Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Video Muzik ‘Hati’ Hael Husaini Dipuji Kerana Unik!

by Khai Azfar
December 13, 2019
Share on Facebook

Setelah berjaya memenangi tempat pertama di Anugerah Juara Lagu (AJL) dua kali berturut-turut, dan kemudian tampil dengan dua versi lagu ‘Hari Ini’ secara solo dan secara duet bersama bintang tersohor negara, Dayang Nurfaizah, penyanyi, komposer serta penulis lirik penuh berbakat Hael Husaini kini muncul dengan sebuah lagi karya hebat berjudul ‘Hati’.

Sentuhan Penuh Hael Dan Ezra Kong

Menurut Hael, ‘Hati‘ mengisahkan seorang lelaki yang menaruh harapan pada seorang wanita, tetapi tidak tahu bagaimana caranya untuk untuk cuba memberitahu perkara sebenar kepada wanita tersebut.Digubah dan ditulis sepenuhnya oleh pasangan pencipta karya muzik ulung negara iaitu Ezra Kong dan Hael Husaini sendiri, lagu ini dijangka berpotensi besar mengulangi kejayaan lagu- lagu yang pernah mereka hasilkan bersama sebelum ini.

Perkenal ‘Tarian Hati’ 

Di dalam lagu ini juga Hael Husaini memperkenalkan gerakan baru didalam muzik video bagi memperkuatkan lagi lagu yang berjudul Hati ini. Sekaligus dapat mempertontonkan dinamik lagu ini kepada pendengar diluar sana.

Tidak mustahil sekiranya lagu ini mampu dicalonkan dalam anugerah-anugerah berprestij yang akan datang. Sebelum ini, Hael menerusi lagu ‘Hajat’ turut memperkenalkan sebuah gerak tari yang dikenali sebagai ‘Hajat Dance Challenge’ yang tular di media sosial.

YouTube video

Berdasarkan carian kami di laman YouTube, video muzik Hati yang baru sahaja dimuat naik pada dua hari lalu telah mencecah lebih dari 200 ribu tontonan. Malah rata-rata peminat turut memuji video muzik tersebut yang kelihatan unik dan mencapai standard antarabangsa.

Hael Husaini Hadir Dengan Dua Single Terbaharu: 'Peluk' & 'Alangkah'

Malah dengan penampilannya di dalam itu juga telah mengubah karakter Hael yang sebenar sekaligus menonjolkan kemampuan figura ini untuk tampil berbeza dan lebih diingati.

Lagu ‘Hati’ ini boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Spotify, Joox dan Apple Music.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
hael husainiHael Husaini Hati
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara