Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

[VIDEO] Irfan Haris Bocorkan Rahsia, Fattah Amin Berjumpa Dengan Ayah Amira Othman?

by Jash Lee
July 28, 2025
Share on Facebook

Irfan Haris Othman, lahir pada 29 November 2001, ialah penyanyi muda Malaysia yang semakin meningkat naik dalam industri hiburan. Sebagai adik kepada penyanyi dan pelakon terkenal, Amira Othman, Irfan memulakan kerjaya seninya melalui pertandingan nyanyian seperti Idola Kecil (2011) dan Ceria Popstar (2016).

Beliau mendapat perhatian ramai menerusi lagu Redha, runut bunyi drama Suri Hati Mr. Pilot, yang mencatat jutaan tontonan di YouTube. Irfan turut meraih tempat keempat dalam Big Stage 2019, mempamerkan bakat vokalnya yang menawan. Dengan sokongan keluarga seni, beliau terus berkarya, menghasilkan lagu-lagu seperti Pesan dan Hilang.

Hubungan rapat dengan kakaknya, Amira, sering menjadi inspirasi peminat, mencerminkan ikatan keluarga yang erat dan saling menyokong dalam kerjaya seni mereka.

“POV : Bila Kau Seorang Yang Privact Tapi Adik Kau Takleh Simpan Rahsia Hahaha”

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @cute08628 yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 140 ribu, tanda suka sebanyak 5,523 dan sebanyak 155 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Irfan Haris yang memberitahu netizen bahawa Fattah Amin telah bertemu dengan ayahnya ketika melawat Amira Othman di Hospital tempoh hari. Berkata Irfan lagi, beliau teruja melihat kakaknya yang merakam Fattah Amin berbual dengan ayahnya itu.

@cute08628

#irfanharis #fattmira #fattahamin #amiraothman #malaysia

♬ bunyi asal – cute – cute

Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Irfan Haris sama seperti adik mereka kerana tidak boleh simpan rahsia kerana terlalu gembira melihat kakaknya bahagia.

“Dia ni boleh geng dengan cco yusoff anak Aliff Syukri sebab takleh simpan rahsia hahaha”

“melampau Irfan siap cakap macam bilik rombongan hahaha”

“Ternyata ketua netizen adalah adik Amira Othman sendiri adoii haha”-Kata netizen

Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

[VIDEO] Duda Hot, Fattah Amin Cairkan Hati Netizen Wanita
Amira Othmanfattah aminirfan haris
https://lomp.at/i8eyp
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Berita

Nazim Othman Ralat Dengan Komen Sinis Netizen Terhadap Aprena Manrose

by Naddy Joe
December 29, 2025

Aktor, Nazim Othman tampil bersuara selepas selebriti wanita yang juga rakan gandingannya dalam sebuah drama, iaitu Aprena Manrose yang mendapat...

Read moreDetails
Foto - @syifahadju (IG) / @ahmaddhaniofficial (IG)
Indonesia

Gara-Gara Kewangan Terjejas, Ahmad Dhani ‘Cancel’ Majlis Sambut Menantu

by Nurul A.
January 19, 2026

Nampaknya tak lama lagi kita dapat melihat majlis perkahwinan mewah anak kedua Ahmad Dhani iaitu El Rumi dan pasangannya, Syifa...

Read moreDetails
Lokal

Abby Abadi Bidas Komen Negatif Netizen Gelar Marissa ‘Penyondol’

by Naddy Joe
December 30, 2025

Pelakon dan usahawan, Abby Abadi meluahkan rasa kesal terhadap sikap salah seorang warganet di media sosial selepas dia berkongsi impian...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Uyaina Arshad Berdebar Tunggu Detik Bersalin-“Adakah Nyawa Akan Terus Hidup Atau…”

by Naddy Joe
January 29, 2026

Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad mengakui rasa takut apabila dia bakal menjalani pembedahan Caesarean (C-Section) cahaya mata ketiganya. "Takut Yang...

Read moreDetails
Lokal

Jep Sepahtu Tinggalkan Sinar FM, Netizen Sebak!

by Naddy Joe
January 23, 2026

Pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu membuat pengumuman mengejutkan peminat bahawa dia mengundurkan diri sebagai penyampai radio di Sinar FM....

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Benarkah Berbuka Puasa di Park Hyatt KL Hotel Di Merdeka 118 Kena Lewat 3 Minit?

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  4. 4

    Makan Di Food Court Cecah RM42, Netizen Luah Rasa Tak Berbaloi

  5. 5

    7 Jenis Kurma Pilihan MURAI, Lebih Berkhasiat & Badan Kekal Bertenaga Sepanjang Ramadan!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore