Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

[VIDEO] “Pertama Kali Tengok DS Handsome…” – Jejaka Sindrom Down Raih Perhatian Ramai

by Arsiqin Yusof
July 7, 2025
Share on Facebook

Satu perkongsian video di TikTok tular apabila memaparkan seorang remaja lelaki sindrom Down yang kelihatan sangat segak dan kemas ketika keluar melepak bersama abangnya pada waktu malam. Video yang dimuat naik oleh pengguna @ammangkomi itu berjaya meraih jutaan tontonan serta komen positif daripada netizen yang terpukau dengan penampilan jejaka istimewa tersebut.

@ammangkomi

#downsyndrome Kalini big boss bagi ikut lepak malam 😎

♬ original sound – missdqueen – 🦋

Dalam video berdurasi beberapa saat itu, kelihatan gelagat jejaka istimewa tersebut meluangkan masa bersama abang dan rakan-rakannya. Apa yang mencuri perhatian ramai bukan sahaja momen mesra adik-beradik itu, tetapi juga gaya dan wajah jejaka sindrom Down tersebut yang dikatakan ‘kacak luar biasa’.

“Macam Ismail Izzani Pun Ada…”

Ruangan komen dibanjiri pujian daripada warganet yang memuji usaha keluarga menjaga penampilan dan keyakinan diri anak istimewa mereka. Ramai turut menyuarakan rasa bangga melihat seorang remaja sindrom Down diberi kebebasan untuk bersosial secara sihat, sesuatu yang jarang dilihat dan masih menjadi stigma dalam sesetengah masyarakat.

“Pertama kali tengok DS handsome macam ni, pandai jaga diri”

“Ingatkan artis tadi, Serius iras Ismail Izzani”

“Muka bersih, senyuman manis… memang keluarga ni jaga elok sangat”

“Weii mcm pelakon Philipines tuuu Daniel Padilla”

“Orang normal un tak kacak macam ni”

Selain itu, ada juga netizen yang berharap agar lebih ramai ibu bapa memberi peluang kepada anak-anak istimewa mereka untuk menikmati kehidupan normal seperti orang lain, asalkan dalam lingkungan selamat dan dengan sokongan keluarga.

Video tersebut bukan sahaja menyentuh hati ramai, tetapi juga menjadi satu bentuk inspirasi serta bukti bahawa kasih sayang dan sokongan keluarga mampu menjadikan sesiapa sahaja lebih yakin dan bersinar, tidak kira keadaan fizikal atau mental.

Kadangkala yang istimewa itu tidak memerlukan kata-kata. Cukup dengan satu senyuman, sokongan dan peluang untuk merasa ‘biasa’ di dunia yang terlalu cepat menilai.

[VIDEO] "It’s not about being perfect..." - Bella Tetap Hadir Konsert Ara Walaupun Ayden Luka Teruk
Down Syndromekacakkasih sayang
https://lomp.at/uxby7
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Amar Baharin Kongsi Keadaan Amyra Rosli

by Naddy Joe
January 27, 2026

Aktor, Amar Baharin menitipkan doa buat isterinya yang juga pelakon, Amyra Rosli yang telah selamat menjalani pembedahan pada Isnin. Jalani...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Siti Nurhaliza Kongsi Momen Pelajar Sekolah Rendah Sanggup Koyak Buku Untuk Minta Autograf, Curi Perhatian Netizen!

by Naddy Joe
January 30, 2026

Perkongsian Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencuri perhatian netizen apabila 'diserbu' sekumpulan pelajar sekolah rendah di salah sebuah restoran...

Read moreDetails
Lokal

Zahirah Macwilson Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Isaac Raees Yang Ke-5

by Naddy Joe
January 6, 2026

Pelakon, Zahirah Macwilson menitipkan ucapan istimewa sempena hari lahir putera tunggalnya Isaac Raees yang kini sudah berusia lima tahun pada...

Read moreDetails
Lokal

Uyaina Arshad Pernah Disahkan Tak Boleh Hamil Kerana Ambil Ubat Untuk 2 Masalah Jantung?

by Naddy Joe
January 14, 2026

Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad mengimbas kembali momennya apabila pihak doktor memaklumkan bahawa dia berkemungkinan tidak dapat hamil disebabkan masalah...

Read moreDetails
Berita

Sweet Qismina Tidak Mahu Masuk Campur Isu Puteri Balqis & Mia Sara-“Apa Yang Saya DM Dekat Aqish Itu…”

by Naddy Joe
January 28, 2026

Pelakon, Sweet Qismina tampil menegaskan bahawa dia enggan untuk masuk campur mengenai isu yang melibatkan pelakon, Puteri Balqis dan juga...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Benarkah Berbuka Puasa di Park Hyatt KL Hotel Di Merdeka 118 Kena Lewat 3 Minit?

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  4. 4

    Makan Di Food Court Cecah RM42, Netizen Luah Rasa Tak Berbaloi

  5. 5

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore