Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

[VIDEO] Kunjungan Tengku Permaisuri Selangor Ke Booth Kunyahan Curi Perhatian Ramai

by Naja Nix
December 22, 2025
Via Instagram /@Kunyahan

Via Instagram /@Kunyahan

63
KONGSIAN
Share on Facebook

Satu momen penuh makan tercipta apabila Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, berkenan mencemar duli mengunjungi sebuah booth kecil milik jenama tempatan, Kunyahan.

Kunjungan tersebut bukan sahaja mencuri tumpuan pengunjung, malah menyentuh hati ramai apabila rakaman video pertemuan mesra itu tular di media sosial.

Menerusi perkongsian di Instagram, pemilik Kunyahan meluahkan rasa terharu atas kesudian baginda singgah ke booth kelapa mereka serta meluangkan masa untuk berbual secara santai.

Menurut pemilik, pertemuan ringkas itu meninggalkan kesan yang besar dan sukar dilupakan, malah disifatkan sebagai pengalaman yang sangat surreal.

“Selalu Nampak Kunyahan Di Instagram”

Dalam video yang dikongsikan, Tengku Permaisuri Selangor dilihat beramah mesra dan berbual dengan pemilik booth Kunyahan dalam suasana santai tanpa protokol ketat.

Antara yang menarik perhatian ramai ialah apabila Tengku Permaisuri menyatakan baginda sering melihat kandungan Kunyahan muncul di suapan Instagram baginda.

View this post on Instagram

Pengakuan itu nyata membuatkan pemilik Kunyahan terkejut dan terharu, memandangkan jenama tersebut bermula sebagai perniagaan kecil sederhana di media sosial.

Malah, Tengku Permaisuri turut dilihat tertarik dengan susun atur dan konsep booth Kunyahan yang ringkas dan kemas, sekali gus memberi suntikan semangat kepada usahawan tempatan tersebut.

Lokasi Acara Jadi Tumpuan Baharu

Difahamkan, kunjungan itu berlangsung bersempena acara pelancaran Ukay Hilss yang terletak di Bukit Antarabangsa, Ulu Klang.

Majlis pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Tengku Permaisuri Selangor dan turut dihadiri wakil industri, rakan strategik serta tetamu jemputan, menjadikan acara itu antara tumpuan utama di kawasan berkenaan.

Netizen Bangga, Inspirasi Buat Peniaga Kecil

Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa bangga dan teruja melihat keprihatinan Tengku Permaisuri terhadap peniaga kecil. Ada yang menyifatkan detik tersebut sebagai bukti bahawa usaha konsisten di media sosial tidak pernah sia-sia, malah mampu menarik perhatian insan paling berpengaruh sekalipun.

Momen ini secara tidak langsung menjadi inspirasi kepada ramai usahawan kecil dan pencipta kandungan untuk terus berusaha, walaupun bermula dengan tontonan yang kecil.

“Terpelanting ya dengar Tuanku Permaisuri pun nampak Kunyahan dekat IG.”

“Tak sia-sia kan sis dulu buat tiktok kata live sorg2 takde org tengok. Sekarang, permaisuri pun tengok sis tau. So proud sistaaaaa.”

Via Instagram /@zureeen
Via Instagram @iisnuruls

Kehadiran Tengku Permaisuri Hajah Norashikin jelas membuktikan bahawa sokongan moral dan sentuhan diraja mampu memberi impak besar kepada rakyat, dengan cara yang cukup sederhana tetapi penuh makna.

[VIDEO] Cara Tengku Permaisuri Selangor 'Lipat Napkin' Raih Pujian Rakyat!
ayah tengku norashikinDYMM Tengku Permaisuri SelangorKunyahanpeniaga keciltengku permaisuri selangorusahawan kecil
https://lomp.at/yj4yf
Share25Tweet16SendShare

KINI TRENDING

Gambar: AI Generated
LifeXplore

Tak Perlu Risau Mencari Tempat Sahur, Ini Senarai Lokasi Popular Sekitar KL

by Farah Fatihah
February 27, 2026

Apabila bulan Ramadan menjelma, mencari tempat sahur yang selesa dan mudah diakses menjadi antara perkara penting, khususnya buat mereka yang...

Read moreDetails
Gambar: AI Generated
LifeXplore

Nasi Berlauk Sedap RM5 Jer, Ini Warung Yati Di KL Yang Wajib Singgah!

by Farah Fatihah
February 13, 2026

Dekat Kuala Lumpur sekarang, susah nak jumpa nasi berlauk sedap dengan harga yang mesra poket. Semua mahal-mahal, lauk sikit pun...

Read moreDetails
LifeXplore

Kenapa ‘Ventilated Seat’ JETOUR T2 Jadi Ciri Paling Dicari Pemandu Malaysia?

by Phic ARMAN
March 14, 2026

Malaysia baru sahaja menyaksikan kelahiran SUV baharu yang bukan sekadar gagah di jalan raya, tetapi juga selesa hingga ke tulang...

Read moreDetails
Bisnes

Gandakan Kebaikan Pada Ramadan Ini Dengan Inisiatif Berskala Besar Di Seluruh Negara

by Naddy Joe
March 1, 2026

Ramadan sentiasa menjadi waktu untuk berkongsi dan berbuat baik saat rakyat Malaysia saling membantu, berkongsi rezeki dan menghulurkan sokongan kepada...

Read moreDetails
Foto - @missfazura (IG)
Kecantikan

Tak Perlu ‘Over’ Kontur, Ini Cara Paling Senang & Cepat Capai Hidung Mancung Sebelum Raya!

by Nurul A.
March 12, 2026

Apabila menyentuh mengenai ciri wajah, bahagian yang sering menjadi kebimbangan para wanita adalah hidung. Bukan apa, MURAI dapati ramai juga...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  2. 2

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  3. 3

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara