Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Cinta

Untuk Jadikan Suami, Ramai Wanita Lebih Gemar Pilih Lelaki Berjambang, Kenapa Ye?

by Soph Azz
March 27, 2023
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

Share on Facebook

Kalau kamu perasan dalam kalangan selebriti atau sekeliling kita, ramai wanita memilih lelaki berjambang sebagai pasangan mereka. Bukannya tiada jambang tak menarik dan sebagainya… Tetapi yang berjambang nampak lebih seksi dan macho!

Sekarang ini berjambang sudah menjadi trend dalam kalangan lelaki kerana dengan adanya jambang; mereka boleh pamerkan sisi yang lebih matang dan macho. Malah, bila ditanya pada wanita, ada yang katakan lelaki berjambang ini ada personaliti bapa yang terbaik dan beberapa ciri lain, agak-agaknya apa?

Kenapa agaknya lelaki berjambang jadi pilihan? 

Dipetik daripada Hello Doktor, ada satu kajian dijalankan bagi mengetahui sama ada wanita sukakan lelaki yang miliki ciri feminin atau maskulin.

Para penyelidik mengubah ciri-ciri lelaki untuk kelihatan lebih maskulin atau lebih feminin dan kemudian melakukan tinjauan terhadap peserta wanita. Hasilnya, wanita mendapati ciri lelaki di tengah-tengah antara maskulin dan feminin adalah lebih menarik.

Foto – Pinterest

Kemudian, para penyelidik juga mendapati lelaki dengan jambang atau stubble (jambang tipis) menyembunyikan sesetengah ciri maskulin dan feminin pada diri mereka. Di mana mereka tidak kisah sama ada mempunyai ciri-ciri yang disukai wanita atau tidak jika ia disembunyikan oleh jambang.

Dari segi sains pula, lelaki berjambang memiliki kelebihan yang lebih, membuatkan mereka ini menjadi golongan idaman wanita seperti:

  • Jambang > misai 

Bagi wanita, berbanding dengan misai, lelaki berjambang lebih kacak dan sedap mata memandang. Bukan apa, misai membuatkan mereka nampak lebih tua daripada usia sebenarnya, manakala jambang pula buatkan lelaki nampak sangat gagah dan protective.

  • Kata sains mereka ini nampak lebih maskulin 

Menurut sains, lelaki berjambang dipandang oleh wanita kerana bulu di wajah bukan berikan sisi maskulin sahaja tetapi ia buatkan mereka nampak lebih yakin, rajin, murah hati dan ikhlas.

Foto – Pinterest

Malah, mereka yang miliki jambang dikatakan lebih menarik berbanding mereka yang mempunyai wajah yang dicukur bersih bagi hubungan jangka panjang.

  • Suka berjambang tapi kepanjangan memainkan peranan

Walaupun suka yang berjambang, tetapi bukan semua jambang wanita suka ye. Kebanyakannya memilih lelaki berjambang yang mempunyai kepanjangan yang berbeza. Dan jambang yang terbaik adalah tidak terlalu panjang dan terlalu pendek.

Bila terlalu panjang, jambang akan nampak tak kemas dan membuatkan penampilan seseorang nampak serabut.

  • Siapa yang ada jambang, mereka boleh jadi bapa yang baik 

Foto – Pinterest

Lelaki berjambang dilihat sebagai pasangan yang lebih baik untuk hubungan jangka panjang. Ini membuatkan mereka dilihat sebagai individu yang berpotensi untuk menjadi bapa yang, pelindung dan penjaga terbaik.

Tak semestinya mereka yang tak berjambang, tak miliki kelebihan di atas tau! Tetapi kalau nak pasangan yang nampak lebih gagah perkasa, pilihlah yang berjambang ❤

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
ciri-ciri lelaki idamankenapa wanita suka lelaki berjambanglelaki berjambang
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Simpati Lihat Penampilan, Lelaki Terkejut Lepas Tahu Identiti Sultan Brunei- “Vibe Seperti Ayah Di Kampung”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara