Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Bisnes

[VIDEO] Selepas 10 Tahun, Siti Khadijah Perkenalkan Telekung Rekaan Baharu

by Phic ARMAN
June 24, 2025
Share on Facebook

Kami di MURAI berpeluang hadir ke pelancaran reka bentuk muka terbaharu dari jenama telekung terkenal, Siti Khadijah, yang berlangsung di Locarasa Bamboo Hills hari ini. Suasana majlis cukup tenang dan elegan, dihiasi dengan tetamu berpakaian serba putih,  sangat selari dengan aura yang dibawa oleh pelancaran ini. Selepas lebih sedekad, akhirnya Siti Khadijah memperkenalkan Maharani, rekaan muka baharu yang menjadi simbol evolusi dan penghargaan terhadap wanita yang teguh dan anggun.

Rekaan Maharani ini diinspirasikan daripada bentuk “awning” yang menyerupai tiara, memberi gambaran wanita yang memegang identiti dengan yakin. Ia menggabungkan elemen dua rekaan terdahulu, Original (2009) dengan awning keras, dan Harmoni (2016) yang lebih lembut dan selesa. Hasilnya, Maharani bukan sahaja tampil moden dan praktikal, malah masih mengekalkan nilai warisan yang menjadi tunjang jenama sejak 2009.

Sebagai pelengkap, tiga koleksi telekung baharu turut dilancarkan dengan muka Maharani sebagai identiti utama: Broderie Zahara dengan sulaman klasik, Flair Sabira yang flowy dan ringan, serta Modish Maira Midi yang sesuai untuk kegunaan di tanah suci. Kesemuanya direka dengan fokus kepada keselesaan dan cita rasa semasa wanita moden yang tetap mahu kekal sopan dan bergaya.

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

Majlis turut diserikan dengan persembahan lagu Maharani oleh Faizal Tahir, sebuah lagu khas yang membawa mesej kekuatan dan harga diri wanita, seiring dengan semangat telekung ini. Pengasas Siti Khadijah, Hajah Padzilah Enda, juga sempat berkongsi perjalanan jatuh bangun membina jenama ini di hadapan rakan selebriti seperti Syatilla Melvin, Lisdawati serta tetamu undangan lain. Telekung reka bentuk muka Maharani ini akan mula dijual di platform dalam talian bermula 24 Jun 2025 dan di butik-butik terpilih mulai 26 Jun 2025.

Hajah Padzilah EndaMaharaniSiti Khadijah
https://lomp.at/vfh8a
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @kurma_jogja (IG)
Islamik

7 Jenis Kurma Pilihan MURAI, Lebih Berkhasiat & Badan Kekal Bertenaga Sepanjang Ramadan!

by Nurul A.
February 20, 2026

Penting untuk kamu tahu, buah kurma bukan sahaja sunnah tetapi ia merupakan makanan yang sangat berkhasiat dan dapat memberikan tenaga...

Read moreDetails
Foto - indonesiaberbagi.id
Budaya

Tak Sempat Ganti Puasa Sebelum Ramadan 2026?- Ini Cara Bayar Fidyah ‘Online’

by Nurul A.
February 5, 2026

Bayaran fidyah adalah wajib kepada mereka yang tidak sempat mengagantikan puasa sebelum tiba Ramadan seterusnya. Bulan Ramadan untuk tahun ini...

Read moreDetails
Fesyen

“Boleh Kreatif Tapi Jangan Rosakkan Identiti Baju Melayu”- Zac Daniel, Model

by Phic ARMAN
January 29, 2026

Zac Daniel bukanlah nama asing dalam dunia fesyen dan peragaan. Dengan lebih 5 tahun pengalaman menapak di pentas fesyen tempatan,...

Read moreDetails
Foto - @bulan_ramadhan2026_ (IG)
Islamik

6 Perkara Yang Kamu Perlukan Sebagai Persediaan Menyambut Bulan Ramadan

by Nurul A.
February 17, 2026

Tak dinafikan ramai yang teruja dan tidak sabar menantikan bulan Ramadan. Selain dapat memberi perhatian pada ibadah, orang Islam juga...

Read moreDetails
Islamik

Nak Kurangkan Rasa Dahaga Ketika Puasa? Wajib Amal Tip Ini Selepas Sahur

by Nurul A.
February 28, 2026

Ramai yang sedia maklum bahawa umat Islam perlu menahan lapar dan dahaga ketika berpuasa. Tetapi apabila cuaca menjadi sangat panas...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore