Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Warner Music Malaysia ‘Throwback’ Pencapaian & Rai Tahun Pelancaran Lagu Popular Pada 2024!

by Naddy Joe
March 3, 2025
Share on Facebook

Warner Music Malaysia (WMM) menandakan tahun penting pada 2024, mencapai pencapaian bermakna di industri muzik. Label berkenaan menunjukkan kepimpinan melalui inisiatif inovatif, perkongsian strategik dan tumpuan kuat terhadap pembangunan artis,

sekali gus menyumbang secara signifikan terhadap landskap muzik Malaysia yang sedang berkembang.

Mencipta Pengalaman Peminat Secara Langsung

WMM telah melabur dalam memperkayakan pengalaman peminat, dengan penganjuran sulung Futureland Festival di Stadium Merdeka yang menarik kehadiran 20,000 peminat. Warner Music Fest 2024 menjelajah lapan universiti, menjangkau lebih 7,000 pelajar.

Memperkukuh Budaya melalui Muzik

Kerjasama yang ketara termasuk peranan WMM sebagai rakan kongsi muzik rasmi  kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk Harimau Malaya.

Pelaburan bersama FINAS dalam penerbitan filem, yang mewujudkan peluang kepada artis Malaysia dalam runut bunyi, serta menyokong persembahan artis antarabangsa, menyerlahkan komitmen WMM untuk mengintegrasikan muzik dengan pengalaman budaya yang lebih luas.

Kejayaan Artis dan Pertumbuhan Penstriman

Antara pencapaian utama WMM pada tahun 2024 ialah termasuk penguasaan carta MASDO sebagai artis kedua paling banyak distrim dan kumpulan #1 di Spotify, bersama dengan kemenangan MTV EMA.

Sarah Suhairi diiktiraf sebagai artis RADAR Spotify Teratas Malaysia, dengan “SAH” menjadi lagu ketiga paling banyak distrim di Spotify Malaysia.

Selain itu, persembahan hebat daripada kemunculan bakat baharu seperti Fimie Don, Empty Page, Nabila Razali, dan Rizal Rasid, yang menyertai Festival ROUND, menyerlahkan pertumbuhan rancak serta dinamisme industri muzik tempatan.

Kesan Artis Antarabangsa

WMM mempunyai pengaruh ketara di persada antarabangsa, dengan album “Rosie” daripada Rosé mencatat kejayaan luar biasa dengan kesemua 12 lagu memasuki Spotify Top 200 di Malaysia, dan “APT” bersama Bruno Mars mendahului carta Malaysia selama 12 minggu berturut-turut.

Warner Music Malaysia
https://lomp.at/kzzds
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Indonesia

UNGU Ubati Rindu Peminat Dengan ‘UNGU 3 DASAWARSA: Special Night In Kuala Lumpur’ 5 September Ini

by Naddy Joe
April 26, 2026

Tiga dekad dalam industri bukan sekadar satu angka, ia adalah perjalanan yang ditempa dengan jatuh bangun, evolusi dan ketahanan yang...

Read moreDetails
Lokal

Exists Hadir Dengan Konsert Memento Mori 1 Ogos Ini Di Unifi Arena Kuala Lumpur

by Naddy Joe
April 25, 2026

Diam Exists umpama DIAMMU GUNUNG BERAPI. Maka meminjam semangat kewujudan Exists yang bertahan sejak 35 tahun silam, sebuah konsert dengan...

Read moreDetails
Lokal

Yo Yo Raya Dari The Aura Bawa Peminat Selami Kemeriahan Hari Raya

by Naddy Joe
April 4, 2026

“Yo Yo Raya” membawa pendengar menyelami kemeriahan Hari Raya yang dirasai pelbagai  lapisan masyarakat tidak kira pangkat dan usia. Lagu...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Atilia Haron Hadir Dengan ‘Di Manakah Kamu Sore Ini’

by Naddy Joe
April 24, 2026

Penyanyi, Atilia Haron tampil dengan lagu terbaharu berjudul 'Di Manakah Kamu Sore Ini?' yang sarat dengan emosi. “Dimanakah Kamu Sore...

Read moreDetails
Lokal

Aishah Bakal Ubati Rindu Peminat Dengan Konsert Solo ‘Aishah 40 Chapters Of Love’ Julai Ini

by Naddy Joe
April 18, 2026

Legenda seni suara tanah air, Dato’ Aishah bakal mencipta satu lagi detik bersejarah menerusi konsert solo berskala besar yang dinanti-nantikan,...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Salah Susun Atau Salah Orang? Pelanggan Lari, Peniaga Tanggung Rugi

  2. 2

    Bekas Pengawal Peribadi Shah Rukh Khan Dedah Jumlah Gaji Diterima

  3. 3

    Nak Cuba Je, Tapi Jadi Cemas!  Warga Emas Tersangkut Dalam Kasut Getah Cetus Gelak Tawa

  4. 4

    [VIDEO] Aliff Aziz Cover Lagu Indonesia, Lain Pula Reaksi Netizen?-“Kau Ni Rugi..”

  5. 5

    Ramai Tak Sangka Ustaz Viral Seleweng Dana RM12.3 Juta- “ Dulu Tengok TikTok Dia Rasa Tenang…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara