Perompak ni tersilap pilih mangsa apabila wanita yang menjadi sasarannya memaksanya untuk berbogel dan berlari di jalan di Colombia.
Video berdurasi 2 minit 37 saat yang kini viral di media sosial memaparkan mangsa yang merupakan seorang wanita memegang rambut perompak berkenaan selepas cuba merompak wanita itu.
Perompak berkenaan mengunakan pisau sebagai senjata untuk merompak.
Selepas wanita berkenaan berjaya menepis senjata yang dibawa perompak itu, dia menjerit dan menampar perompak berkenaan beberapa kali sebelum memaksa perompak terbabit menanggalkan pakaian.
Mungkin kerana takut, perompak terbabit akur dan menanggalkan pakaian hingga terpaksa menutup kemaluannya dengan tangan.
Perompak itu turut dipaksa melutut dan disaksikan oleh orang ramai yang melalui jalan berkenaan yang dipercayai di Bogota, Colombia.
Aksi penamat drama berkenaan ialah perompak berkenaan terpaksa melarikan diri dalam keadaan bogel sambil menutup kemaluannya di tengah-tengah kesibukan jalan raya di Bogota itu.
Nampaknya perompak yang ‘sangat malang’ itu tersilap pilih mangsa.
https://www.youtube.com/watch?v=ZxUUB7mP2OY
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.