Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Uyaina Arshad Bangga Kelantangan PMX, Sindir Rakyat Pertikai Usaha Bela Palestin

by Puteri Alia
October 2, 2025
Share on Facebook

Pengacara dan personaliti televisyen, Uyaina Arshad meluahkan rasa bangga terhadap kelantangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang lantang menyuarakan isu kekejaman rejim zionis terhadap rakyat Palestin. Bagi Uyaina atau nama penuhnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 32, keberanian Anwar di pentas dunia bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh, apatah lagi ketika masih ada segelintir pihak dalam negara sendiri yang mempertikai usaha kerajaan membela Palestin, khususnya berkaitan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF).

“Rakyat Malaysia, tolonglah tolak tepi perbezaan politik kalian. PMX adalah patrons (penaung) untuk Sumud Flotilla dan beliau mengecam tindakan Israel di peringkat global bersama pemimpin dunia lain. Bukan setakat bercakap di kedai kopi. Sekurang-kurangnya saya bangga tahu Perdana Menteri, kerajaan dan negara saya berdiri teguh menentang genosid,” tulisnya menerusi platform Threads.

Menurut Uyaina, sikap berani Anwar wajar dipuji kerana jauh berbeza daripada pendirian sebahagian pemimpin negara lain yang seolah-olah lebih memilih untuk berdiam diri. “Namun lucu, ada pula sesetengah rakyat yang mempertikai dan kata macam-macam. Kalau tengok kenyataan pemimpin negara lain, boleh mengucap panjang tau,” ujarnya.

Hari ini, Perdana Menteri dalam satu kenyataan rasmi mengecam keras tindakan Israel memintas kapal delegasi GSF yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza. Anwar turut dijadualkan mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatnya dari Turki, Mesir dan Arab Saudi bagi mencari jalan tindakan lanjut berhubung penahanan sukarelawan terbabit.

Setakat ini, seramai 12 rakyat Malaysia termasuk penyanyi Zizi Kirana, aktivis kemanusiaan Heliza Helmi dan adiknya, Hazwani Helmi disahkan ditahan secara tidak sah oleh tentera Israel selepas kapal mereka dipintas di perairan antarabangsa awal pagi tadi. Situasi tersebut menambah kebimbangan rakyat Malaysia, namun pada masa sama turut menzahirkan sokongan padu terhadap ketegasan kerajaan dalam menyuarakan isu Palestin di peringkat global.

Uyaina Mengamuk! –"Rezeki Kalian Tak Berkat!"
uyaina arshad
https://lomp.at/w4s3h
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @lufyalaana (IG)
Lokal

“Jangan Pukul Rata Kesalahan Jenayah Orang Lain Terhadap Kami”- Lufya Omar

by Nurul A.
January 29, 2026

Hantaran Instagram Lufya Omar mencuri perhatian apabila pelakon itu meluahkan rasa kecewanya selepas menerima pelbagai komen yang mendakwa kumpulan usrahnya...

Read moreDetails
Berita

Nazim Othman Ralat Dengan Komen Sinis Netizen Terhadap Aprena Manrose

by Naddy Joe
December 29, 2025

Aktor, Nazim Othman tampil bersuara selepas selebriti wanita yang juga rakan gandingannya dalam sebuah drama, iaitu Aprena Manrose yang mendapat...

Read moreDetails
Lokal

Nubhan Dikecam Netizen Isu Barang Milik Dr Fie Dicampak Keluar Dari Rumah!

by Naddy Joe
December 30, 2025

Nama penyanyi, Nubhan menjadi bualan netizen selepas didakwa bertindak kejam terhadap bekas isterinya, Dr Afifah Hidayah Tawfek dengan mencampak keluar...

Read moreDetails
Foto - @abcdefghijaz_ (Threads)
Lokal

Siti Nurhaliza Jawab Soal Bersolat Tanpa Telekung- Agamawan Pula Kata Ini…

by Nurul A.
February 26, 2026

Penampilan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza ketika mengerjakan ibadah solat baru-baru ini menjadi tumpuan ramai apabila penyanyi itu dilihat...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Gelagat Matin Bersihkan Kubur Arwah Siti Sarah, Netizen Sebak!

by Naddy Joe
February 13, 2026

Perkongsian ibu tiri kepada Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin  iaitu Siti Fatimah Suberi mencetuskan rasa sebak netizen selepas berkongsi momen anak...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Benarkah Berbuka Puasa di Park Hyatt KL Hotel Di Merdeka 118 Kena Lewat 3 Minit?

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  4. 4

    Makan Di Food Court Cecah RM42, Netizen Luah Rasa Tak Berbaloi

  5. 5

    7 Jenis Kurma Pilihan MURAI, Lebih Berkhasiat & Badan Kekal Bertenaga Sepanjang Ramadan!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore