• Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Musik

[VIDEO] Kampung Warna Warni Jadi Pilihan Altimet Untuk MV ‘Muda’

by Phic ARMAN
July 30, 2018
Share on Facebook

Selepas ‘Amboi’ memenangi Persembahan Terbaik di AJL32 dan kejayaan single ‘Bunga’ menjana lebih 5 juta tontonan di Youtube dalam tempoh 3 bulan, Altimet meneruskan lagi momentumnya dengan single terbaru berjudul ‘Muda’. Lagu ini merupakan single keempat dari album ‘Air’ yang dilancarkan pada Mac lalu. ‘Muda’ diterbitkan oleh Altimet Holdings Sdn Bhd dengan kerjasama Warner Music Malaysia sebagai pengedar.

Dalam single ‘Muda’ ini Altimet turut menampilkan komposer & penyanyi hip hop generasi baru, Kidd Santhe bersama ahli kumpulan Mirwana, Akmal. Bercerita disebalik kolaborasinya, Altimet menyatakan,

“Hasil karya asal Akmal berjudul ‘Esok Menanti’ merupakan salah satu lagu yang dibuat untuk album Kotarayaku pada tahun 2012 lalu. Walaupun tak terpilih untuk masuk ke dalam album tersebut, melodi dan korusnya sering menghantui telinga saya. Setelah memulakan proses menulis album Air, saya menghantar lagu Esok Menanti kepada Kidd Santhe untuk diberi gubahan yang baru dan sangat berpuas hati dengan hasil karyanya”.

Berbanding dengan lagu-lagu yang Altimet keluarkan sebelum ini, ‘Muda’ menampilkan melodi yang ‘catchy’ diiringi rentak lagu yang ceria. Single yang turut menampilkan elemen ‘contemporary pop’ ini, bukan saja menyajikan sesuatu yang berbeza buat peminat hip hop malah ianya suatu lagu yang lebih santai dan mesra telinga sesuai dinikmati oleh pendengar muzik arus semasa.

Bait-bait lirik yang ditulis oleh Altimet ini secara bersahaja menyelitkan unsur nasihat melalui penceritaannya dari kacamata si pencerita berusia emas yang mengimbau kembali perjalanan hidupnya.

Video muzik rasmi ‘Muda’ merupakan terbitan Motiofixo dan arahan Alan Amir. Video muzik ini menjalani penggambaran di sebuah lokasi yang dilabelkan sebagai ‘Instagram-friendly’ di Malang, Indonesia. Lokasi penggambaran yang juga merupakan sebuah kampung yang didiami penduduk tempatan ini menawarkan pemandangan yang unik dengan latarbelakang yang berwarna warni.

Malik Choo Tampil Dengan Lagu Solo Pertama ‘Suka Kamu’ – Sarat Dengan Cinta & Jiwa Malaysia

Video muzik rasmi ‘Muda’ boleh ditonton di laman web www.altimet.com.my bermula 30 JULAI 2018. Single ‘Muda’ sudah boleh dibeli dan distrim di kesemua pelantar digital sejak 30 Mac 2018.

AkmalaltimetAltimet Holdings Sdn BhdKidd SantheMirwanaWarner Music Malaysia
https://lomp.at/bcvav
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Indonesia

Afgan Kembali Dengan Album Baharu ‘Retrospektif’-“Selepas Bertahun-Tahun Bereksperimen..”

by Naddy Joe
November 21, 2025

Setelah tujuh tahun tidak muncul dengan album penuh berbahasa Indonesia, penyanyi tersohor Afgan kembali dengan buah tangan terbaharu berjudul Retrospektif....

Read more
Lokal

Sebak! Zaquan Adha Kongsi Momen Saat Akhir Anak Bongsu Buat Ramai Sedih

Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha Abdul Razak, sekali lagi mengundang sebak dalam kalangan peminat apabila berkongsi momen penuh...

Read more
by Aphit J.
October 26, 2025
Lokal

[VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Datin Shahida Beli Banyak Rotan Untuk Anaknya-“Esok Hilang Lah Ni”

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Datin Shahida yang membeli rotan dalam jumlah yang banyak. Datin Shahida juga mengatakan...

Read more
by Noah Ab
November 18, 2025
Lokal

Bodoh Sombong! – Janna Nick Tempelak Golongan T20 Pertikai Aktivis Wanita Dalam Misi GSF

Pelakon dan pengacara terkenal, Janna Nick meluahkan rasa marah terhadap pihak yang mempertikaikan penglibatan aktivis wanita dalam misi kemanusiaan Global...

Read more
by Aphit J.
October 5, 2025
Foto - medcom.id
Indonesia

[VIDEO] Duet Tidak Dijangka, Peminat Teruja Lihat Nyanyian Siti Nurhaliza & Afgan- “Tak Boleh Tidur Malam Ni”

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah mencuri perhatian pengunjung Pestapora 2025 di Jakarta, Indonesia baru-baru ini. Dalam persembahannya, Siti...

Read more
by Nurul A.
September 8, 2025
Musik

Lagu Baharu MonoloQue Sindir Golongan Elit? Ini Maksud Tersirat ‘Villa Marhaen’

MonoloQue kembali menyinari dunia muzik Malaysia dengan lagu baharu mereka berjudul Villa Marhaen (Mereka Vs Kami) — pembuka tirai kepada...

Read more
by Aphit J.
August 30, 2025
Foto - @suhanakhan2 (IG)
Bollywood

‘Natural Beauty’, Ini 6 Aktres Bollywood Yang Cantik Tanpa Mekap Menurut MURAI

Tak dinafikan solekan seperti smokey eyes, bibir merah terang hingga ke no makeup look sentiasa menjadi pilihan ramai wanita. Tetapi...

Read more
by Nurul A.
September 24, 2025
Foto - @faissal.khan (IG)
Bollywood

Faissal Khan Akui Dikurung Selama Setahun Oleh Keluarga, Ini Jawapan Aamir Khan

Aktor Aamir Khan dan keluarganya telah menjadi tumpuan dan perdebatan orang ramaidi India, apabila abangnya iaitu Faissal Khan telah menuduh...

Read more
by Nurul A.
September 9, 2025
Lokal

[VIDEO] Adam Lee Kongsi Momen Romantis Beri Kejutan Buat Sweet Qismina, Lain Yang Netizen Terpegun!

Aktor, Adam Lee membuat perkongsian isitimewa ketika memberikan kejutan buat isterinya yang juga pelakon, Sweet Qismina sempena hari lahirnya yang...

Read more
by Naddy Joe
October 24, 2025
Berita

Ibu Anna Jobling Tuju Pada Siapa?-“Sanggupnya Korang Hasut Anak Aku Tinggalkan Aku…”

Ibu kepada pelakon, Anna Jobling iaitu Ariz Ayop meluahkan rasa kesal terhadap pihak terlibat yang dikatakan telah menghasut anaknya itu...

Read more
by Naddy Joe
September 18, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Fatima Menangis Terharu Fazura Belikan ‘Blind Box’ Berharga RM1,500…

  2. 2

    [VIDEO] Cik B & Leona Rancang Lokasi Percutian, Curi Perhatian Netizen-“Gini Rupanya Perbualan T20..”

  3. 3

    [VIDEO] Siti Nurhaliza Bercuti Bersama Keluarga Di Jepun, Telatah Afwa Curi Perhatian Netizen

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Hael Husaini ‘Call’ Afwa Suruh Simpan Telefon Siti Nurhaliza

  5. 5

    [VIDEO] Isteri Fazziq Muqris Dipuji Peminat-“Cantiknya Bak Bidadari”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem