Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Yuna Dianggap Tak Layak Hiasi ‘Billboard’ di Kota New York? Apa Hal!

by Phic ARMAN
May 13, 2020
815
KONGSIAN
Share on Facebook

Di sebalik rasa bangga kerana sekali lagi wajah Yuna muncul di Billboard sekitar kota New York, nampaknya ada yang mempertikaikannya.

Sebuah komen yang datangnya dari pengguna Instagram berasal dari Amerika mempertikaikan mengapa wajah Yuna menghiasai Billboard di Kota New York.

Menurutnya, perayaan bulan Warisan Asia Amerika dan Kepulauan Pasifik (Asian and Pacific Islander American Heritage Month)  sepatutnya meraikan orang yang berdarah Amerika.

Lelaki tersebut mempersoalkan status Yuna yang dianggap tidak layak kerana dia bukan sebahagian dari orang Amerika Asia.

Lelaki itu berkata, Billboard anjuran platform penstriman popular, Spotify itu tertera meraikan bulan Warisan Asia Amerika dan Kepulauan Pasifik bukannya bukannya bulan Warisan Orang Asia.

Kenyataan lelaki itu membuatkan Yuna terpanggil untuk membidas. Yuna terus membalas komen lelaki itu. Penyanyi kelahira Alor Setar ini menjelaskan bahawa dia juga menjadi menyumbang kepada industri muzik di Amerika Syarikat dan membayar cukai kepada kerajaan.

“Sebilangan besar orang Asia dalam industri muzik sebaliknya harus bekerja tiga kali lebih keras untuk mendapatkan pengiktirafan dalam industri ini. bulan ini kita dapat berkumpul dan berbicara mengenai pekerjaan dan akar umbi kita.

“Semasa saya memulakan komuniti ini, saya sangat menyokong karier muzik saya dan mereka terus menyokong. dan saya berusaha untuk melakukan perkara yang sama dengan memberikan kembali.

Namun saya dapat lihat komuniti di sini telah melihat saya sebagai salah satu daripada mereka sendiri, termasuk Malaysia.

Saya tidak berada di sini untuk mencuri platform sesiapa. Saya bekerja keras dan banyak berkorban untuk berada di tempat saya sekarang.”- jelasnya

Amerika Syarikat telah mengiktiraf Mei sebagai Bulan Warisan Asia-Pasifik Amerika sejak 1992. Sebagai penghormatan terhadap pemeliharaan kebudayaan dan pencapaian mereka kepada Amerika Syarikat.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Jejak Yuna: Dari MySpace ke Billboard, Ini 5 Detik Yang Membina Legasinya
yuna zarai
https://lomp.at/r1qe9
Share813Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  3. 3

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  4. 4

    Ramai Tengah Serbu Seri Negara KL, Tempat Bersejarah Ini Kini Nampak Lebih Moden

  5. 5

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara