Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

Kisah Lama Yusof Haslam: ‘Arwah Menangis Minta Saya Buat Kerja Lain’

by Phic ARMAN
January 2, 2026
711
KONGSIAN
Share on Facebook

Setiap kejayaan yang kita lihat hari ini pasti ada cerita di sebaliknya, dan bagi Datuk Yusof Haslam, legenda industri hiburan Malaysia, kisahnya bukan sekadar tentang glamor dan populariti. Sebelum namanya dikenali sebagai pengarah dan penerbit tersohor, beliau pernah melalui zaman yang penuh liku, bekerja dalam pelbagai bidang dan menempuh cabaran hidup yang tidak semua orang tahu.

Yusof membuka kisah

Temubual eksklusif ini dipetik daripada Berita Harian, selain menceritakan jatuh bangun beliau dalam industri perfileman, Yusof membuka kisah bagaimana arwah bapanya memberi nasihat yang meninggalkan kesan mendalam kepadanya.

“Selepas 10 bulan bekerja sebagai konduktor bas, saya cuba nasib di Merdeka Film milik Shaw Brothers. Saya dapat berlakon filem Permintaan Terakhir arahan Datuk Jamil Sulung. Ketika itu, kontraknya dianggap lumayan kerana saya dibayar RM1,500,” kongsi Yusof.

Namun, kegembiraan itu tidak bertahan lama. Menurut Yusof, arwah bapanya tidak gembira dengan pilihan kerjayanya.

“Arwah pesan supaya tidak letakkan harapan kepada bidang lakonan. Bapa tidak mahu saya jadi seperti Allahyarham Tan Sri P. Ramlee,” jelas beliau.

Yusof Haslam ketika usia muda

Lebih memilukan, sebelum menghembuskan nafas terakhir akibat kanser, arwah bapanya menangis memohon agar Yusof mempertimbangkan kerja lain.

“Arwah beritahu jika tidak, dia pergi dalam keadaan tidak tenang,” ujar Yusof kepada BH Online.

Momen kehilangan itu meninggalkan impak mendalam.

“Ketika jenazah bapa dimasukkan dalam liang lahad, saya menangis. Saya sedar apa yang bapa cakap memang betul sebab setahun, saya hanya dapat peluang berlakon satu filem sahaja. Dahulu filem pun tidak banyak. Stesen televisyen pun hanya ada sebuah. Kebanyakan penerbit yang ada ketika itu adalah penerbit filem bebas, selepas satu atau dua filem, mereka lenyap,” tambahnya.

VIA Facebook

Kisah Yusof ini bukan sahaja mendedahkan realiti getir industri hiburan pada zaman itu, tetapi juga menunjukkan kasih sayang seorang bapa yang ingin melihat anaknya lebih stabil dan selamat dalam hidup. Biarpun begitu, keazaman Yusof untuk terus dalam dunia seni akhirnya membuahkan hasil, menjadikannya antara penerbit dan pengarah tersohor Malaysia hari ini.

Rahsia Lama Terungkai, Norlia Ghani Dedah Dilamar P.Ramlee Ketika Usia 17 Tahun
p.ramleeyusof haslam
https://lomp.at/nh97z
Share284Tweet178SendShare

KINI TRENDING

Lokal

“Bila Kita Terburu-Buru Untuk Berkata Dengan Perasaan Marah…”-Mia Sara

by Naddy Joe
February 19, 2026

Pelakon, Mia Sara mencetuskan pelbagai reaksi netizen selepas memberikan kenyataan yang melibatkan kemelut dirinya bersama pelakon, Puteri Balqis. Mia Sara...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Hawa Rizwana Berjaya Takluk Via Ferrata Tertinggi Di Dunia, Rakan Selebriti & Netizen ‘Gerun’!

by Naddy Joe
April 2, 2026

Pengacara, Hawa Rizwana berkongsi momen istimewa apabila dia berjaya menakluk Via Ferrata tertinggi di dunia, yang bermaksud 'jalan besi' dalam...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Safiey Illias Mahu Saman Bapa Aisar Khaled RM30 Juta?- “Jangan Jadi Kacang Lupakan Kulit..”

by Naddy Joe
April 8, 2026

Usahawan kosmetik, Safiey Ilias menegaskan bahawa dia mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap bapa pempengaruh media sosial, Aisar Khaled iaitu Khaled...

Read moreDetails
Spotlight

Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

by Phic ARMAN
March 22, 2026

Pelakon kacak Nazim Othman sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila memuat naik sebuah video di Instagram miliknya yang nyata mengundang...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Ieda Moin & Rakan Selebriti Di Sisi Amyza Aznan, Netizen Sebak

by Naddy Joe
February 24, 2026

Pelakon dan pelawak, Ieda Moin mencetuskan rasa sebak netizen selepas memuatnaik satu video di media sosial saat mengetahui anak sahabatnya...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  2. 2

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

  3. 3

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  4. 4

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  5. 5

    Anne Ngasri Dilantik Sebagai Pengerusi Hotel Premiera Kuala Lumpur

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara