Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan Destinasi

[VIDEO] Surau Dalam Mall Paling Cantik Di Damansara? Netizen Kagum- “Rasa Nak Nangis Bila Tengok”

"Rasa macam tak nak keluar bila dah masuk surau ni. Tenang sangat,” tulis seorang pengguna TikTok.

by Phic ARMAN
May 6, 2025
Share on Facebook

Sebuah surau di pusat membeli-belah The Curve, Damansara baru-baru ini jadi tular di TikTok selepas dikongsikan oleh pengguna bernama Rusydi Rosli. Ramai yang terpegun dengan kecantikan dan suasana damai surau tersebut—sampai ada yang kata rasa nak menangis tengok!

Surau yang diberi nama Surau An Najah (yang bermaksud “kejayaan”) ini terletak di tingkat 1, Asian Courtyard, dan difahamkan baru sahaja dinaik taraf. Sekali pandang, memang tak nampak macam surau biasa—dekorasi moden, pencahayaan lembut, dan ruang yang bersih serta luas menjadikan tempat ni rasa sangat tenang dan selesa.

@rusydi.official

Antara surau paling cantik di Malaysia? Ni kalau mall bukak dari sebelum subuh pun sanggup stay? Tahniah dan terima kasih kepada pihak pengurusan atas inisiatif tambahbaik surau untuk keselesaan pengguna! #reviewsurau #theCurve #theCurvemall #theCurveMutiaraDamansara #SurauAnNajah #SurauAnNajahtheCurve

♬ original sound – ?????? ????? – ?????? ?????

Bahagian interior surau ini memang luar biasa. Ia direka dengan konsep moden dan minimalis, namun tetap mengekalkan elemen spiritual yang menenangkan jiwa. Warna dinding yang lembut, kemasan kayu, karpet tebal yang empuk, serta pencahayaan strategik membuatkan ruang ini terasa eksklusif dan elegan. Malah, reka bentuknya boleh dikatakan jauh lebih cantik dan selesa berbanding kebanyakan surau mall lain di sekitar Kuala Lumpur. Ia bukan saja cantik untuk mata, tapi juga mendamaikan hati.

Surau ini boleh memuatkan sekitar 40 orang pada satu masa, dan yang paling istimewa, ia mesra OKU—turut disediakan stesen wuduk khas untuk pengguna kerusi roda. Ini menunjukkan betapa peka dan prihatinnya pihak pengurusan terhadap keperluan semua pengunjung.

Ramai netizen memuji usaha ini dan menyifatkan ia sebagai satu standard baru dalam penyediaan ruang ibadah dalam pusat membeli-belah.

“Rasa macam tak nak keluar bila dah masuk surau ni. Tenang sangat,” tulis seorang pengguna TikTok.

“Mall lain pun patut upgrade surau macam ni. Rasa dihargai sebagai pengguna Muslim,” tambah seorang lagi.

Kalau anda singgah The Curve nanti, jangan lupa singgah di Surau An Najah. Lepas penat shopping, bolehlah tenangkan diri dalam suasana yang sejuk, selesa dan mendamaikan.

An NajahThe Curve
https://lomp.at/s15y7
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Jalan-Jalan

“Hometown Jungkook BTS”- AirAsia Terbang Semula Ke Busan & Ini Sebab Kenapa Laluan Ini Penting

by Phic ARMAN
January 12, 2026

Kalau sebut Busan, ramai yang terbayang pantai cantik, udara segar dan vibe bandar pesisir yang sentiasa hidup. Dan kini, berita...

Read moreDetails
via @Tripadvisor
Destinasi

Muzium Perak: Khazanah Sejarah & Alam Semula Jadi Yang Wajib Dikunjungi!

by Farah Fatihah
December 30, 2025

Kalau sebut Perak, ramai terus terbayang Ipoh dan makanannya. Tapi negeri kedua terbesar di Semenanjung Malaysia ini juga mempunyai muzium-muzium...

Read moreDetails
Jalan-Jalan

Ramai Tak Sedar, Ini Laluan AirAsia Paling ‘Smart’ Ke Jepun

by Phic ARMAN
February 5, 2026

Kalau dulu sebut nak ke Jepun, kebanyakan orang terus fikir terbang dari Kuala Lumpur ke Tokyo atau Osaka. Tapi kali...

Read moreDetails
Berita

AirBorneo Rasmi Terbang Hari Ini, Dari Konsep Hingga Seragam Kru Kabin Jadi Perhatian

by Phic ARMAN
January 2, 2026

Hari ini mencatat satu lagi detik penting buat Sarawak apabila AirBorneo akhirnya berlepas secara rasmi. Tak perlu gimik besar, tak...

Read moreDetails
Foto - @kurma_jogja (IG)
Islamik

7 Jenis Kurma Pilihan MURAI, Lebih Berkhasiat & Badan Kekal Bertenaga Sepanjang Ramadan!

by Nurul A.
February 20, 2026

Penting untuk kamu tahu, buah kurma bukan sahaja sunnah tetapi ia merupakan makanan yang sangat berkhasiat dan dapat memberikan tenaga...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Benarkah Berbuka Puasa di Park Hyatt KL Hotel Di Merdeka 118 Kena Lewat 3 Minit?

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  4. 4

    Makan Di Food Court Cecah RM42, Netizen Luah Rasa Tak Berbaloi

  5. 5

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore