Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Wani Comel Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Rakan baik dan anak penjaga Wani juga meninggal dunia pada hari yang sama akibat COVID-19

by Khai Azfar
August 19, 2021
Share on Facebook

Personaliti media sosial yang pernah tular mengenai kisah masalah berat badannya , Wani Comel dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 9 malam tadi (Rabu) dipercayai akibat jangkitan COVID-19.

Wani Meninggal Dunia Bersama Teman Rapat

Sebelum itu, difahamkan anak kepada pengendali sebuah akaun medial sosial popular yang juga penjaga Wani, Putri Nur Rabiatul Nabibah Binti Riduan terlebih dahulu dijemput Ilahi pada jam 4.40 pagi hari yang sama. Allahyarhamah yang merupakan teman rapat Wani juga meninggal akibat jangkitan wabak tersebut.

“Assalamualaikum. Saya ingin maklumkan Nurul Airawani Nazira @Wani Comel dah kembali ke rahmatullah pada jam 9pm tarikh 18 Ogos 2021

“Wani pergi dihari yang sama anak saya meninggal.Mereka berdua meninggal disahkan Covid 19..Allahuakbar Allahuakbar..

“Sayu hati saya 2 insan yang saya sayangi telah pergi dihari yang sama. Saya mohon pada semua rakan rakan sedekahkan AlFatihah untuk Wani Comel & Putri Nur Rabiatul Nabihah” tulis pengendali akaun Wani

Jangkitan Selepas Vaksin 

Menerusi carian Murai.my, Wani telah pun mendapatkan suntikan vaksin keduanya pada 12 Ogos lalu sebelum disahkan mendapat jangkitan wabak ini tidak lama kemudian.

Terdahulu, Wani memaklumkan berita sedih mengenai pemergian abang kandungnya, Allahyarham Mohd Saidan Ibrahim yang disahkan meninggal dunia pada 24 Julai lalu disebabkan serangan jantung.

Salam takziah buat keluarga Allahyarhamah Nurul Airawani Nazira dan Allahyarhamah Putri Nur Rabiatul Nabibah. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Al-Fatihah

Error happened.
Aeril Zafrel Positif COVID-19Wani ComelWani Comel Meninggal Dunia
https://lomp.at/fntkc
Share2Tweet2SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Arab Saudi Laksana Hukum Hudud, Saiful Apek Kecewa Yassin Masih Ditahan Atas Tuduhan Berat

  5. 5

    Simpati Lihat Penampilan, Lelaki Terkejut Lepas Tahu Identiti Sultan Brunei- “Vibe Seperti Ayah Di Kampung”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara