Monday, October 20, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Automotif

Harga Bermula RM578k, Ini 12 Fakta Lotus Eletre: Hyper-SUV Elektrik Yang Pertama di Dunia Kini Tiba di Malaysia

by Phic ARMAN
April 13, 2023
17
KONGSIAN
Share on Facebook

Lotus Cars Malaysia, pemegang francais tunggal kenderaan Lotus di Malaysia hari ini melancarkan Eletre serba baharu yang sangat ditunggu-tunggu – sebuah SUV elektrik berprestasi tinggi (Hyper-SUV) yang meneruskan transformasi pengeluar kereta sports UK itu ke dalam perniagaan dan jenama kereta berprestasi tinggi global.

Jom tengok fakta menarik mengenai Eletre

1. Model gaya hidup yang menawan

Eletre membawa prinsip-prinsip asas dan DNA Lotus dari segi kejuruteraan dan reka bentuk kereta sports selama hampir 75 tahun, seterusnya mengevolusikannya menjadi sebuah model gaya hidup yang menawan untuk pelanggan Lotus generasi baru.

2 Menampilkan banyak perkara pertama buat Lotus

Sebagai SUV elektrik baharu sepenuhnya, Eletre juga menampilkan banyak perkara pertama buat Lotus – model pertama di luar segmen kereta sport, kereta elektrik (EV) gaya hidup pertama dan Lotus yang paling ‘tersambung’ setakat ini.

3. Pakej aerodinamik aktif termaju

Padat dengan prestasi yang fokus kepada teknologi, termasuklah pakej aerodinamik aktif termaju berbanding mana-mana produk SUV yang lain, Lotus Eletre menawarkan pengendalian dan pemanduan mengagumkan, stereng yang sangat responsif dan keterlibatan dengan pemandu yang luar biasa.

4. Tiga varian

Kesemua tiga varian kini sudah tiba di pasaran Malaysia melalui Eletre, Eletre S dan varian tertinggi Eletre R. Sehingga pelancaran hari ini, Hyper-SUV itu telah menerima 140 tempahan dengan hanya 200 unit tersedia bagi tahun 2023.

“Ini merupakan detik penting dalam sejarah Lotus Cars. Eletre ialah sebuah kereta baharu yang berani dan revolusionari, ia menjadi bukti komitmen kami untuk membawa jenama ini ke dalam segmen automotif baharu dalam usaha kami meningkatkan tarikan dan akses di peringkat global. Eletre merupakan sebuah Lotus yang sebenar dan kami yakin ia dapat mengujakan pelanggan kereta berprestasi tinggi dan menjadi satu alternatif yang tersendiri dalam segmen ini. Eletre memiliki jiwa sebuah Lotus dan praktikaliti sebuah SUV. Selain kereta sports Emira, ini ialah kereta yang sempurna untuk garaj anda daripada Lotus,” kata Pengarah Serantau, Asia Pasifik dan Asia Barat Lotus Cars, Daniel Balmer.

5. 800v Electric Premium Architecture (EPA)

Eletre dibina di atas platform serba baharu Lotus yang sangat versatil iaitu 800v Electric Premium Architecture (EPA) dengan sistem agihan kuasa bersepadu dan bervoltan tinggi. Platform ini menggunakan aluminium dan besi regangan tinggi untuk kekukuhan struktur badan yang optimum.

6. Titik graviti rendah

Pek bateri rata ‘gaya papan selaju’ dan motor elektrik yang dekat dengan permukaan tanah memberikan titik graviti rendah yang membuktikan komitmen utama Lotus untuk menawarkan prestasi dinamik pemanduan yang luar biasa.

EPA yang versatil itu juga mudah diadaptasi dengan susun atur komponen, saiz bateri dan motor untuk kenderaan kelas C+ hingga E+ serta teknologi pemanduan pintar. Platform itu akan menjadi asas kepada kenderaan eletrik gaya hidup berprestasi tinggi Lotus pada masa depan.

7. Hadir dengan dua pilihan rangkaian kuasa

Lotus Eletre hadir dengan dua pilihan rangkaian kuasa bersama dua motor elektrik pada roda hadapan dan belakang untuk menawarkan keupayaan pacuan semua roda (AWD).

8. Kelajuan

Eletre dan Eletre S dikuasakan oleh sistem kelajuan tunggal untuk menawarkan 603hp dan tork 710Nm dengan prestasi pecutan 0-100km/j dalam masa 4.5 saat dan pecutan 80-120km/j dalam masa kurang 2.2 saat. Kedua-dua varian mampu mencapai kelajuan maksimum 258km/j dan jarak pemanduan maksimum WLTP sejauh 600km.

Varian teratas Eletre R hadir dengan sistem dua kelajuan yang menawarkan kuasa mengagumkan 905hp dan tork 985Nm. Mampu mencapai kelajuan 0-100km/j dalam masa cuma 2.95 saat dan pecutan 80-120km/j dalam masa kurang 1.9 saat dengan pecutan maksimum 265km/j, ia kini merupakan SUV elektrik dua motor paling pantas di dunia. Jarak pemanduan WLTP untuk Eletre R adalah sejauh 490km.

9. Kapasiti Bateri

Ketiga-tiga varian menggunakan bateri berkapasiti 112kWh dan pengecas 350kW yang membolehkan pengecasan pantas dari 10 ke 80 peratus dalam masa hanya 20 minit. Ia juga hadir dengan keupayaan menerima pengecasan AC 22kW sebagai ciri standard.

Pek bateri dengan tenaga berkepadatan tinggi menawarkan keseimbangan terbaik dari segi prestasi dan jarak pemanduan. Sistem pemanduan elektrik tiga dalam satu menyatukan setiap motor dengan satu unit kawalan dan reducer, ini merupakan satu reka bentuk efisien yang membuatkan unit berkenaan lebih kecil dan ringan – satu penyelesaian yang sangat tipikal dengan Lotus.

10. Rekaan luaran: berani, dramatik dan ‘diukir oleh angin’

Dari segi gayaan, pasukan reka bentuk Lotus menghasilkan satu susun atur kabin yang lebih ke depan bersama jarak roda panjang serta overhang pendek pada bahagian hadapan dan belakang. Secara keseluruhannya, kereta ini nampak ringan, seterusnya mencipta tanggapan ia sebuah kereta sports yang tinggi dan bukannya SUV.

11. Infohibur dan teknologi: pengalaman digital bertaraf dunia

Sistem infohibur dalam Eletre menetapkan standard baharu dalam menawarkan pengalaman yang intuitif dan ketersambungan lancar dengan prestasi terbaik dalam kelasnya dari segi kesan visual dan maklum balas interaktif. Ia merupakan hasil kerjasama di antara pasukan Lotus di Warwickshire dan China yang berpengalaman luas dalam bidang User Interface (UI) dan User Experience (UX).

12. Harga dan kebolehdapatan

Harga Lotus Eletre adalah seperti berikut. Semua harga di atas jalan, tidak termasuk insurans dan cukai jalan untuk Semenanjung Malaysia sahaja.

  • Lotus Eletre – bermula RM578,000
  • Lotus Eletre S – bermula RM648,000
  • Lotus Eletre R – bermula RM798,000

Maklumat lanjut mengenai Hyper-SUV Lotus Eletre serba baharu, sila layari laman web www.lotuscars.com atau ikuti saluran Facebook, Instagram and YouTube Lotus Cars Malaysia.

https://lomp.at/wcvsd
Share7Tweet4SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Automotif

Tonton Sukan Permotoran Sambil Berhibur, Ini Yang Bakal Anda Alami di Litar Antarabangsa Sepang!

by Naddy Joe
August 13, 2025

Buat para peminat sukan permotoran dan muzik, anda turut boleh mengalami pengalaman keseronokan muzik EDM HardTech (Hardmission and Techmission) bersempena...

Read more
Bisnes

APOLLO Kini Berwajah Baru Untuk Generasi Baru!

APOLLO, snek kegemaran zaman kanak-kanak yang mencipta memori indah buat rakyat Malaysia selama berdekad-dekad, kini kembali dengan wajah baru yang...

Read more
by Naddy Joe
August 1, 2025
Bisnes

Usahawan Wajib Tahu! Strategi & Ilmu Jenama Dibongkar di NCF2025

Hari ini, MURAI sempat hadir ke National CEO Forum 2025 (NCF2025) yang berlangsung di Hotel Seri Pacific, KL. Bukan acara...

Read more
by Phic ARMAN
August 14, 2025
Bajet

Baucar Tenang 3.0: Backup Padu Bila Musibah Datang Tiba-Tiba, Ini Cara Mudah Nak Tebus

Mulai 1 September 2025, geng yang terima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) boleh sapu baucar RM30 bawah program Perlindungan Tenang 3.0...

Read more
by Phic ARMAN
September 12, 2025
#ApaPlan

Apa Plan Hujung Minggu? Jom Tengok Apa Yang Menarik Di Karnival Sukan Permotoran BOSS Sepang 2025 Ini

Kalau kalian rasa hidup dah cukup ‘laju’ sebab kejar kerja, kejar anak, kejar hutang, tunggu dulu. Ada lagi benda lebih...

Read more
by Phic ARMAN
October 2, 2025
Bisnes

Legenda Hoki, Dato’ Mirnawan Kongsi Rahsia Jaga Lutut Lebih Sihat

Kalau sebut nama Dato’ Mirnawan Datuk Hj. Nawawi, peminat hoki semua kenal. Dulu masa zaman beliau jadi Kapten Pasukan Kebangsaan,...

Read more
by Phic ARMAN
July 21, 2025
Lokal

Shiha Zikir Teruja Jadi Duta SFJ Group, Mahu Buang Stigma Negatif Terhadap Wanita

Kalau sebut nama Shiha Zikir, ramai kenal dia sebagai penyanyi versatil dengan suara yang mantap dan karier seni yang konsisten....

Read more
by Phic ARMAN
September 2, 2025
Bisnes

TRAXX Trade Talk: Segmen Baharu di TRAXXfm

Radio Televisyen Malaysia (RTM) terus melangkah ke hadapan dengan memperkenalkan segmen terbaru di stesen radio berbahasa Inggerisnya, TRAXXfm. TRAXXfm Perkenal...

Read more
by Aphit J.
October 11, 2025
Bisnes

Cara Jimat Minum Kopi Ala Kafe di Rumah

Ramai yang suka singgah kafe setiap pagi, tetapi jika dikira setahun, harga secawan latte harian boleh jadi beban. Menariknya, kopi...

Read more
by Naddy Joe
September 11, 2025
Bisnes

Dayang Nurfaizah Mahu Sokong Jenama Pereka Tempatan, Dipilih Sebagai Duta Rasmi Amber

Penyanyi, Dayang Nurfaizah mengakui Amber Ekslusif Wear Casual Wear, jenama di bawah Usanita Sdn Bhd sesuai dengan gayanya yang 'simple'...

Read more
by Naddy Joe
August 14, 2025
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tetap Setia Walau Terluka”- Tak Lagi Ikuti Suami Di IG, Luahan Uqasha Senrose Cetus Tanda Tanya

  2. 2

    [VIDEO] Netizen Terhibur Ammar Ahyan Bawa Kereta Mahal Tapi Letak Teh Ais Dalam Kereta

  3. 3

    Sarah Yasmine Beri Nasihat Buat Anak Aaron Aziz: “Jangan Biarkan Perempuan yang Otaknya ‘Glitch’ Ganggu Tenaga Kamu!”

  4. 4

    STR 2026 Wajib Daftar Akaun Baharu Walaupun Dulu Pernah Mohon- Begini Caranya…

  5. 5

    [VIDEO] Telatah Afwa Mahu Bela Anak Ayam Sebagai Binatang Peliharaan, Buatkan Netizen Terhibur

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem