Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Viral

‘Air Terjun’ The Exchange TRX Buatkan Ramai Seriau, Ini Penjelasan Pihak Pengurusan

by Nurul A.
December 2, 2025
Foto - @@ridhuanashri (Threads)

Foto - @@ridhuanashri (Threads)

20
KONGSIAN
Share on Facebook

Mencurah-curah seperti air terjun, itulah situasi yang dialami oleh pusat beli-belah The Exchange TRX pada Jumaat lepas. Menerusi beberapa video yang tular di media sosial, insiden kebocoran itu didakwa berlaku di koridor Aras Concourse.

Pengunjung pusat beli-belah itu melahirkan kebimbangan terhadap kebocoran air yang turun dari bahagian atas, membuatkan situasi itu kelihatan seperti air terjun.

https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/threadsdownloader.com_d32b6b.mp4

Melihatkan keadaan yang membimbangkan itu, pihak pengurusan The Exchange TRX tampil memberi penjelasan mengenai isu terbabit. Menerusi kenyataan, pihak pengurusan mengesahkan kejadian itu berpunca akibat isu paip.

“Pasukan kami telah menangani perkara itu dengan segera, menyelesaikan pembaikan yang diperlukan dan memastikan kawasan itu selamat serta dibersihkan dalam masa 15 minit.

Keselamatan dan keselesaan pengunjung kami tetap menjadi keutamaan kami, dan kami akan terus mengekalkan standard penyelenggaraan yang ketat di semua kemudahan kami.”

Foto – @@ridhuanashri (Threads)

Manakala di media sosial, terutamanya Thread, beberapa pengguna platform itu telah memberi pelbagai reaksi termasuklah meluahkan rasa kebimbangan mereka melihat kebocoran paip tersebut.

“Haritu KLIA nak tiru airport Changi. Ni TRX pula air terjun. Apa yang berlaku pada infrastruktur kita?”

“Kebocoran ini berlaku akibat kelemahan sambungan lantai kalis air di atas. Air hujan yang terkumpul semasa ribut petir akan meresap melalui struktur dan menyebabkan kebocoran turun dengan cepat dan deras. Jika masih ada kecacatan, pemilik perlu mengambil tindakan terhadap kontraktor dan melaksanakan protokol kecemasan yang lebih ketat.”

“Standard lah defect incident. Benda ni semua manusia cipta. Apa yang kita taknak berlaku adalah penyelenggaraan yang lmak. Awak boleh lihat pihak pengurusan dengan cepatnya bertindak dan mengeluarkan arahan untuk pembaikan secepat mungkin.”

Apa pendapat kamu?

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
the exchange trxtrxtrx bocor
Share8Tweet5SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    Katil Besi Sampai Patah Dua! Penyewa Didakwa Hilangkan Diri Selepas Tinggalkan Kerosakan Cetus Rasa Kecewa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara