Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Westlife Janji Bakal Cipta Memori Baharu Di KL, Sambut 25 Tahun Bersama Peminat

by Phic ARMAN
July 14, 2026
29
KONGSIAN
Share on Facebook

Kalau sebut Westlife, mesti ramai terus teringat lagu-lagu yang pernah jadi ‘soundtrack’ zaman sekolah, universiti atau kisah cinta dulu. Kali ini, kumpulan pop terkenal dari Ireland itu bakal kembali ke Malaysia sempena jelajah Westlife 25: The Anniversary World Tour, yang akan berlangsung pada 14 Januari 2027 di Unifi Arena.

Lebih menarik, Kuala Lumpur dipilih sebagai destinasi pertama bagi siri jelajah Asia Tenggara mereka sebelum meneruskan persembahan ke Singapura, Filipina, Indonesia, Thailand dan Hong Kong. Memang satu berita yang buat peminat rasa excited.

Westlife: “Perjalanan Ini Masih Terasa Seperti Baru Bermula”

Bagi Westlife, sambutan ulang tahun ke-25 ini bukan sekadar meraikan pencapaian mereka dalam industri muzik, tetapi juga penghargaan kepada peminat yang sentiasa setia bersama mereka sejak hari pertama.

Menurut Shane, Nicky, Kian dan Mark, sokongan daripada peminat di seluruh dunia menjadi sebab utama mereka terus berkarya sehingga hari ini.

“Tahun ini menandakan 25 tahun sejak kami memulakan perjalanan luar biasa ini dan ia masih terasa seperti baru bermula. Sokongan daripada para peminat sangat luar biasa. Dapat meraikannya menerusi jelajah dunia, muzik baharu dan album baharu benar-benar sesuatu yang istimewa. Kami tidak sabar untuk bertemu anda semua dan berkongsi bab seterusnya bersama.”

MURAI rasa, kenyataan ini cukup menggambarkan betapa hubungan Westlife dengan peminat bukan sekadar artis dan pendengar, tetapi sudah menjadi satu perjalanan yang dibina bersama selama suku abad.

Topik Berkaitan Westlife 25 Di KL: Satu Malam Tak Cukup Untuk Peminat Malaysia?

Selain konsert, Westlife turut mempertaruhkan album 25 – The Ultimate Collection yang menghimpunkan lagu-lagu ikonik seperti You Raise Me Up, Flying Without Wings dan Uptown Girl, selain dua lagu baharu iaitu Your Love Amazes Me dan Chariot.

Jangan Terlepas Tiket!

Bagi pemegang kad Mastercard, anda boleh menikmati akses pembelian awal menerusi Mastercard Presale yang berlangsung pada 20 Julai, bermula jam 11 pagi hingga 11.59 malam. Pemegang kad World Mastercard dan World Elite Mastercard pula boleh mendapatkan Mastercard Preferred Tickets bermula 22 Julai, jam 11 pagi.

Sementara itu, ahli Live Nation turut menikmati peluang membeli tiket lebih awal menerusi Live Nation Presale pada 21 Julai, dari 11 pagi hingga 11.59 malam. Pendaftaran keahlian adalah percuma.

Bagi peminat yang tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan Westlife secara langsung, jualan tiket kepada orang ramai akan dibuka pada 22 Julai, bermula 11 pagi.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
4
Hearts
Hearts
2
Haha
Haha
1
Star
Star
3
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
westlifeWestlife 25: The Anniversary World Tour
Share12Tweet7SendShare

KINI TRENDING

Lokarya, pelangi selepas hujan, lie
Spotlight

“Pelangi Selepas Hujan” & “Lie”, Lokarya Kembali Dengan 2 Single Terbaru

by Nurul A.
September 10, 2026

Kumpulan indie Malaysia, Lokarya kini membuka lembaran baharu menerusi dua single terbaharu, “Pelangi Selepas Hujan” dan “Lie”, yang bakal menjadi...

Read moreDetails
Foto - @evertts_gomes (IG)
Spotlight

‘Shipping’ Sampai Buat Fanfic, Evertts Gomes Tegur Peminat KUDRAT

by Nurul A.
October 1, 2026

Pelakon Evertts Gomes menjadi tumpuan ramai selepas memberi teguran tegas kepada segelintir peminat drama "KUDRAT 1986: High Council". Menerusi klip...

Read moreDetails
Spotlight

Syamim Farid Tanya Cara Istiqamah Solat Awal Waktu, Ramai Peminat Kongsi Tips!

by Phic ARMAN
October 14, 2026

Menjaga solat pada awal waktu mungkin nampak mudah, tetapi hakikatnya ramai antara kita masih bergelut untuk melakukannya secara konsisten, lebih-lebih...

Read moreDetails
Spotlight

Nak Sambut ‘Hari Malaysia’ Depan TV? Ini 3 Program Khas RTM TV2 Pada 16 September

by Phic ARMAN
September 15, 2026

Semangat menyambut Hari Kebangsaan pada 31 Ogos mungkin sudah berlalu, tetapi aura cintakan Malaysia tidak sepatutnya berhenti di situ. Daripada...

Read moreDetails
Spotlight

“Untuk Wanita Yang Mulut Celupar”- Bunga Isme Tempelak Netizen Sentuh Fizikal Najwa Latif

by Phic ARMAN
September 18, 2026

Kalau seseorang berubah bentuk badan selepas berkahwin atau mempunyai anak, adakah itu bermakna mereka tidak lagi layak menerima komen positif?...

Read moreDetails
Foto - @hallyuforums (IG)
Spotlight

BLACKPINK Jisoo Ada Kekasih? Cincin ‘Couple’ Dengan Aktor Kacak Ini Jadi Bualan

by Nurul A.
September 29, 2026

Nama BLACKPINK Jisoo sekali lagi menjadi bualan ramai, apabila selebriti itu didakwa menjalinkan hubungan dengan aktor Seo Kang Joon. Khabar...

Read moreDetails
Spotlight

Iman Fandi Lancar EP Afterglow, Kisah Belajar Melepaskan Demi Bahagia

by Phic ARMAN
October 16, 2026

Dalam hidup, ada masanya kita perlu melepaskan sesuatu yang disayangi demi kebahagiaan sendiri. Bukan mudah, tetapi itulah antara mesej yang...

Read moreDetails
Foto - @izaraaishahofficial (IG)
Spotlight

“Lesti, Saya Mohon Maaf Atas Adab Saya”- Izara Aishah

by Nurul A.
October 20, 2026

Pelakon Izara Aishah mencuri perhatian selepas menegur pasukan penyanyi Indonesia, Lesti Kejora secara terbuka di platform Threads baru-baru ini. Menyedari...

Read moreDetails
Spotlight

“Tak Mahu Turunkan Key”- Jaclyn Victor Cabar Diri Dalam Konsert Bersama MPO

by Phic ARMAN
September 22, 2026

Selepas sekian lama menyimpan impian untuk mengadakan konsert solo bersama Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO), penyanyi berkuasa vokal, Jaclyn Victor akhirnya...

Read moreDetails
Jep Sepahtu
Lokal

Sikap Jep Sepahtu Raih Pujian Menteri Agama- “Tindakan Berani Tangkis Fitnah”

by Nurul A.
October 13, 2026

Nampaknya nama pelawak Jep Sepahtu, atau nama sebenarnya Mohd Nazri Zainal Abidin, sekali lagi menjadi perbualan ramai selepas tampil berkongsi...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

  2. 2

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara