Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Yuna Kini Bernaung Di Bawah Agensi Sama Dengan Nicki Minaj!

by Khai Azfar
September 18, 2019
Share on Facebook

Hebat! Itulah yang boleh digambarkan buat penyanyi popular Yuna yang kini bernaung dibawah jenama agensi model terkenal dunia, Wilhelmina Models.

Yuna Umum Khabar Gembira 

Pengumuman itu dibuat Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai,32 menerusi laman Instagram nya semalam. Teruja dengan khabar gembira tersebut,menurut Yuna peluang tersebut bagaikan satu peluang yang dinanti-nantikannya selama ini sambil berseloroh bersedia untuk berkhidmat di bawah agensi tersebut.

“Hello dunia! Inilah berita yang saya ingin kongsikan kepada anda semua. Wanita milik kamu ini sekarang sudah menyertai @wilheminamodels!.

“Siapa pernah sangka, mak, kita berjaya lakukannya. Sangat teruja untuk kongsikan detik ini bersama adik perempuan saya @massey_sw. Saya sedia untuk berkhidmat,”

Dibanjiri Ucapan Tahniah 

https://www.instagram.com/p/B2fFpQ7hbCP/

Menyusuli pengumuman tersebut selain peminat, rata-rata kenalan artis turut menhujani ruangan komen posting tersebut dengan ucapan tahniah dan turut berbangga dengan pencapaian Yuna. Antara artis-artis tersebut adalah Datin Vivy Yusof, Daiyan Trisha dan tidak terkecuali bintang-bintang antarabangsa seperti Anggun, Abir dan ramai lagi.

Nicki Minaj Dan Shawn Mendes Bernaung Bawah Agensi Sama

Sebagai info, Wilhelmina Models merupakan agensi khidmat peragaan dan pengurusan bakat yang beribu pejabat di New York, Amerika Syarikat.

Mempunyai cawangan di Los Angeles, Chicago, Miami dan London, antara selebriti popular yang turut bernaung di bawah Wilhelmina Models ialah Nicki Minaj, Shawn Mendes dan penerbit muzik, Kygo. Manakala nama besar dalam peragaan yang dinaungi agensi yang sama termasuklah Janice Dickinson, Robyn Lawley, Anjelica Huston dan Kendall Jenner. Tahniah Yuna!

Jejak Yuna: Dari MySpace ke Billboard, Ini 5 Detik Yang Membina Legasinya
Wilhelmina ModelsYunaYuna Wilhelmina Models
https://lomp.at/ap6bi
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @emma_maembongofficial (IG)
Lokal

[VIDEO] Emma Maembong Akui Kunjungi Kelab Malam Di Miri- “Saya Masuk Dalam Keadaan Gembira”

by Nurul A.
February 4, 2026

Aktres Emma Maembong menjadi perbualan ramai selepas tampil menjelaskan kontroversi tular mengenai dirinya memasuki kelab malam di Sarawak baru-baru ini....

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Gelagat Matin Bersihkan Kubur Arwah Siti Sarah, Netizen Sebak!

by Naddy Joe
February 13, 2026

Perkongsian ibu tiri kepada Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin  iaitu Siti Fatimah Suberi mencetuskan rasa sebak netizen selepas berkongsi momen anak...

Read moreDetails
Foto - @morosechild (IG)
Lokal

Berang Bapa Tiri Dituduh Penagih, Puteri Balqis Cabar Cari Bukti

by Nurul A.
January 28, 2026

Pelakon Puteri Balqis Ashikin kembali menjadi tumpuan ramai selepas tampil mempertahankan bapa tirinya, Farris, yang dikaitkan dengan dakwaan bahawa lelaki...

Read moreDetails
Foto - @traciesinidol_official (IG)
Lokal

Detik Cemas Tracie Sinidol, Mata Kiri Hampir Buta- “Nampak ‘Flash’ Putih Sebelum Gelap”

by Nurul A.
March 9, 2026

Paling mencemaskan! Pelakon kelahiran Sabah, Tracie Sinidol mencuri perhatian ramai selepas berkongsi satu pengalaman agak menakutkan yang hampir meragut penglihatannya....

Read moreDetails
Foto - @soohyun_k216 (IG) / @ron_sae (IG)
Korea

Gara-Gara Perbuatan Kim Soo Hyun, Ahli Keluarga Kim Sae Ron Hampir Bun*h Diri

by Nurul A.
March 19, 2026

Nampaknya kes mengenai aktres Kim Sae Ron dan aktor Kim Soo Hyun masih berterusan dan kini melibatkan ahli keluarga aktres...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  2. 2

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  3. 3

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  4. 4

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  5. 5

    Tak Perlu Ke Thailand! Restoran Ini Hidang Rasa Thai Yang Autentik Di Hulu Langat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara