Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Viral

[VIDEO] 2 Beradik Tidak Ditinggalkan Ibu Bapa, Ini Cerita Sebenarnya…

by Soph Azz
July 18, 2025
Foto - @babahnakal (TikTok)

Foto - @babahnakal (TikTok)

Share on Facebook

Sebuah video di media sosial tular, memaparkan dua kanak-kanak perempuan (dipercayai adik beradik) yang masih kecil, didakwa ditinggalkan oleh ibu bapa mereka. Kejadian itu berlaku di tepi jalan di Garden Avenue Seremban 2.

Dua beradik perempuan itu ditemui dalam keadaan yang sangat lemah dan ketakutan oleh orang awam dan juga anggota polis. Apa yang meruntun hati orang ramai adalah salah seorangnya merupakan kanak-kanak istimewa dan seorang lagi seperti berusia dalam lingkungan 1-2 tahun membawa sebotol susu.

@babahnakal

tergamak betul ibu bapa yg buat mcm ni…masyaAllah#babah_nakal #fyp

♬ suara asli – ⛔Tuanmuda88🎼EDITORMUDA⛔ – ⛔🅃🅄🄰🄽𝓜𝓾𝓭𝓪04🎗️STORIES⛔

Video pendek yang berdurasi 12 saat itu memaparkan dua beradik duduk di tepi jalan. Membuat ramai yang sedih melihat situasi itu, kanak-kanak perempuan berbaju merah jambu dilihat memeluk kanak-kanak di hadapannya (dipercayai kakaknya) dalam keadaan ketakutan.

Perkongsian video tersebut menjadi tular dan telah meraih pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial terutamanya di platform TikTok. Rata-rata meluahkan rasa sedih dan kecewa dengan tindakan ibu bapa kanak-kanak tersebut yang sanggup meninggalkan anak yang masih kecil.

“Budak-budak tak pandai menipu”, komen @uchiahitachi5.

“Kalau rasa dah tak mampu nak jaga, hantar la dekat kebajikan tertentu dah tentu-tentu anak terjamin selamat, bukan cara kau tinggal anak kau yang sekecil ni macam tu je”, komen @anissuderis.

“Budak tu pun nampak takut tak kenal orang”, komen @omelflorist.

Foto – @babahnakal (TikTok)

Tetapi berdasarkan beberapa tinjauan di sumber media lain dan juga video yang tular, terdapat beberapa komen yang mencuri perhatian Murai. Ada beberapa individu tampil mendedahkan bahawa dua beradik tersebut tidak ditinggalkan oleh ibu bapa mereka, tetapi sebaliknya.

Seorang pengguna Facebook, Shahrul Ahmad tampil mengatakan dua beradik tersebut keluar dari rumah tanpa pengetahuan ketika bapa sedang berehat.

“Bukan kena buang. Kakak dia bawa adik keluar, ayah sedang tidur”, kongsi Sharul Ahmad.

Shahrul juga berkongsi sebuah gambar yang menampilkan dua beradik tersebut dan sseorang lelaki, dipercayai bapa, di Balai Polis Seremban 2.

“Kami berjaya mengesan ibu bapa kanak-kanak terbabit iaitu warga Myanmar. Hasil siasatan pihak polis, kanak-kanak ini dipercayai keluar rumah sendiri ketika bapa sedang tidur dan ibunya pula bekerja”, jelas Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din.

Jika tiada penjelasan sebenar daripada keluarga kanak-kanak tersebut, apa yang Murai boleh katakan ia sebuah situasi yang agak kejam dan tidak berperikemanusian.

garden avenue seremban 2kanak kanak tepi jalan serembankanak-kanak tepi jalanseremban 2
https://lomp.at/byfx6
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Video - @tataygold (TikTok)
Viral

[VIDEO] Bapa Sibuk Gigit Dubai Chew Cookie, Tapi Lain Pula Netizen Nampak- “Tercabut Giginya”

by Nurul A.
April 9, 2026

Di platform TikTok dan Threads, tular sebuah video yang memaparkan seorang bapa yang sedang menikmati pencuci mulut popular, Dubai Chewy...

Read moreDetails
Foto - Verona Pictures
Viral

Kisah Seram Noura Al Taqaqa, Penyanyi Kuwait Yang Menyanyi Di Majlis Kahwin Jin

by Nurul A.
March 9, 2026

Baru-baru ini tular beberapa klip video mengenai penyanyi wanita Kuwait 90-an, Noura Al Taqaqa di media sosial. Melihatkan klip tersebut,...

Read moreDetails
Foto - @gn4mii (Threads)
Viral

[VIDEO] Netizen Bengang Lelaki Onani Depan Jemaah Wanita- “Lepas Tu Salahkan Pakaian Perempuan”

by Nurul A.
March 6, 2026

Tak habis-habis, kali ini tular pula sebuah rakaman CCTV yang memaparkan seorang lelaki berkelakuan tidak senonoh ketika berada dalam sebuah...

Read moreDetails
Viral

Bekas Cheerleader Dikenakan Hukuman Selepas Buang Bayi Dalam Tong Sampah

by Nurul A.
March 17, 2026

Seorang bekas cheerleader menghadapi pertuduhan berat selepas bayi yang baru dilahirkan ditemui meninggal dunia di dalam almari bilik tidurnya. Wanita...

Read moreDetails
Foto - @masjidattaqwattdi (Threads)
Viral

Netizen Tegur Kenyataan Masjid At-Taqwa TTDI- “Explaination 2 Muka Surat Tapi…”

by Nurul A.
February 27, 2026

Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) baru-baru ini mencuri perhatian ramai kerana timbul beberapa isu yang kurang menyenangkan. Antara...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  2. 2

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  3. 3

    [VIDEO] Bapa Sibuk Gigit Dubai Chew Cookie, Tapi Lain Pula Netizen Nampak- “Tercabut Giginya”

  4. 4

    Harga Barang ‘Lock’ Sempena Tahun Baharu Cina Bermula 13 Februari, Ini Yang Orang Ramai Perlu Tahu

  5. 5

    [VIDEO] “Tidak Ditelan Usia”- Camelia Nyanyi Lagu Ramli Sarip & Khatijah Ibrahim, Suami Pun Sporting Sekali!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara