• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

VIDEO Menyentuh Hati Aliff Syukri Ke Kampung ‘Bibik’, Peminat- “Kenapa Tiba-tiba Saya Nangis Ni”

by Arsiqin Yusof
June 9, 2025
1k
KONGSIAN
Share on Facebook

Ketika ramai kembali ke kampung halaman sempena Aidilfitri, usahawan selebriti Datuk Seri Aliff Syukri mencuri tumpuan apabila membawa keluarganya beraya di kampung si ‘Bibik Tudung’, pembantu rumah yang telah lama menjadi sebahagian daripada keluarga mereka.

Aliff Syukri menceritakan bahawa mereka pulang ke kampung bibik di Jatiroto, Jawa Timur kerana anaknya menangis rindu dan mahu berjumpa bibik tudung. Hal ini juga dilihat sebagai percutian buat keluarga itu. Di dalam video yang dikongsi, dapat dilihat kehadiran beliau sekeluarga disambut meriah walaupun secara sederhana.

@papalarisofficial

Perjalanan ke rumah bibik tudung bukan satu hal yang mudah. Kami bergerak dari Kuala Lumpur naik flight ke surabaya hampir 4 Jam. Dari Airport Surabaya ke rumah buk tudung memakan masa hampir 6 jam. . Papa tidak dapat gambarkan betapa jauhnya perjalanan nak ke sana. Cuba bayangkan Ibu Tudung hanya naik moto, bawa baju dari rumahnya ke Airport Surabaya. Papa mama disambut dengan meriah. Tak terungkap dengan kata – kata. Sebagai majikan, Papa rasa sangat bangga dengan buk tudung atas hasil dan usahanya kerja dan bina rumah yang baru. Apa yang korang nak tahu tentang buk tudung cer komen 👇

♬ original sound – Aliff Syukri Kamarzaman – Aliff Syukri Kamarzaman

Realiti: ‘Stres Ikut Sekali’

Perkongsian sebelum ini memaparkan pemergian bibik tudung pulang ke negaranya mempunyai kesinambungan yang lucu. Perkongsian Aliff Syukri yang sanggup membawa seisi keluarga ke Indonesia mencari bibik tudung mecuit hati peminat.

Perjalanan mencari rumah bekas pekerjanya itu bukan mudah. Aliff Syukri berkongsi beliau mengambil masa 6 jam untuk tiba ke rumah buk tudung dari lapangan terbang Surabaya. Video ini mencetuskan senyuman dan ketawa netizen apabila ada yang bergurau bahawa stress “ikut balik kampung”.

Sentuhan Emosional & Keterikatan Keluarga

Sementara menikmati suasana ceria dan emosi, Aliff turut menitip mesej tentang kekeluargaan. Kehadiran beliau sekeluarga dan keakraban dengan bibik menonjolkan sisi lembut beliau, sekali gus menunjukkan nilai kekeluargaan tanpa kemewahan. Ia memberi inspirasi sifat kekeluargaan boleh dipupuk walaupun tidak sedarah.

“Saya tiada nak control tempat tinggal dan pakaian. Mereka pakai apa yang mereka selesa.”

Bangga Dengan Kejayaan Bibik Tudung

Dalam video tersebut jelas terpamer wajah bangga Aliff Syukri yang melihat rumah baru yang dibina oleh bibik tudung hasil usahanya bekerja di Malaysia selama 15 tahun. Yang dahulunya rumah beratapkan daun, berdinding buluh dan berlantaikan tanah kini berubah dengan rumah yang lebih baik. Rumah baharunya dibina bersebelahan dengan rumah yang lama, jadi sangat jelas perbezaan yang boleh dilihat.

Hal ini dikongsi supaya menjadi inspirasi kepada masyarakat di luar sana dimana usaha tidak akan mengkhianati hasil. Jika kita rajin dan gigih dalam melakukan sesuatu perkara, sudah pasti kita akan merasai kemanisannya nanti.

Reaksi Netizen

Video berkongsi momen manis ini mendapat perhatian netizen yang mengucapkan kata pujian terhadap sikap rendah diri Aliff yang sanggup ‘turun padang’ dan ‘tidur rumah kampung’ demi menghargai hubungan dengan bibik dan keluarga.

“Awat la aku sedih tengok video ni awat dengan aku.. untung nya ada kasih sayang.”

“Papa laris sanggup pegi indonesia, untung sapa dapat majikan macam ni”

“Dato’ memang bagus, humble orangnya”

“Bagus Dato’ ni, walaupun pembantu rumah je tapi dia jaga elok macam keluarga sendiri”

“Bagus Dato’ bawak keluarga pegi sana, biar anak-anak tengok dan tau rasa bersyukur dengan apa yang dorang ada”

Dalam kesibukan berniaga, Aliff Syukri mengingatkan kita bahawa kasih sayang tidak sama nilai dengan kemewahan yang dicari. Kadangkala dengan pelukan keluarga dan kehidupan sederhana sahaja sudah cukup untuk melengkapi hidup kita.

[VIDEO] Aliff Syukri Ingin Bersanding Lagi Selepas Pulang Dari 'Wedding' Fattah & Amira
aliff syukribibik tudungIndonesiasederhana
https://lomp.at/kbdk9
Share410Tweet257SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @mishaomar (IG)
Lokal

Kini Misha Omar Pula Yang ‘Tawan’ Times Square, New York- “Saat Yang Tidak Dapat Dilupakan…”

by Nurul A.
September 30, 2025

Selepas Ernie Zakri, kini tiba pula giliran penyanyi tersohor tanah air iaitu Misha Omar menghiasi papan iklan ikonik di Times...

Read more
Lokal

Kahwin Lelaki Belanda, Sabronzo Akui Sedang Bimbing Suami Mualaf – “Saya Tak Mahu Tekanan Dari Sesiapa”

“Alhamdulillah, semuanya okey dan berjalan lancar,” demikian kata anggota kumpulan Dolla, Sabronzo, ketika berkongsi tentang kehidupannya selepas bergelar isteri kepada...

Read more
by Puteri Alia
November 6, 2025
Lokal

[VIDEO] Watie Hanifiah Dandan Rambut Dekta, Lain Pula Netizen Perasan?-“Comelnya Baby Bump..”

Perkongsian isteri kepada pelawak, Shuib iaitu Watie Hanifiah mencuri perhatian netizen selepas memuatnaik satu video di laman media sosial miliknya,...

Read more
by Naddy Joe
October 31, 2025
Lokal

[VIDEO] Telatah Khawla Ralit Lihat Uncle Hael Husaini Buatkan Peminat Terhibur!

Terdahulu, tular satu video yang memaparkan Ernie Zakri yang sedang berbual dengan Hael husaini, namun anaknya iaitu Khawla ralit memandang...

Read more
by Noah Ab
October 30, 2025
Lokal

Selepas Rahsia Lima Bulan, Shuib Akhirnya Bongkar Watie Hamil -“Sembunyi Dari Anak-Anak Dan Keluarga”

Selepas berminggu-minggu membiarkan netizen membuat spekulasi, akhirnya teka-teki terlerai apabila pelawak dan usahawan, Shuib, mengesahkan bahawa isterinya, Watie Hanifiah, kini...

Read more
by Puteri Alia
November 19, 2025
Lokal

Uqasha Senrose Korbankan Tidur Demi Anak Sakit, Kelibat Kamal Adli Pula Tidak Kelihatan

Pelakon Uqasha Senrose mendedahkan dirinya terpaksa mengorbankan waktu tidur sejak beberapa hari lalu apabila anak perempuannya, Hawra Uqaira, mengalami batuk...

Read more
by Puteri Alia
October 20, 2025
Lokal

[VIDEO] Peminat Teruja Dengar Betty Rahmad Cover Lagu Amira Othman & Irfan Haris

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Betty Rahmad yang memaparkan beliau sedang...

Read more
by Noah Ab
September 23, 2025
Lokal

Fazziq ERA Kejutkan Peminat, Selamat Bernikah Pagi Ini!

Penyampai radio ERA FM dan pelakon, Fazziq Muqris, kini melangkah ke fasa baharu dalam hidupnya selepas sah bergelar suami kepada...

Read more
by Aphit J.
November 22, 2025
Berita

[VIDEO] Aisha Retno Kongsi Momen Bertemu Ariana Grande & Cynthia Erivo, Netizen & Rakan Selebriti Teruja!

Penyanyi, Aisha Retno berkongsi rasa teruja apabila berpeluang untuk bertemu dengan dua bintang filem muzikal, Wicked iaitu Ariana Grande dan...

Read more
by Naddy Joe
November 14, 2025
Lokal

Caprice Komen Isu pelajar Perempuan Tingkatan 4 Maut Ditikam Pelajar Lelaki 14 Tahun-“Makin Kritikal Anak Muda Kita..”

Negara hari ini dikejutkan dengan kes pembunuhan seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat yang maut ditikam seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua,...

Read more
by Naddy Joe
October 14, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    VIDEO Keakraban Tunku Azizah & Permaisuri Suthida Selepas Raih Emas Buatkan Rakyat Terpesona

  2. 2

    Perodua Traz VS Toyota Yaris Cross: SUV Kembar, Harga Jauh Beza, Mana Sebenarnya Lebih Berbaloi?

  3. 3

    Busana Madammu Raih Pujian, Netizen Terpesona di Pembukaan Flagship Store Noir

  4. 4

    Lisa Surihani Kongsi Rasa Kagum Dengan Sarimah Ibrahim-“Terima Kasih Menjadi Inspirasiku..”

  5. 5

    Kereta Mewah Siti Nurhaliza Di Program Rancakkan MADANI Pukau Peminat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore