• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Update Berita FAKTA

[VIDEO] Michael Ang ‘Pecah Lubang’ Nur Sajat !

by Ayden Mikhael
January 19, 2018
Share on Facebook

Pengarah telefilem serta drama bersiri, Michael Ang yang berbangsa Cina yang kini bergelar selebriti itu memang cukup dikenali dengan mulut lantang, gemar berseloroh dan cakap lepas.

YouTube video

Michael juga sering memaklumkan perkembangan terkini mengenai isu semasa. Baru-baru ini viral melalui ‘Instagram Live’ Michael, beliau mendedahkan jantina sebenar usahawan kosmetik, Nur Sajat Kamaruzzaman.

Di dalam video itu, Michael berulang-ulang kali menegaskan bahawa Nur Sajat adalah seorang khunsa dan bukan pondan.

Michael juga merumuskan apa maksud khunsa yang sebenar dan beliau pernah membuat penyelidikan berkaitan tentang isu khunsa sebelum ini. murai.my difahamkan bahawa Michael bakal akan menghasilkan telefilem berkisarkan tentang khunsa.

Namun pengarah popular itu masih lagi berahsia mengenai barisan pelakon yang bakal menyerikan telefilem baharunya itu.

Apa itu KHUNSA??

YouTube video

Menurut Ustaz Azahar Idrus – Khunsa, berasal dari perkataan Arab yang bererti lembut. Menurut Kamus Dewan, orang yang mempunyai dua alat kelamin. Golongan istimewa ini Allah ciptakan sebagai sebahagian bukti kekuasaan Allah. Mereka mempunyai ciri fizikal dan naluri istimewa sejak lahir.

Dari segi fiqh Islam, golongan khunsa terbahagi kepada dua, khunsa musykil iaitu khunsa yang diragui dan khunsa ghair musykil atau khunsa yang tidak diragui.

Khunsa musykil adalah khunsa yang tidak langsung dapat dipastikan jantinanya kerana mereka dilahirkan tanpa sebarang alat kelamin dan hanya punyai alat untuk membuang air kecil.

Khunsa ghair musykil pula, dapat dipastikan keterampilan mereka sama ada menjurus kepada perempuan atau lelaki melalui tanda-tanda fizikal atau dipastikan jantina secara klinikal.

Harus dari sudut hukum syarak bagi khunsa ghair musykil untuk berkahwin tetapi haram bagi khunsa musykil untuk berkahwin.

Dalam bahasa Inggeris, khunsa disebut sebagai hermaphrodite. Jumhur ulama menetapkan mereka bersolat Jumaat pada saf ketiga iaitu selepas saf kanak-kanak lelaki dan di hadapan perempuan.

Sajat Berang Didakwa Sudah Meninggal Di London!-"Saya Masih Hidup Ya.."

Ini bukan diskriminasi tetapi peraturan dalam Islam. Islam menetapkan saf perempuan paling belakang bukan bermakna Islam mendiskriminasikan perempuan. Dalam solat, Imam yang paling hadapan paling bertanggungjawab dalam sah batalnya solat itu. Lelaki pula adalah golongan yang paling bertanggungjawab di hadapan Allah SWT nanti.

Khunsa diletakkan di barisan ketiga melambangkan tanggujawab mereka yang ringan berbanding lelaki bukan khunsa.

Sajat Khunsa? YA atau TIDAK?

Menerusi gambar yang dimuat naik oleh Nur Sajat di Instagram memberi gambaran bahawa “sesuatu yang positif” diperolehi melalui perjumpaan bersama JAKIM tempoh hari. murai.my yakin bahawa semua peminat-peminat Nur Sajat menanti-nanti jawapan dari pihak Jakim mengenai isu ini.

Apa yang ada di sisimu akan lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal. Dan Allah pasti akan memberi balasan kepada orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.

Sama-sama kita semua doakan yang baik-baik untuk Nur Sajat dan sekeluarga, amin.

https://www.instagram.com/p/BeATNfVHR8N/?taken-by=nursajat02

Sumber : Youtube.com, Kongsakongsi, Wikipedia, Gempak.com

michael angnur sajatsajatvideo michael ang
https://lomp.at/slmn3
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - The Star
Insentif

MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

by Nurul A.
January 6, 2026

Bermula 9 Januari ini, individu yang layak akan mula menerima bantuan MyKasih 2026 yang akan dikreditkan ke dalam MyKad. Untuk...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Langkah Tenang Putera Diraja Tunku Sulaiman Ini Buat Ramai Terpukau

by Phic ARMAN
January 2, 2026

Social Buzz kembali lagi dengan video yang menjadi buala hangat di laman TikTok. Penampilan YTM Tunku Sulaiman Badlishah, putera kepada...

Read moreDetails
Filem

Kisah Lama Yusof Haslam: ‘Arwah Menangis Minta Saya Buat Kerja Lain’

by Phic ARMAN
January 2, 2026

Setiap kejayaan yang kita lihat hari ini pasti ada cerita di sebaliknya, dan bagi Datuk Yusof Haslam, legenda industri hiburan...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Dr Fie ‘First Time’ Cuba Jering Masakan Umie Aida, Reaksi Comel Undang Gelak Peminat

by Phic ARMAN
January 2, 2026

Dr Fie, bekas isteri penyanyi Nubhan, baru-baru ini mencuri tumpuan ramai apabila mencuba jering masakan pelakon era 90an,  Datin Paduka...

Read moreDetails
Berita

Penampilan Sabronzo Dalam Dres Singkat Undang Pelbagai Reaksi Netizen

by Naddy Joe
January 2, 2026

Nama salah seorang ahli kumpulan DOLLA, iaitu Sabronzo sentiasa menjadi tumpuan netizen disebabkan penampilannya yang seksi. Terkini, dia kembali mengundang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

  2. 2

    Langkah Tenang Putera Diraja Tunku Sulaiman Ini Buat Ramai Terpukau

  3. 3

    Kisah Lama Yusof Haslam: ‘Arwah Menangis Minta Saya Buat Kerja Lain’

  4. 4

    Dr Fie ‘First Time’ Cuba Jering Masakan Umie Aida, Reaksi Comel Undang Gelak Peminat

  5. 5

    Penampilan Sabronzo Dalam Dres Singkat Undang Pelbagai Reaksi Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore