Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

Nak Travel Dari Subang? Batik Air Ada 9 Destinasi, Bagasi Percuma & Tawaran Merdeka

by Phic ARMAN
September 1, 2026
Share on Facebook

Sempena sambutan Merdeka tahun ini, Batik Air bukan sekadar meraikan semangat kebangsaan. Sebaliknya, syarikat penerbangan itu turut memperkukuh kehadirannya di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang (SZB) dengan lebih banyak pilihan destinasi, kemudahan dan tawaran eksklusif untuk penumpang.

Kalau selama ini Subang hanya terbayang sebagai airport yang ‘dekat-dekat’, nampaknya pilihan perjalanan dari sini semakin menarik.

Dari Subang Nak Ke Mana?

Batik Air kini menghubungkan penumpang dari Subang ke sembilan destinasi termasuk Penang, Langkawi, Kota Bharu, Johor Bahru, Singapura, Kuching, Kota Kinabalu, Jakarta dan Bangkok.

Dengan lebih 144 penerbangan seminggu, Subang semakin memainkan peranan sebagai lapangan terbang bandar yang memudahkan perjalanan domestik dan serantau.

Bagi MURAI, ini memang satu perkembangan yang menarik. Nak pergi makan di Penang? Healing di Langkawi? Atau terus ‘flight mode’ ke Bangkok? Tak perlu semestinya bermula dari KLIA.

Siap Ada Bagasi Percuma 10kg

Lebih menarik, penumpang Batik Air dari Subang turut menikmati bagasi percuma 10kg, memberikan lebih banyak ruang untuk membawa barangan ketika melancong.

Sempena kempen Merdeka pula, penumpang boleh mendapatkan diskaun 15% untuk Value Fares dan 30% untuk Flexi Fares bagi tempoh terhad.

Bukan tiket sahaja yang ‘best deal’.

Airport Pun Ada ‘Treat’ Untuk Anda

Dalam sambutan Merdeka yang berlangsung baru-baru ini, Batik Air turut bekerjasama dengan rakan niaga tempatan di Subang seperti Burger King, Starbucks, Jet Set & Go dan Sky Lounge.

Topik Berkaitan Lebih 600,000 Pelancong India Pilih Malaysia, Tourism Malaysia Terus Perkukuh Promosi

Penumpang boleh menikmati baucar eksklusif serta kod promosi Batik Air untuk perjalanan seterusnya.

Kerjasama ini menunjukkan Batik Air bukan sekadar mahu membawa penumpang keluar dari Subang, tetapi turut bekerjasama dengan ekosistem perniagaan tempatan bagi menjadikan pengalaman di airport lebih rewarding.

Subang Bukan Sekadar Tempat Berlepas

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Batik Air, Datuk Chandran Rama Muthy, Subang mempunyai peranan penting dalam menjadikan perjalanan udara lebih mudah dan selesa untuk penduduk Lembah Klang.

Dan bagi MURAI, mesejnya cukup jelas.

Batik Air bukan sekadar terbang dari Subang. Ia sedang menjadikan Subang sebagai pilihan yang lebih connected, convenient dan berbaloi untuk traveller.

Jadi, Merdeka kali ini… destinasi mana pula yang masuk dalam bucket list anda?

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
3
Hearts
Hearts
2
Haha
Haha
5
Star
Star
3
Sad
Sad
1
Weary
Weary
0
Batik Air
Share3Tweet2SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

REDMAGIC Astra 2 Rasmi Di Malaysia, Tablet Gaming 185Hz Pada Harga Bermula RM3,599

by Phic ARMAN
September 3, 2026

Kalau anda jenis gamer yang boleh duduk berjam-jam depan skrin, isu seperti tablet panas, frame rate tak stabil atau bateri...

Read moreDetails
LifeXplore

Siapa Sangka Kamera Filem Ini Dah 40 Tahun? FUJIFILM x atmos Buat Comeback Dengan Vibe Baharu

by Phic ARMAN
October 8, 2026

Kalau fotografi merakam cerita, streetwear pula menjadi cara seseorang mengekspresikan identiti. Dua dunia ini bertemu menerusi kolaborasi FUJIFILM dan atmos...

Read moreDetails
LifeXplore

ASA 2026 Terima 1,601 Pencalonan, Malam Kemuncak Berlangsung 24 Oktober Ini

by Phic ARMAN
October 15, 2026

Anugerah Seri Angkasa (ASA) 2026 terus mengiktiraf sumbangan penggiat industri penyiaran dan media menerusi penganjuran edisi ke-37 yang bakal berlangsung...

Read moreDetails
Foto - Royal Selangor
LifeXplore

Jejak Warisan, Royal Selangor Ketengahkan Seni Emas Telepuk

by Nurul A.
September 2, 2026

Dahulunya dikhaskan untuk tekstil upacara dan pakaian kebesaran, telepuk merupakan seni tekstil Melayu tradisional yang dibezakan oleh motifnya yang rumit...

Read moreDetails
LifeXplore

Isu Luahan Panas! Pemilik Jenama Pakaian Terkenal Mahu Lamar Jepp Sepahtu Jadi Duta

by Phic ARMAN
October 9, 2026

Nama Jep Sepahtu kembali menjadi bualan hangat di Threads susulan kemelut persahabatannya dengan Shuib. Namun, di sebalik isu yang semakin...

Read moreDetails
Foto - YAKIGO
Selera

YAKIGO Kini Di Ombak KLCC, Bawa Gaya Jalanan Jepun Dengan Sentuhan Malaysia

by Nurul A.
September 14, 2026

Konsep baharu makanan jalanan Jepun, YAKIGO kini hadir di Kuala Lumpur. Beroperasi di Ombak KLCC, YAKIGO, sebuah jenama yakitori moden,...

Read moreDetails
Kanser Payudara
Kesihatan

Jangan Lalai! Wanita Wajib Tahu 3 Situasi Ini Tanda Awal Kanser Payudara

by Nurul A.
October 7, 2026

Jatuh pada bulan Oktober setiap tahun, Bulan Kesedaran Kanser Payudara diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran; menunjukkan sokongan dan solidariti bagi...

Read moreDetails
The Story of Studio Ghibli
LifeXplore

Pameran Ghibli Terbesar Bakal Singgah Singapura Disember Ini- Tiket Serendah RM120

by Nurul A.
September 15, 2026

Tempahan tiket masuk pameran The Story of Studio Ghibli kini dibuka, pameran imersif ini menampilkan pengalaman sulung di dunia di...

Read moreDetails
Greater Bay Area
LifeXplore

Hong Kong, Guangdong & Macao Ajak Rakyat Malaysia Terokai Greater Bay Area

by Nurul A.
August 18, 2026

Hong Kong Tourism Board (HKTB) bersama Department of Culture and Tourism of Guangdong Province and Macao Government Tourism Office (MGTO)...

Read moreDetails
LifeXplore

TalentCorp Perkenal MyBakat, Himpunkan 3,000 Peserta Dalam Minggu MyBakat 2026

by Phic ARMAN
October 9, 2026

Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) memperkenalkan MyBakat sebagai langkah baharu memperkukuh pembangunan bakat tempatan, seiring perubahan ekonomi dan keperluan industri...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

  2. 2

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Jep Sepahtu Luah Dua Anak Mungkin Hidap Autisme, Anggap Sebagai Hadiah Ulang Tahun ke-40

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara