Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Viral

[VIDEO] “Baran Tak Bertempat, Jatuh Maruah Bini…” – Netizen Kecam Suami Terbalikkan Troli Di Pasar Raya

by Arsiqin Yusof
June 5, 2025
212
KONGSIAN
Share on Facebook

Baru-baru ini, sebuah video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @saudagartanpanama telah mencetuskan perbincangan hangat di media sosial. Video berdurasi pendek itu memaparkan seorang suami yang secara tiba-tiba menolak dan menjatuhkan troli pasar raya di hadapan isterinya, dipercayai akibat perselisihan faham kecil semasa membeli-belah. Sejak dimuat naik, video tersebut telah meraih lebih daripada 6 juta tontonan dan ribuan komen daripada netizen yang meluahkan rasa marah dan kecewa terhadap tindakan lelaki tersebut.

@saudagartanpanama

Sesekali jadi nitizen.. Tacottt tacot fyp rosyammall rosyammart

♬ original sound – Saudagar Tanpa Nama – Saudagar Tanpa Nama

Dalam video yang tular itu, kelihatan pasangan suami isteri sedang berada di sebuah pasar raya. Tiba-tiba, si suami menunjukkan reaksi marah dengan mencampak dan menolak troli yang penuh dengan barangan sehingga terbalik di hadapan isterinya. Tindakan tersebut bukan sahaja mengejutkan si isteri, malah menarik perhatian pelanggan lain yang berada berhampiran.

Netizen segera mengecam tindakan tersebut, menyifatkannya sebagai perbuatan yang memalukan dan tidak wajar dilakukan di tempat awam. Ramai yang berpendapat bahawa kemarahan sebegitu sepatutnya dikawal dan tidak dilampiaskan secara terbuka, apatah lagi terhadap pasangan sendiri.

“Kalau Takde Duit, Cakap Elok-elok!” 

Di ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati dengan nasib si isteri. Ramai yang meluahkan rasa kesal kerana si suami bertindak melulu dan tidak menjaga aib masing-masing.

“Kalau di tempat awam pun dia berani buat macam tu, di rumah entah apa lagi nasib isteri dia,”

“Aku kalau keluar belanja dapur. Apa bini aku add to cart semua aku bg. Sbb hampir setiap hari aku takda kt rumah bekerja. Sdgkn isteri aku dgn rela hati jd suri rumah tanpa pendapatan semata nak jaga makan pakai aku setiap hari”

“Dalam trolley tu semua keperluan asas. Aduhai kesian akak ni semoga murah rezeki akak”

“Apa pasal sampai bergaduh. Minta duit laki ke? Tu sebab bila nk shopping pakai duit sendiri.”

“Bila beli kata membazir. tapi nak lauk penuh meja. dtg dari kayangan agaknya”

“Kalau ya pun takde duit nak bayar tak boleh ke ckp kat wife tu elok elok, sendiri memalukan diri sendiri.”

“Kalau laki tak nak shopping balik rumah tak payah masak lah apa lagi. nak makan pun nak berkira”

Namun, ada juga yang menyebelahi pihak si suami. Mereka berpendapat mungkin si suami tiada duit memandangkan waktu perayaan Aidiladha makin tiba.

“Kalau suami takde duit jangan paksa. kena lah faham”

“Akak tu pun satu, patut diam je ni melawan”

“Patut dia je isteri tu jangan lantang sangat, mana tak baran suami”

“Akak tu pun mulut boleh tahan eh, patut diam or blah je ni duduk je situ”

Apa Yang Boleh Dilakukan?

Kejadian ini seharusnya membuka mata semua pihak tentang pentingnya kesedaran terhadap isu keganasan rumah tangga. Masyarakat perlu peka dan tidak takut untuk melaporkan sebarang tindakan kasar yang berlaku di sekeliling mereka.

Bagi individu yang mengalami keganasan dalam rumah tangga, terdapat pelbagai saluran bantuan yang boleh dihubungi seperti Talian Kasih 15999 atau mengunjungi pusat kaunseling berdekatan.

Tindakan kasar, terutamanya terhadap pasangan sendiri, tidak seharusnya berlaku, lebih-lebih lagi di tempat awam. Maruah dan harga diri seseorang perlu dihormati dan sebarang perselisihan faham sepatutnya diselesaikan dengan cara yang matang dan berhemah.

Semoga kejadian ini menjadi pengajaran kepada semua dan kita sebagai masyarakat dapat memainkan peranan dalam membanteras keganasan rumah tangga demi kesejahteraan bersama.

5 Pusat Beli Belah Dengan Dekorasi Krismas 2025 Wajib Singgah Di Kuala Lumpur
baranbeli-belahisteripusat beli belahsuami
https://lomp.at/usyri
Share85Tweet53SendShare

KINI TRENDING

Foto - Verona Pictures
Viral

Kisah Seram Noura Al Taqaqa, Penyanyi Kuwait Yang Menyanyi Di Majlis Kahwin Jin

by Nurul A.
March 9, 2026

Baru-baru ini tular beberapa klip video mengenai penyanyi wanita Kuwait 90-an, Noura Al Taqaqa di media sosial. Melihatkan klip tersebut,...

Read moreDetails
Viral

Bekas Cheerleader Dikenakan Hukuman Selepas Buang Bayi Dalam Tong Sampah

by Nurul A.
March 17, 2026

Seorang bekas cheerleader menghadapi pertuduhan berat selepas bayi yang baru dilahirkan ditemui meninggal dunia di dalam almari bilik tidurnya. Wanita...

Read moreDetails
Foto - @masjidattaqwattdi (Threads)
Viral

Netizen Tegur Kenyataan Masjid At-Taqwa TTDI- “Explaination 2 Muka Surat Tapi…”

by Nurul A.
February 27, 2026

Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) baru-baru ini mencuri perhatian ramai kerana timbul beberapa isu yang kurang menyenangkan. Antara...

Read moreDetails
Foto - @gn4mii (Threads)
Viral

[VIDEO] Netizen Bengang Lelaki Onani Depan Jemaah Wanita- “Lepas Tu Salahkan Pakaian Perempuan”

by Nurul A.
March 6, 2026

Tak habis-habis, kali ini tular pula sebuah rakaman CCTV yang memaparkan seorang lelaki berkelakuan tidak senonoh ketika berada dalam sebuah...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  4. 4

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  5. 5

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara