Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya

Unik & Menarik! Koleksi Alphabet dUCk Cipta Kelainan Kepada Si Pemakai

by Phic ARMAN
March 4, 2021
Share on Facebook

Dengan membawakan huruf abjad A – Z, dUCk mengajak orang ramai untuk “Jadi Diri Anda Yang Sebenar” (Truly be Yourself) dalam koleksi terbaharu.

Pada 25 Februari yang lalu, kumpulan dUCk telah melancarkan secara rasmi Alphabet dUCk – iaitu koleksi tudung, beg, aksesori dan baju jumper terbaharu dan terbesarnya, yang membawakan 26 huruf abjad, dari A hingga Z.

Sebagai koleksi terbesar jenama mewah sehingga kini, dengan 26 fon yang direka bentuk secara unik untuk setiap huruf bagi setiap kategori produk, warna dipadankan oleh abjad untuk mencipta gaya pemakaian yang serba anggun.

Sesungguhnya koleksi Alphabet dUCk memberi penghargaan kepada identiti dalam bentuk paling sejati dan menyeru si pemakai yang terpesona sedia menampilkan diri dalam kesibukan setiap hari.

Tudung Alphabet dUCk

Tudung Alphabet dUCk mengetengahkan gaya cetak fon yang direka khas untuk setiap abjad. Setiap tudung membawakan loket bergantung dUCk charm, bunga-bunga kecil yang memagari kesemua 26 huruf dalam warna-warna terang yang menarik hati. Janji dUCk menyerlahkan paparan huruf abjad yang benar-benar memperlihatkan diri anda sebenar!

  • Boleh didapati dalam 26 corak dan warna, huruf A-Z
  • Boleh didapati dalam bentuk Selendang (Panjang) dan Bawal (Segi Empat)
  • Disertakan dengan loket bergantung dUCk charm yang tersendiri
  • Dimuatkan di dalam kotak simpan khas
  • Fabrik: Sutera Satin
  • Harga: RM300

Alphabet dUCk Twilly

Alphabet dUCk Twilly membawakan gaya cetak fon yang direka khas untuk setiap huruf, menjadikannya teman yang sepadan untuk tudung Alphabet dUCk. Anda boleh mengikat penyeri fesyen ini pada tali beg sebagai hiasan, menggunakannya sebagai pengikat rambut, atau sebagai aksesori hiasan diri. Ia boleh didapati dalam kesemua dua puluh enam huruf abjad, dengan setiap twilly dihiasi loket bergantung dUCk charm yang menjadi lambang keanggunan kami untuk mempelbagaikan gaya anda.

  • Boleh didapati dalam 26 corak dan warna, huruf A-Z
  • Dimuatkan di dalam sampul
  • Fabrik: Sutera Satin
  • Harga: RM90
Mungkin Ada Yang Tidak Tahu, Ini Adalah 6 Wanita Paling Berpengaruh di Malaysia

Rantai Kunci Alphabet dUCk

Orang ramai juga boleh bergaya dengan Rantai Kunci Alphabet dUCk. Setiap huruf diperbuat daripada kulit buatan dengan reka coraknya yang tersendiri. Anda boleh menambah sentuhan peribadi kepada rantai kunci yang disertakan loket lambang dUCk dengan tag tersendiri ini! Semestinya unik buat paparan anda atau dijadikan sebagai hadiah istimewa untuk orang tersayang.

  • Boleh didapati dalam 26 corak dan warna, huruf A-Z
  • Disertakan dengan loket bergantung dUCk charm emas dan tag tersendiri yang boleh dicetak timbul di butik dUCk
  • Bahan: Kulit buatan dengan tekstur lembut
  • Saiz: P 14.5sm (termasuk cangkuk logam) x L 5sm
  • Harga: RM50

Baju Jumper Alphabet dUCk

Baju Jumper Alphabet dUCk cantik dipandang dan selesa dipakai. Fabrik lembut akan membuat anda rasa dingin, manakala poket tepi memastikan keperluan anda sentiasa bersama. Potongan bahu menjanjikan gaya dan penampilan yang menawan. Dipadankan dengan ukur panjang tidak simetri yang menjanjikan keselesaan dan kesopanan, anda pasti rasa benar-benar yakin menggayakan huruf abjad anda!

  • Boleh didapati dalam pelbagai warna dan reka corak A-Z
  • Boleh didapati dalam saiz S-XL
  • Gaya santai dan menawan dengan potongan leher tinggi, ukur panjang tidak simetri dengan bahagian belakang lebih panjang
  • Bahan: Jersi kapas bermutu tinggi
  • Harga: RM320

Beg Beli-Belah Alphabet dUCk

Serlahkan gaya diri anda dengan Beg Beli-Belah Alphabet dUCk. Diperbuat daripada kanvas dan bahan campuran Juco yang mesra alam, beg ini sesuai untuk mengisi barang dan makanan yang anda beli untuk mengurangkan penggunaan beg sekali guna. Anda juga tidak perlu risau untuk membawa barang basah kerana lapik dalamnya diperbuat daripada bahan kalis air. Jadi, gayakan beg ‘abjad’ anda ke mana-mana sambil berbangga untuk membantu melindungi bumi kita!

  • Boleh didapati dalam 26 corak dan warna, huruf A-Z
  • Lapik dalam kalis air
  • Bahan: Kanvas dan bahan campuran Juco
  • Saiz: P 34sm x L 43.5cm x D 16.5cm
  • Harga: RM55 
Mungkin Ada Yang Tidak Tahu, Ini Adalah 6 Wanita Paling Berpengaruh di Malaysia

Koleksi Alphabet dUCk boleh didapati di fashionvalet.com, aplikasi FashionValet dan juga butik FashionValet dan dUCk yang terpilih. Orang ramai boleh membeli set kesemua lima (5) jenis produk termasuk Tudung, Twilly, Beg, Baju dan Rantai Kunci pada harga RM730, yang boleh didapati secara eksklusif dalam talian.

Ducktali leher duckvivy yusof
https://lomp.at/k7vlh
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Budaya

Pantang Larang Ketika Tahun Baru Cina- No.4 Boleh Buat ‘Tuah’ Lari Sepanjang Tahun!

by Nurul A.
February 10, 2026

Tahun Baru Cina bukan sekadar reunion bersama keluarga dan rakan, dapat angpau atau main mercun. Tetapi bagi mereka yang menyambut...

Read moreDetails
Islamik

Kejar Lailatul Qadar, Ini Kompilasi Doa Mustajab Untuk 10 Malam Terakhir Ramadan

by Nurul A.
March 11, 2026

Malam Lailatul Qadar merupakan salah satu malam yang paling istimewa dalam bulan Ramadan. Dalam ajaran Islam, malam ini disebut sebagai...

Read moreDetails
Fesyen

[VIDEO] Syed Saddiq Bercakap Pasal Isu Kad Jemputan Kahwin & Persiapan Raya

by Phic ARMAN
January 29, 2026

Baru-baru ini, tular satu video yang menunjukkan Syed Saddiq dipercayai menyerahkan kad jemputan, dan terus mencetuskan pelbagai spekulasi netizen tentang...

Read moreDetails
Islamik

Mana Lebih Afdal, Bayar Zakat Fitrah Di Negeri Asal Atau Bermastautin?

by Nurul A.
March 5, 2026

Tak dinafikan setiap kali tibanya bulan Ramadan, soalan mengenai zakat fitrah mesti menjadi perbualan hangat ramai umat Islam; terutamanya individu...

Read moreDetails
Foto - KlikDokter
Tips

Khas Untuk ‘BuMil’ Di Bulan Ramadan, Ini 6 Makanan Terbaik Untuk Kesihatan Kamu!

by Nurul A.
February 21, 2026

Bulan Ramadan telah tiba, namun ada beberapa golongan yang diberi kelonggaran oleh Allah S.W.T untuk tidak berpuasa, seperti wanita hamil...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  4. 4

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  5. 5

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara