Seorang pelatih penerbangan berjaya meakukan pendaratan cemas di sebuah padang golf selepas pesawat ringan yang dipandunya mengalami masalah kerosakan enjin.
Sierra Lund, 17, yang berasal dari Peachtree, Georgia sedang dalam penerbangan solo merentas negeri sebelum pesawatnya mengalami masalah enjin.
Ibu Sierra, Steph Lund berkata, Sierra terpaksa melakukan pendaratan cemas di padang golf terbabit.
“Saya sangat bersyukur kerana pengajarnya telah menjalankan tugas dengan baik dan memberi tunjuk ajar kepada Sierra bagaimana untuk menangani situasi cemas seperti itu.
“Sebagai ibu bapa kepada pelatih penerbangan pastinya anda akan tertanya tanya sama ada anak mampu atau tidak untuk berdepan detik cemas ketika di udara,” tulisnya dalam posting di akaun Facebook miliknya.
Sierra berjaya mendaratkan pesawat berkenaan dengan selamat di Planterra Ridge Golf Course pada Rabu tanpa sebarang kecederaan.
Pihak polis tempatan sangat berbangga dengan tindakan Sierra yang berjaya menangani keadaan cemas yang sebelum ini ramai juruterbang berpengalaman gagal mengatasinya.
Selepas pendaratan itu, Sierra kemudiannya merakamkan gambar kenangan dengan pesawat berkenaan.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.