Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita

Zoo Negara Raikan Ramadan Dengan Program Memasak Bubur Lambuk

by Naddy Joe
March 7, 2026
Share on Facebook

Zoo Negara meneruskan lagi tradisi tahunan program memasak juadah bubur lambuk dengan mengangkat tema “Sinar Ramadan – Kongsi Rezeki” pada kali ini. Program ini berlangsung pada 3 Mac 2026 yang bertempat di Dewan Tunku Abdul Rahman, Zoo Negara dengan penyediaan sebanyak 1,200 bekas bubur lambuk yang diedarkan kepada komuniti setempat.

Program tahunan ini merupakan kolaborasi bersama Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd. dan 99 Speed Mart Sdn. Bhd. Ia merupakan simbolik kepada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) di antara pihak Zoo Negara bersama rakan penaja.

Meskipun Zoo Negara aktif dalam memelihara kebajikan dan memberi advokasi tentang haiwan liar kepada masyarakat, program sebegini sememangnya mencetuskan keunikan yang tersendiri. Ia secara tidak langsung memberi peluang buat Zoo Negara dan rakan penaja untuk menggalakkan amalan berkongsi rezeki sambil menyantuni komuniti setempat dan para pengunjung yang hadir pada bulan Ramadan yang mulia ini.

Chef dari pihak syarikat Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd. tampil dengan mengetuai aktiviti memasak bubur lambuk dengan menggunakan resipi khas dan turut berkongsi demonstrasi teknik-teknik khusus sepanjang proses memasak. Selain Adabi, syarikat 99 Speed Mart Sdn. Bhd. memberikan sumbangan sebanyak 1,200 biji telur masin yang menjadikan hidangan bubur lambuk kali ini lebih istimewa.

Program kali ini turut menerima tajaan 1,000 keping pelekat khas acara daripada syarikat Go Print &Design untuk ditampal pada bekas-bekas bubur lambuk.
Selain itu, syarikat The World Bee Museum turut menyumbang sebanyak 200 botol air madu kepada kakitangan Zoo Negara. Selain bubur lambuk ayam dan bubur lambuk daging, program kali ini turut menampilkan menu tambahan iaitu bubur lambuk rusa, sup rusa dan bubur jagung.

Sambut Birthday 2026 Dengan Tiket Percuma Ke Zoo Negara, Ini Cara Tebusnya

Warga kerja Zoo Negara dan wakil dari pihak penaja saling berganding bahu dari awal proses memasak hingga penyediaan akhir juadah bubur lambuk. Bubur lambuk yang telah siap dimasak akan diagihkan secara berperingkat kepada seluruh kakitangan Zoo Negara yang bertugas. Seterusnya, bekalan juadah bubur lambuk ini juga akan diagihkan ke pusat tahfiz, pertubuhan kebajikan, surau dan masjid berhampiran pada hari tersebut.

Program memasak bubur lambuk edisi kali ini diharapkan dapat menjalin ukhwah persaudaraan yang erat di kalangan warga kerja Zoo Negara serta rakan penaja iaitu syarikat Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd., syarikat 99 Speed Mart Sdn. Bhd., syarikat Go Print & Design dan syarikat The World Bee Museum selain mengimarahkan lagi amalan bersedekah di bulan penuh keberkatan ini.

Zoo Negara
https://lomp.at/z48wz
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

[VIDEO] “Tenanglah Di Sana Abangku…”-Anak Kedua Amyza Aznan

by Naddy Joe
February 27, 2026

Anak kedua pelakon, Amyza Aznan iaitu Adrian Adam mencetuskan rasa sebak netizen selepas memuatnaik satu video di media sosial, baru-baru...

Read moreDetails
Berita

Uyaina Arshad Gemar Amalan Berpantang Secara Tradisional, Peminat Setuju! -“Bantu Sembuh Dengan Lebih Cepat..”

by Naddy Joe
February 4, 2026

Umum mengetahui pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad telah selamat melahirkan cahaya mata ketiga pada 28 Januari lalu. Selamat melahirkan cahaya...

Read moreDetails
Berita

“Saya Tak Sanggup Lukakan Hati Isteri Dia…”-Sharifah Zarina Syukur Suami Orang Telah Henti Ganggu Athalia

by Naddy Joe
January 28, 2026

Pelakon, Sharifah Zarina terdahulu pernah meluahkan rasa berang apabila anak perempuannya, Athalia diganggu seorang lelaki yang berstatus suami orang.  Kongsi...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Siti Nurhaliza Kongsi Momen Pelajar Sekolah Rendah Sanggup Koyak Buku Untuk Minta Autograf, Curi Perhatian Netizen!

by Naddy Joe
January 30, 2026

Perkongsian Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencuri perhatian netizen apabila 'diserbu' sekumpulan pelajar sekolah rendah di salah sebuah restoran...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Caprice Dedah Taska Terkenal Kurung Budak Autisme Dalam Stor? Netizen Kongsi Pengalaman!

by Naddy Joe
January 21, 2026

Baru-baru ini tular video yang memaparkan kanak-kanak autisme yang didakwa dikurung di dalam stor salah sebuah taska terkenal di Shah...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

  5. 5

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore