• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

Walaupun Dihimpit Kontroversi Ikut Amalan Bidaah, Sis Bell Teruskan Misi Bantu Orang Borneo

by Phic ARMAN
March 6, 2023
Share on Facebook

Semangat ahli perniagaan produk kecantikan jenama Beautyspells, Norsidayati Mustari dari Tawau, Sabah untuk terbang tinggi dan membantu masyarakat Borneo khususnya tidak pernah luput.

Malah wanita yang mesra dengan panggilan Sis Bell ini juga enggan larut dengan kontroversi baru-baru ini apabila video ‘merenjis’ air kereta baharu dibelinya disifatkan kononnya seperti amalan bidaah dan tular di aplikasi TikTok.

Paparan skrin video renjis kereta oleh Sis Bell yang viral hingga dikatakan amalan bidaah

Bagi wanita berusia 33 tahun ini, misi untuk menggegarkan Borneo dan membangkitkan semangat berniaga menerusi rangkaian jenamanya lebih penting berbanding hal lain.

Malah, Sis Bell juga mahu menepis wujudnya situasi pengasas atau pemilik produk ‘memijak’ ejen demi kaya seorang diri.

Malah hingga kini, sudah 16,000 ejen di Borneo dibantunya. 99 persen daripadanya di kalangan ejen wanita dan selebihnya lelaki sekitar 30 orang.

Bersama ejen di Tawau Sabah di majlis Beautyspells Success Night

“Tiada istilah saya ‘pijak’ ejen untuk hidup kaya. Atau wujud senario ejen yang selama ini memberi kekayaan kepada saya. Tapi saya mahu buktikan, jika boleh kaya beramai-ramai atau ‘berjemaah’ kenapa perlu kaya sendirian.

“Malah, saya sama sekali mahu membangkitkan semangat semua orang Borneo untuk berusaha ke arah kehidupan yang selesa. Saya mahu memimpin tangan untuk berjaya dan kaya sama-sama,” katanya.

Kata Sis Bell, melihat kejayaan ejen selama ini umpama mengimbas kembali usahanya sekitar 9 tahun lalu membangunkan Beautyspells menerusi rangkaian produk losyen pemutih kulit.

View this post on Instagram

A post shared by Norsidayati Mustari (@bell_mustari)

“Saya bermula dari zero. Dulu ‘pejabat kecil’ hanya bertemankan meja makan dan tanpa staf. Saya juga berusaha tanpa disaksikan ibu bapa kerana yatim piatu. Saya bangkit tanpa bimbingan sesiapa.

“Sebab itu usaha membantu ejen saya kira seperti melihat diri sendiri sewaktu dulu. Bantuan dan bimbingan saya hulurkan mungkin tidak sebesar mana. Tapi bagi ejen, sangat besar dan bernilai.

“Ada yang selama ini nak beli beras tak mampu, banyak berhutang, gaji suami tak cukup. Anak minta beli ayam goreng (KFC) pun tak mampu. Tapi kini, semua senario dan hidup dalam ‘kegelapan’ itu mampu diatasi. Bersama empayar niaga saya, ia seperti memberi sinar harapan buat ramai orang,” katanya.

Tahun ini, jenama berkenaan turut mensasarkan untuk menjual 500,000 unit losyen.

“Tahun lalu terjual 200,000 unit. Harga dijual dalam dua saiz. Botol kecil dengan berat 100 mililiter (ml) dijual pada harga RM39, manakala besar (500 ml) RM110,” katanya.

Mengenai kontroversi ‘renjisan’ air di kereta, Bell enggan memanjangkannya.

View this post on Instagram

A post shared by Norsidayati Mustari (@bell_mustari)

“Takkan belum habis lagi cerita ‘renjis’ air di kereta itu. Sana sini komen sampai keluarga di pelbagai kumpulan sembang di Facebook. Sampai ada yang cakap ia amalan syikin… bidaah.

“Saya memahami apa yang dipaparkan dalam video itu mengundang kecaman dan jatuh salah untuk segelintir orang. Saya bagaimanapun memohon maaf kerana tak berniat apa-apa. Saya akui jahil ilmu agama.

“Tujuan buat begitupun kerana air yang disiram hasil bacaan, doa dan selawat dari seorang ustaz. Ia bersempena dapat kereta baharu. Ini kereta kereta lama saya berdepan kemalangan sebelum ini. Saya menyiram air sebenarnya bukan merenjis,” katanya.

Tambah Sis Bell lagi, dia tidak mengambil hati mana-mana komen yang mengguris hati atau disifatkan kasar.

“Lagipun kita sudah nak puasa dan sambut raya. Salam perkenalan daripada saya. Mana tahu, terjumpa mana-mana kita boleh jadi kawan atau ejen. Boleh juga saya berikan hadiah,” katanya.

Beauty SpellSis Bell
https://lomp.at/m5ed6
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - The Star
Insentif

MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

by Nurul A.
January 6, 2026

Bermula 9 Januari ini, individu yang layak akan mula menerima bantuan MyKasih 2026 yang akan dikreditkan ke dalam MyKad. Untuk...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Dr Fie ‘First Time’ Cuba Jering Masakan Umie Aida, Reaksi Comel Undang Gelak Peminat

by Phic ARMAN
January 2, 2026

Dr Fie, bekas isteri penyanyi Nubhan, baru-baru ini mencuri tumpuan ramai apabila mencuba jering masakan pelakon era 90an,  Datin Paduka...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Salah Faham Koc KTM Cetus Perdebatan, Niat Pakcik Ini Buat Ramai Tersentuh

by Iffah Najwa
January 6, 2026

Satu perkongsian di Thread baru-baru ini mengundang perhatian ramai apabila memaparkan insiden salah faham melibatkan penggunaan mixed coach dan women...

Read moreDetails
Jalan-Jalan

Misteri Kepala Medusa Mengiring ‘Disembunyikan’ Di Bawah Hagia Sophia Selama 1,500 Tahun

by Phic ARMAN
January 6, 2026

Bulan November 2025 lalu, Istanbul menyambut rombongan media Malaysia dengan tangan terbuka… dan sedikit kabus misteri. Kami tiba dengan penerbangan...

Read moreDetails
Insentif

SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

by Ayu Kamaruddin
January 8, 2026

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bulanan terus diperkukuh pada 2026 apabila Kementerian Kewangan (MoF) mengumumkan beberapa penambahbaikan strategik bagi memastikan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

  2. 2

    Dr Fie ‘First Time’ Cuba Jering Masakan Umie Aida, Reaksi Comel Undang Gelak Peminat

  3. 3

    Salah Faham Koc KTM Cetus Perdebatan, Niat Pakcik Ini Buat Ramai Tersentuh

  4. 4

    Misteri Kepala Medusa Mengiring ‘Disembunyikan’ Di Bawah Hagia Sophia Selama 1,500 Tahun

  5. 5

    SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore