Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

1.3 Juta Rakyat Malaysia Pilih Singapura, Traveloka & STB Perkukuh Kerjasama

by Phic ARMAN
July 16, 2026
16
KONGSIAN
Share on Facebook

Bukan rahsia lagi rakyat Malaysia memang suka “short getaway” ke Singapura. Sama ada nak layan konsert, cari makan atau sekadar bercuti hujung minggu, republik itu kekal menjadi antara destinasi kegemaran. Kini, usaha itu bakal diperkukuhkan lagi menerusi kerjasama baharu antara Lembaga Pelancongan Singapura (STB) dan Traveloka.

Malaysia Kekal Penyumbang Pelancong Utama

MURAI difahamkan, kedua-dua pihak baru sahaja memperbaharui Memorandum Persefahaman (MoU) bagi mempromosikan Singapura kepada pelancong dari lima pasaran utama iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand, Vietnam dan Australia.

Apa yang menarik, kira-kira 1.3 juta rakyat Malaysia dilaporkan mengunjungi Singapura sepanjang 2025. Malah, tempahan ke negara itu menerusi Traveloka hampir meningkat dua kali ganda berbanding tahun sebelumnya. Nampaknya trend “weekend escape” ke Singapura memang masih onz!

Bukan Sekadar Promosi, Tapi Pengalaman Lebih Menarik

Kerjasama ini bukan sekadar mempromosikan tiket penerbangan atau hotel semata-mata. Sebaliknya, STB dan Traveloka akan menghasilkan kandungan inspirasi destinasi, memperkenalkan pelbagai acara menarik mengikut kalendar aktiviti Singapura serta menjalankan kempen penjenamaan bersama menerusi platform Traveloka.

Lebih menarik, mereka juga akan memanfaatkan analisis data dan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi membantu pelancong menemui pengalaman yang lebih relevan mengikut minat masing-masing.

Bagi MURAI, pendekatan ini menunjukkan cara promosi pelancongan kini semakin moden dan lebih dekat dengan gaya pengguna digital. Orang ramai bukan lagi sekadar mencari destinasi, tetapi mahukan pengalaman yang benar-benar sesuai dengan gaya hidup mereka.

Selaras dengan kempen “We Don’t Wait For Fun”, fokus turut diberikan kepada golongan muda yang baru memulakan kerjaya serta keluarga dengan anak kecil, menggalakkan mereka menikmati percutian tanpa perlu menunggu waktu yang “sempurna”. Kalau peluang dah ada, apa lagi nak tunggu? Singapura nampaknya sudah bersedia menyambut lebih ramai pelancong dari Malaysia.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
2
Hearts
Hearts
4
Haha
Haha
3
Star
Star
1
Sad
Sad
1
Weary
Weary
0
singapura
Share6Tweet4SendShare

KINI TRENDING

Promosi Pemeriksaan Kanser Payudara
Kesihatan

Nak Check Payudara Dengan Harga Promosi? Ini Hospital Yang Kamu Boleh Pergi!

by Nurul A.
October 12, 2026

Bersempena dengan Bulan Kesedaran Kanser Payudara atau Pink October, golongan wanita boleh merebut peluang ini untuk melakukan pemeriksaan kesihatan payudara....

Read moreDetails
LifeXplore

“Sangat Gah”- Hael Husaini & Siti Nurhaliza Puji TV Sarawak, Jaga Kebajikan Artis di AIM25

by Phic ARMAN
September 28, 2026

Kalau selama ini kita biasa dengar pujian selepas sesuatu majlis selesai, AIM25 nampaknya menerima pujian bukan sahaja kerana kemeriahannya, tetapi...

Read moreDetails
Cuckoo Malaysia, Cuckootopia
LifeXplore

Lee Junho Bakal Temui Peminat Di Cuckootopia, Khas Untuk Ulang Tahun Ke-12 Cuckoo Malaysia

by Nurul A.
August 31, 2026

Berakar umbi daripada 12 tahun memupuk kehidupan yang lebih sihat dan bahagia di seluruh negara, peneraju Pencipta Kediaman Sihat (Healthy...

Read moreDetails
LifeXplore

Nak Travel Dari Subang? Batik Air Ada 9 Destinasi, Bagasi Percuma & Tawaran Merdeka

by Phic ARMAN
September 1, 2026

Sempena sambutan Merdeka tahun ini, Batik Air bukan sekadar meraikan semangat kebangsaan. Sebaliknya, syarikat penerbangan itu turut memperkukuh kehadirannya di...

Read moreDetails
Pembaziran Makanan
LifeXplore

Makanan Selalu Terbuang? Ini 3 Tips Untuk Rakyat Malaysia Elak Pembaziran

by Nurul A.
October 12, 2026

Kita semua pernah mengalaminya. Sebungkus sayur yang terlupa di bahagian belakang peti sejuk, lebihan makanan yang tidak sempat dimakan pada...

Read moreDetails
MICHELIN Guide, MICHELIN Key 2026
LifeXplore

10 Hotel Di Malaysia Antara Hotel Tersenarai Dalam MICHELIN Key 2026!

by Nurul A.
September 21, 2026

MICHELIN Guide mengumumkan senarai hotel pilihan 2026, yang kini boleh diakses menerusi platform rasminya (SEMAK SINI). Pelancong boleh meneroka senarai...

Read moreDetails
tren ecrl
LifeXplore

Tren ECRL Bawa Penumpang ‘Explore’ Rasa Pantai Timur!

by Nurul A.
October 18, 2026

Pantai Timur sering digambarkan menerusi keindahan pantainya dan rentak kehidupan yang lebih santai. Namun, keunikan wilayah ini turut terserlah menerusi...

Read moreDetails
Vietjet, Promosi 9.9 RM268
LifeXplore

Promosi 9.9 Selama 3 Hari, Vietjet Tawar Tambang Serendah RM268

by Nurul A.
September 9, 2026

Untuk bulan September ini, syarikat penerbangan Vietjet melancarkan promosi 9.9 selama tiga hari, khas untuk rakyat Malaysia yang merancang percutian...

Read moreDetails
LifeXplore

LuxuriAsia Bawa Gelombang Baharu Fesyen India Ke KL September Ini

by Phic ARMAN
September 7, 2026

Pernah tak bila pakai sesuatu yang cantik, tiba-tiba kawan terus tanya, “Eh, beli dekat mana?” Situasi itulah yang menjadi antara...

Read moreDetails
LifeXplore

Diva M Buat Kejutan Luar Biasa, Pekerja Menangis Dapat Honda Civic RM100,000!

by Phic ARMAN
October 24, 2026

Bayangkan datang ke majlis hari jadi, tetapi akhirnya pulang dengan sebuah kereta idaman bernilai kira-kira RM100,000! Itulah kejutan yang diterima...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Guna Barang Dapur Sahaja, Ini Caranya Untuk Putihkan Ketiak

  2. 2

    Petua Orang Dulu, 3 Bahan Ini Boleh Lebatkan Kembali Rambut Yang Gugur

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara