• Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Viral

[VIDEO] “This Is Not Okay UPM” – Wanita Kecam Event Mobile Legend Di Masjid UPM

by Arsiqin Yusof
June 3, 2025
Share on Facebook

Satu video yang tular di TikTok mencetuskan perdebatan hangat di media sosial apabila seorang wanita mengecam penganjuran program bertemakan permainan video Mobile Legends yang diadakan di ruang Masjid Universiti Putra Malaysia (UPM).

Video yang dimuat naik oleh pengguna @_nabilahhassan telah meraih perhatian ramai dengan kapsyen lantang,

“Masjid UPM jadi tempat karnival Mobile Legend?! THIS IS NOT OKAY!”

@_nabilahhassan

Masjid UPM jadi tempat karnival Mobile Legend?! THIS IS NOT OKAY! Terkejut sangat bila masuk masjid, tiba tiba ada satu ruang, penuh students main game tanpa hira orang keliling. At the same time 2 jenazah tengah bersedia untuk solat jenazah di Masjid! Admin approach polis bantuan. Diorang pun tak ok. Admin minta nak jumpa organiser. Tapi last sekali polis dah settlekan. Sungguh memalukan! Ini ke hasil graduan menara gading research uni and top uni yang di banggakan Malaysia! Langsung takde sensitiviti! Main game dah satu hal. Dalam masjid lagi satu hal. Muka organiser lepas kena tegur langsung takde rasa bersalah. I am super worried bout our younger generations! Jemput semua viralkan sebab sadly orang zaman sekarang lagi takut viral dari takut Allah 😡 Tak tahu macam mana program macam ni boleh dapat kelulusan?!

♬ original sound – Nabilah Hassan 🇲🇾🇵🇸 – Nabilah Hassan 🇲🇾🇵🇸

Dalam rakaman berdurasi 17 saat itu, wanita tersebut meluahkan rasa terkejut dan kecewa apabila mendapati satu sudut di dalam masjid dipenuhi pelajar yang sedang bermain permainan Mobile Legends tanpa mempedulikan suasana sekeliling. Lebih menyedihkan, pada masa yang sama dua jenazah sedang disediakan untuk solat jenazah di masjid tersebut.

Situasi yang berlaku menimbulkan persoalan besar tentang sensitiviti dan adab di dalam rumah ibadah, terutama sekali apabila ia melibatkan institusi pendidikan tinggi yang sepatutnya mendidik generasi muda dengan nilai murni.

Wanita tersebut turut memaklumkan bahawa beliau telah menghubungi polis bantuan yang turut berkongsi rasa kurang senang terhadap kejadian tersebut. Menurutnya, beliau telah meminta untuk bertemu dengan penganjur, namun akhirnya pihak polis yang mengendalikan situasi tersebut.

“Muka organiser lepas kena tegur langsung takde rasa bersalah,” tambahnya.

Lebih mengecewakan, wanita berkenaan mempersoalkan bagaimana program seumpama itu boleh mendapat kelulusan, apatah lagi dilaksanakan di dalam masjid yang seharusnya menjadi tempat ibadah dan ketenangan.

“Sungguh memalukan! Ini ke hasil graduan menara gading research uni and top uni yang dibanggakan Malaysia? Langsung takde sensitiviti!”

Video tersebut ditutup dengan seruan agar orang ramai menyebarkan kesedaran mengenai insiden ini, dengan harapan ia dapat membuka mata pihak bertanggungjawab dan masyarakat umum.

“Jemput semua viralkan sebab sadly orang zaman sekarang lagi takut viral dari takut Allah.”

Reaksi Netizen

Insiden ini menerima pelbagai reaksi daripada netizen. Walaupun majoriti meluahkan rasa kecewa dan tidak bersetuju dengan penganjuran acara permainan video di dalam masjid, terdapat juga segelintir yang tampil menyokong penganjur dengan pandangan lebih terbuka.

Mereka yang menyokong berpendapat bahawa masjid bukan sahaja tempat beribadah, tetapi juga boleh berfungsi sebagai pusat komuniti termasuk aktiviti riadah yang mendidik, selagi ia tidak melanggar batas agama.

Ada juga yang menyarankan agar wanita dalam video tersebut lebih terbuka dalam menilai situasi, memandangkan zaman sekarang semakin canggih dan pendekatan dakwah perlu lebih mesra generasi muda.

“Beza org yg paham agama dgn org yg mabuk agama, org paham agama tau yg masjid ni digunakan utk bnyk kegiatanan, bkn utk ibadah saja. lebih baik ad budk yg dtg masjid main dri xde org lgsung”

“Apa yg salah? Bkn kah ni satu tarikkan utk org dtg masjid. Obviously, org akan solat jemaah bila masuk”

“Rumah Allah , Allah tak larang pun bukan umah kau kalau umah kau kau punya pasal la”

“Excuse me, yang dok kata zaman nabi masjid digunakan untuk kegiatan sosial, ekonomi dll tu, ya betul. Tapi ni ml kot. Player ml come on la. We know kan karakter game tu macam mana. Pemakaian and etc. Tak sesuai beb. Respect la tempat ibadah”

“Sedihnyaa.. baca dari caption, sgt2 sedih bila org nak solatkan jenazah, while on the other side boleh anjurkan ML”

“Ramai yg kata ok. Bg aku sgt tak ok. Nk kata main bola bole. Org main bola bkn dlm masjid. Luar tmpt solat tu. Ini kata nya tgh ada solat jenazah kat situ, tp bdk2 ni langsung x amik peduli. Terlalu leka”

Namun begitu, ramai masih berpendapat bahawa tempat dan masa aktiviti tersebut amat tidak sesuai, apatah lagi ketika masjid sedang bersiap untuk solat jenazah.

Pemain Tampil Beri Penjelasan

Di ruangan komen, dilihat seorang pelajar UPM yang menyertai program tampil memberi penjelasan.

“Saya salah seorang kt masjid upm ni, dari hari sabtu sampai Ahad. Yes mmg kami main kat masjid but alhamdulillah masing ii dapat jaga mulut tidak mencarut ii, and about jenazah yg ade kt masjid, masa jenazah tiba, penganjur pause tournament tu bagi ruang untuk jenazah, menghormati jenazah tu. Kami beralih tempat ke bilik belakang masjid, dan sampai selesai kami duduk dalam bilik masjid tu”

Individu berkenaan menyatakan bahawa ketika solat jenazah berlangsung, mereka telah berpindah tempat ke ruangan tertutup untuk menghormati jenazah.

Pihak UPM Belum Keluarkan Kenyataan Rasmi

Setakat artikel ini ditulis, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak pengurusan UPM berkenaan insiden ini. Orang ramai menantikan penjelasan lanjut dan tindakan susulan bagi menangani isu ini.

Apa pendapat anda? Adakah wajar program seperti ini dianjurkan di masjid, walaupun dengan niat mendekatkan anak muda kepada institusi agama?

Pengajian & Institusi Yang Sering Menjadi Pilihan Pelajar Lepasan Sekolah
ibadahmasjidmobile legendupm
https://lomp.at/ogd98
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Viral

Siapakah Sebenarnya Charlie Kirk? Maut Ditembak Depan Keluarga Ketika Bagi Ceramah

by Phic ARMAN
September 11, 2025

Kalau sebut nama Charlie Kirk, mungkin ramai rakyat Malaysia tak berapa kenal. Tapi di Amerika Syarikat, dialah antara wajah paling...

Read more
Viral

Sultan Nazrin Di Usia Muda Undang Perhatian,- “Baginda Punya Hensem Another Level…”

Baru-baru ini, sebuah foto lama Sultan Perak, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ketika usia muda...

Read more
by Phic ARMAN
September 10, 2025
Viral

Ibu Zara Qairina Dakwa Panik & Tiada Nasihat Sebelum Tandatangan Tolak Bedah Siasat

Noraidah Lamat, ibu kepada arwah Zara Qairina Mahathir, mengakui dirinya terkejut, panik dan tidak dapat membuat keputusan yang wajar ketika...

Read more
by Puteri Alia
August 14, 2025
Viral

[VIDEO] MARITIM MALAYSIA Jelaskan Kenapa Rumah Atas Laut Isarb Ditahan

Baru-baru ini, nama YouTuber popular Isa Isarb sekali lagi jadi bualan bila dia umumkan projek mega yang cukup luar biasa, ...

Read more
by Phic ARMAN
September 4, 2025
Foto - James Charles (YouTube) / @hanim.nims (IG)
Viral

[VIDEO] James Charles Dakwa Rasa NIMS “Gross” & Beri Rating 3/10, Ini Respons Pengasas

Tak dinafikan ramai orang terutamanya peminat NIMS Crispy Choco Tub, kecil hati dan 'sentap' selepas melihat review daripada YouTuber dan...

Read more
by Nurul A.
August 6, 2025
Viral

Pakar Patologi Serah Mahkamah Tentukan Zara Qairina Jatuh Kerana Bunuh Diri atau Sebaliknya

Pakar Patologi Hospital Queen Elizabeth (HQE), Dr Jessie Hiu menyerahkan sepenuhnya kepada Mahkamah Koroner untuk menentukan sama ada kematian Allahyarham...

Read more
by Puteri Alia
September 4, 2025
Viral

COO myBurgerLab Kena Pecat… Salah Siapa Sebenarnya?

Rangkaian burger popular tempatan, myBurgerLab, baru-baru ini umumkan mereka terpaksa ambil langkah tegas dengan pecat Ketua Pegawai Operasi (COO) mereka,...

Read more
by Phic ARMAN
August 22, 2025
Foto - @hafizaabgprintbaju (FB)
Viral

[VIDEO] “Download Zizan Tak Habis, Ink Habis”- Kenyataan Abang Zizan Razak Buat Ramai Terhibur

Kalau namanya adik beradik, memang tak hairanlah jika ada yang memiliki wajah, suara atau perwatakan yang agak sama. Tak terlepas...

Read more
by Nurul A.
August 6, 2025
Viral

PM Umum Semua 9 Juta Penerima STR Dapat SARA Sehingga RM1,200 Setahun, Kategori eKasih Cecah RM2,400

Semua sembilan juta penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bakal menerima manfaat tambahan apabila kerajaan mengumumkan bahawa mereka akan turut menerima...

Read more
by Puteri Alia
October 10, 2025
Foto - Kesultanan Pahang (FB) / Piala Sultan Pahang
Viral

[VIDEO] Aksi Sultan Pahang Main Takraw Curi Perhatian- “Tabik Spring Lah Tuanku”

MURAI percaya ramai yang sedia maklum bahawa Kebawah Duli Paduka Baginda (KDPB) Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah...

Read more
by Nurul A.
August 19, 2025
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pengakuan Berani Brook Lynn Pernah Dilamar Sultan Dari Malaysia,-” Saya Ditinggalkan Terkapai-kapai”

  2. 2

    [VIDEO] Reaksi Fatima Buka Hadiah Hari Jadinya Buatkan Netizen Teruja-“Fasih Berbahasa Inggeris”

  3. 3

    [VIDEO] Tutorial Tudung ‘Ala Brunei’ Dari Fazura Raih Perhatian Ramai-“Cantiknyaaa”

  4. 4

    [VIDEO] Dato Seri Vida Tunjuk Barangan Di Bilik Tidur Cik B, Buatkan Ramai Teruja

  5. 5

    [VIDEO] Baju Shila Amzah Jadi Pertikaian Netizen-“Boleh Kot Ambil Perunding Imej Yang Berkelas”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem