Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Video Muzik Terbaru Awi Rafael Guna Teknologi ‘Video Mapping’

by Phic ARMAN
August 1, 2018
Share on Facebook

Dunia hanya bersifat sementara dan segala nikmat di dunia itu bersifat tidak kekal. Itulah tema yang cuba diangkat oleh penyanyi dan komposer, Awi Rafael dalam single terbarunya ‘Ini Semua Dunia’.

Lagu ini merupakan karya ciptaan Awi sendiri sebagai komposer dan penulis lirik ini. Awi sekali lagi menyelitkan unsur dakwah menerusi lagu yang disampaikan dalam irama pop yang mesra telinga disertakan dengan melodi yang ‘catchy’.

Single ‘Ini Semua Dunia’ sudah mula dikeluarkan sejak 25 Mei yang lalu. Bagi mengembangkan lagi jangkauan single ini, video muzik rasmi ‘Ini Semua Dunia’ telah dilancarkan pada 23 Julai yang lalu.

Video muzik terbitan Gambo TV ini merupakan video muzik pertama di Malaysia yang menampilkan teknologi ‘video mapping’.

“‘Video mapping’ merupakan teknologi grafik yang menggunakan projektor untuk menambah efek ke atas objek yang berkedudukan statik, dengan menayangkan imej dalam bentuk ‘motion graphic’, geometrik, garisan, mahupun ruang ke atas permukaan objek tersebut.

Namun dalam video muzik ini kami membuat suatu kelainan dengan menjadikan Awi sendiri sebagai medium talaan cahaya,” jelas Azrai Fahmi pengarah video muzik ‘Ini Semua Dunia’.

Menariknya dengan penggunaan teknologi ‘video mapping’ ini, ianya telah menghasilkan suatu pendamping visual yang unik kepada lagu ‘Ini Semua Dunia’ dengan memaparkan Awi seumpama kanvas yang dicorakkan dengan lukisan.

“Ini merupakan strategi kami untuk menampilkan Awi sebagai titik fokus dalam menyampaikan naratif lagu ini. Kami mengolah subjek dalam lagu ‘Ini Semua Dunia’ menggunakan elemen-elemen duniawi yang menggambarkan cabaran kehidupan manusia masa kini,” ulas Anne Mukhtar, Pengurus Promosi dan Pemasaran Warner Music Malaysia.

Video muzik rasmi ‘Ini Semua Dunia’ boleh ditonton di saluran YouTube Warner Music Malaysia sejak 23 JULAI 2018. Single terbitan dan edaran Warner Music Malaysia ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music.

Awi RafaelIni Semua DuniaWarner Music Malaysia
https://lomp.at/vbqrp
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Gelagat Anak Syatilla Melvin Tak Ingat Nama Ibu, Netizen Terhibur!-“9 Tahun Aku Bela Budak Ni…”

by Naddy Joe
March 2, 2026

Pelakon, Syatilla Melvin mencuri perhatian peminat di media sosial selepas berkongsi satu video yang memaparkan gelagat anak lelakinya, Syeriv Samheizy...

Read moreDetails
Foto - @noornabila (IG)
Lokal

Noor Nabila Buka Mulut Tentang Kekasih Baru, Netizen Lega Bukan Aliff Aziz

by Nurul A.
February 5, 2026

Usahawan dan pempengaruh gaya hidup, Noor Nabila kembali mencuri perhatian ramai apabila memuat naik gambar mesranya bersama seorang jejaka. Menerusi...

Read moreDetails
Foto - @zarazya (IG)
Lokal

Zara Zya Anggap Gangguan Mistik Mungkin Penyebab Sukar Temui Jodoh

by Nurul A.
February 4, 2026

Pelakon Zara Zya menjadi perhatian ramai apabila berkongsi pengalaman mistik yang dialaminya selama lebih 10 tahun. Zara atau nama sebenarnya...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Ifa Raziah Beri Kejutan Ziarah Pembantu Rumah Di Indonesia, Netizen Sebak!

by Naddy Joe
January 7, 2026

Pelakon dan usahawan, Datuk Ifa Raziah mencetuskan rasa sebak netizen selepas berkongsi momennya menziarah pembantu rumah kesayangannya, Linda di Indonesia,...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Aliff Syukri Mengamuk Disindir Iman Troye, Netizen Sudah Lali Gimik Lagu Baru?

by Naddy Joe
February 11, 2026

Tiada angin tiada ribut , usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa berang terhadap penyanyi, Iman Troye yang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  3. 3

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

  4. 4

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore