Di Condobolin, Australia, seorang penjaga zoo dalam perjalanan memburu babi di sebuah kawasan pedalaman telah merakamkan aksi tragis menumbuk seekor kanggaru di muka untuk menyelamatkan anjing daripada di cederakan. Greig Tonkins, seorang penjaga zoo di Taronga Western Plains Zoo di Dubba, muncul dalam video yang disiarkan dalam talian berlari dengan kemarahan ke arah binatang liar ini bagi menyelamatkan anjing tersebut.

Video itu telah difilemkan sendiri oleh Greg Bloom, di mana beliau dapat merakamkan detik-detik cemas ini sehingga berjaya menakutkan kanggaru ini lalu melepaskan anjing itu. Lebih mengejutkan penonton boleh saksikan sendiri bagaimana Tonkins menumbuk di muka Kanggaru ini sebelum binatang ini.  Aksi haiwan yang terkenal di Australia ini juga aneh kerana pergerakan tubuhnya mirip seperti manusia. Jelas kelihatan, kanggaru ini  tergamam kebingungan setelah di tumbuk begitu sahaja. Namun tumbukan tersebut tidak langsung mencederakannya.

IKLAN

Jom lihat video aksi Hangat ini, yang pasti buat ada tergamam tanpa kata.

sumber www.upi.com

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry