Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita FAKTA

‘Biadap Budak Ni’- Video Telatah Lucu Budak Lelaki Usik Perut PM Curi Perhatian

by Phic ARMAN
April 29, 2022
Share on Facebook

Di laman twitter memang meriah dengan netizen yang rajin mengupas pelbagai isu semasa. Pelbagai topik mereka bincangkan, dari hal serius sehinggalah hal-hal yang lucu.

Baru-baru ini, Murai MY sempat meninjau sebuah akaun twitter bernama @najwey yang berkongsi sebuah video dari sedutan berita TV. Dalam video berdurasi 6  saat itu menunjukkan aksi spontan budak lelaki membanding saiz perutnya dengan YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob.

biadap budak ni banding perut dia dengan PM HAHAHHAHHAHA !!! pic.twitter.com/TtJ9DIl8Wh

— わ (@najwey) April 28, 2022

Difahamkan,  Ismail Sabri menemani 54 anak yatim dan asnaf di bawah tanggungannya, membeli baju raya di pusat beli-belah Khamis semalam (28/4) di Putrajaya.  Video tersebut dibanjiri komen dari netizen dan rata-rata mereka merasakan tindakan budak lelaki yang dikenali dengan nama Adam itu melucukan.

“Yg tak boleh bla PM pun puk perut bdk tu hahahaha”- komen  @zulaihasaamin

“Tu adalah anak yatim & asnaf rumah al faeez. Adam namanyau”- komen @fazlinmisrum

“HAHAHAHAHHA aku tak boleh lah budak ni. aku pasti dik, kau akan terkenal nanti. satu Malaysia akan kenal kau”- komen @picsesinme

“Lain macam cara kau bergurau dik” –  komen @_EricHarith

“saya selalu main perut bapak saya gak. macam tembikai. sturdy melon walaupun dah 69 years old. semoga bapak terus sihat! – komen @osofjord.

Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian video ini telah mendapat 37.1k tanda likes dan telah retweet sebanyak 24k. Dipetik dari SInar Harian,  Ismail Sabri berkata aktiviti membawa anak-anak angkatnya membeli baju raya, adalah rutin tahunan baginya menjelang Hari Raya Aidilfitri.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
ismail sabri
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara