, 2026

Lima tahun lalu, ramai ingat era kegemilangan HUAWEI sudah berakhir. Sekatan, kekangan, dan persaingan sengit menyebabkan gergasi teknologi dari China...

Read moreDetails
LifeXplore

Bahang JAECOO J5 Makin Terasa, Tawar Pakej Early Bird RM8,888

by Phic ARMAN
February 7, 2026

Dengan hanya beberapa minggu sahaja lagi sebelum pelancaran rasmi, kehadiran JAECOO J5 kini semakin menghampiri detik pentingnya. MURAI melihat OMODA...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore