Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Bisnes

UNIQLO Jayakan Inisiatif ‘The Heart of LifeWear’ Beri Keselesaan Kepada Lebih 26,000 Rakyat Malaysia

by Naddy Joe
November 19, 2025
Screenshot

Screenshot

Share on Facebook

Peruncit pakaian global, UNIQLO meneruskan misinya untuk menjadikan kehidupan lebih baik untuk semua melalui tahun kedua inisiatif ‘The Heart Of LifeWear’, sebuah program derma pakaian global yang menyampaikan keselesaan LifeWear kepada mereka yang memerlukan.

Kini memasuki tahun kedua, inisiatif berterusan dan berhubung dengan lebih banyak komuniti di seluruh Malaysia sepanjang Oktober dan November melalui lima rakan NGO seperti UNCHR (UN Refugee Agency), Rotary Club of Kuching Central, Malaysia Relief Agency, Alpro Foundation, dan Malaysian Red Crescent Sunflower Centre.

Sejak diperkenalkan pada tahun 2024, inisiatif The Heart Of LifeWear telah menyentuh kehidupan lebih 26,000 rakyat Malaysia melalui menderma pakaian UNIQLO baharu kepada individu dan keluarga kurang berkemampuan yang sedang menghadapi kesusahan, membantu meningkatkan keselesaan, maruah dan keyakinan mereka dalam kehidupan seharian.

Melalui kolaborasi ini, sebanyak 15,000 helai pakaian UNIQLO AIRism yang sejuk dan cepat kering telah diagihkan pada tahun ini kepada pelarian, komuniti rumah panjang di pedalaman Sarawak, mangsa banjir, pelajar kurang berkemampuan, serta kanak-kanak berkeperluan khas dengan menawarkan keselesaan, maruah dan peringan bahawa tindakan kecl mampu memberikan perubahan yang berkekalan.

Inisiatif The Heart of LifeWear pada tahun ini juga membawa makna istimewa kerana UNIQLO Malaysia meraikan ulang tahun ke-15. Pencapaian ini mengukuhkan lagi ikatan yang semakin erat antara syarikat dengan rakyat Malaysia dari pembukaan kedai pertama pada tahun 2010 sehingga kini membalas budi kepada komuniti yang telah membesar bersama jenama ini.

Topik Berkaitan UNIQLO Melancarkan Koleksi Kolaborasi Ketiga Dengan Studio Ghibli

Inisiatif ini merangkumi kepercayaan UNIQLO bahawa LifeWear bukan sekadar pakaian, tetapi tentang meningkatkan kehidupan seharian melalui keselesaan, perhatian, dan prihatin.

Untuk maklumat lanjut mengenai UNIQLO dan inisiatif mereka, anda boleh layari laman web rasmi UNIQLO.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Uniqlo
Share3Tweet2SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  2. 2

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

  3. 3

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

  4. 4

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

  5. 5

    “Masih Jadi Keluhan Pengguna,” Isu RFID dan SmartTag Di Plaza Tol Kembali Hangat Diperkatakan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara