Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Unik! Permainan Ini Diinspirasi Dari Drama Pukul 7

by Khai Azfar
August 26, 2019
Share on Facebook

Kami percaya majoriti daripada pembaca kami pernah bemain permainan ‘board game’. Baik dari zaman kanak-kanak sehinggalah meningkat dewasa, permainan seperti catur, sahibba dan juga monopoli masih relevan dan popular sehingga ke hari ini.

Permainan Drama Pukul 7 Dapat Perhatian Netizen 

Namun pernahkah anda terfikir untuk bermain sesuatu lebih unik yang diinspirasikan daripada drama yang disiarkan di stesen televisien tempatan? Benar! Percaya atau tidak, baru-baru ini tular di media sosial mengenai permainan yang dikenali sebagai ‘Drama Pukul 7’.

Merupakan cetusan dua sahabat, Haireey Hashnan dan Zamri Mustapha, menurut mereka ketika dihubungi murai.my berkata idea untuk mencipta permainan ini bemula apabila majikan di tempat kerja menggalakkan mereka untuk bermain sesuatu yang tidak melibatkan teknologi seperti laptop mahupun telefon bimbit.

Jelas Haireey atau nama sebenarnya Haireey bin Hashnan, memandangkan pekerjaan mereka sebagai ‘Concept Artist’ dan ‘3D Artist’ di sebuah syarikat animasi memerlukan perhatian yang lebih pada paparan skrin teknologi, maka wujudlah ‘board game’ Drama Pukul 7 ini.

“Sebenarnya majikan di tempat kerja kami telah menggalakkan kurangkan main video game semasa waktu rehat atau selepas kerja memandangkan kerja kami pun kena menghadap PC. Jadi saya dan Zamri mula bermain board game, disitu kami perasan kawan-kawan di tempat kerja macam susah nak faham cara bermain permainan tersebut kerana ianya di dalam Bahasa Inggeris. Memandangkan kami berdua susah nak cari geng untuk bermain besama jadi kami mula merancang membuat permainan sendiri sehingga rakan-rakan juga mula tertarik dengan permainan ini berbanding dengan permainan yang lain”

Bagaimana Drama Pukul 7 Mendapat Nama 

Menurut Haireey, antara sebab permainan ini dikenali sebagai Drama Pukul 7 adalah kerana salah sebuah drama yang popular pernah ditayangkan pada jam 7 malam di sebuah stesen televisyen tempatan.

Tambah Haireey lagi, kenangan mengusik ibunya mengenai plot-plot yang ‘boleh dijangka’ di dalam sesebuah drama antara salah satu sebab mengapa nama ini telah dipilih.

“Well being in this modern age agak susah untuk ignore yang drama melayu ini are being like a meme; in our daily life & especially dalam internet. We poke a lot of fun dekat genre seperti ini dan  di rumah pula saya selalu kacau mak saya yang memang peminat tegar drama melayu. Saya selalu point out the typical stereotype dalam drama seperti mak mertua yang jahat, awal-awak kenal bergaduh lepastu jatuh cinta dan sebagainya. So kami fikir why not make a game bertemakan drama melayu. Nama DRAMA PUKUL 7 pula tercetus sebab one of the slot drama yang popular ditayangkan pada pukul 7”

Harap Netizen Dapat Sokong

Dalam perkembangan lain, biarpun permainan ini masih belum secara rasminya berada di pasaran, namun Drama Pukul 7 sudah mendapat reaksi dan maklum balas yang positif dari netizen.

Tidak hairanlah ianya tular di media sosial! Namun begitu, buat anda yang ingin mendapatkannya, Haireey dan Zamri mengharapkan agar orang ramai dapat sama-sama menyokong mereka menerusi MyStartr, sebuah laman penghubung dana secara atas talian. Dikatakan Drama Pukul 7 akan dijual di kedai yang terpilih ataupun boardgame cafe bermula pada September ini.

Cara Bermain

  1. Anda sebagai pemain akan memainkan peranan sebagai salah satu watak dalam sebuah drama
  2. Objektif permainan ini adalah untuk mengeluarkan pemain-pemain lain dengan menjatuhkan ‘air muka’ mereka dari 7 hingga ke 0, sehingga anda seorang sahaja yang kekal dalam permainan.
  3. Sepanjang permainan anda akan mengumpul jutaan duit , memainkan card EPISODE atau PLOTWIST dan membeli pelbagai harta dengan duit yang anda kumpul.
  4. Permainan ini boleh dimainkan dalam 2 hingga 6 orang pemain.

Trivia Mengenai Drama Pukul 7

  1. Sambutan yang diterima menerusi kempen ‘crowdfunding’ sangat menggalakkan
  2. Pada mulanya mereka meletakkan sasaran kutipan dana hanya RM15,000 tetapi kutipan tersebut  kini telah mencecah RM24,000!
  3. Ingin dapatkan permainan ini? Anda boleh ke kempen Drama Pukul 7 di Mystartr.com dan ‘pledge’ pada nama kempen mereka. But anda yang ‘pledge’ RM75 dan ke atas, secara automatik permainan ini akan jadi milik anda kelak!
drama pukul 7
https://lomp.at/00ziv
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Ella Berjaya Pukau 55,000 Peminat, Turut Bawa Barisan Atlet Negara Di Majlis Tertinggi Rockqueen!

by Naddy Joe
February 18, 2026

Tanggal 14 Februari 2026 akan terpahat sebagai salah satu detik bersejarah dalam industri muzik tanah air apabila 55,000 jiwa memenuhi...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Datin Shahida Dedah Qadejah Senyap-Senyap Rakam Lagu Raya, Netizen Terhibur!

by Naddy Joe
January 30, 2026

Isteri kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida mencetuskan rasa terhibur netizen selepas berkongsi gelagat...

Read moreDetails
Foto - @faizalhusseinofficial (IG)
Lokal

Penangan “Walid”, Ramai Wanita DM Tawar Diri Jadi ‘Isteri’ Faizal Hussein

by Nurul A.
February 6, 2026

Nampaknya penangan watak "Walid" membuatkan pelakon veteran Faizal Hussein terus menjadi rebutan para wanita sehingga ada yang menghantar mesej peribadi,...

Read moreDetails
Lokal

Eyra Hazali Dedah Endra Hidap Tonsil Tahap Empat-“Anak Tidur Berdengkur Tak Normal Ya..”

by Naddy Joe
December 29, 2025

Pelakon, Eyra Hazali membuat perkongsian bersama peminat di media sosial mengenai anak keduanya, Muhammad Endra Haqimie yang terpaksa menjalani pembedahan...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Mekyunn & Ibu Bapa Berjaya Puasa Pada 1 Ramadhan

by Naddy Joe
February 20, 2026

Pempengaruh media sosial, Mekyunn mencuri perhatian netizen selepas berjaya berpuasa bersama ibubapanya pada 1 Ramadhan semalam. Kongsi Mekyunn di Thread,...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Benarkah Berbuka Puasa di Park Hyatt KL Hotel Di Merdeka 118 Kena Lewat 3 Minit?

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  4. 4

    Makan Di Food Court Cecah RM42, Netizen Luah Rasa Tak Berbaloi

  5. 5

    7 Jenis Kurma Pilihan MURAI, Lebih Berkhasiat & Badan Kekal Bertenaga Sepanjang Ramadan!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore