Dengar kata Hafiz Hamidun bakal berkahwin tak lama lagi… betul ke ni?
Menurut laporan Harian Metro, jejaka yang lantang menyuarakan pendapatnya itu telah pun mengesahkan bahawa dirinya akan mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihan hati, Siti Arifah Amin, 30, menjelang Mei depan.
Bagaimanapun, Hafiz, 33, enggan mengulas lebih lanjut berkenaan perancangannya itu. Cuma jelasnya, dia akan tampil dalam sebuah majlis sidang akhbar bagi mengumumkan berita gembira itu pada 22 mac akan datang, sekaligus melangsungkan majlis pertunangan pada hari yang sama.
“Saya sendiri memang tidak mahu berkawan lama-lama dalam sesebuah perhubungan. Kalau ia boleh dibawa ke arah perkahwinan, perhubungan seperti itulah juga yang saya inginkan. Alhamdulillah, menerusi hubungan kali ini, ia bagai dipermudahkan,” katanya sambil memaklumkan beliau melamar wanita itu sekitar minggu lalu.
Hmm… memang pandai betul si Hafiz ni menyimpan rahsia.
Status terkini di Facebook milik Siti Arifah Amin menguatkan lagi desas-desus yang dia bakal menjadi tunangan Hafiz Hamidun
Untuk pengetahuan semua, pasangan ini telah berkenalan lebih rapat sejak dua bulan lalu sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin dan lebih menarik, bakal tunang Hafiz ini rupa-rupanya seorang usahawan kosmetik yang memiliki wajah bak bidadari!
Ini beberapa foto milik Siti Arifah Amin atau lebih dikenali sebagai Joy Refva Sofia.
https://www.instagram.com/p/BRnVr1EjJx9/?taken-by=joyrevfa&hl=en
https://www.instagram.com/p/BRkiTn1j0GB/?taken-by=joyrevfa&hl=en
https://www.instagram.com/p/BRdQ6lgjPTs/?taken-by=joyrevfa&hl=en
https://www.instagram.com/p/BQnZdZujIb0/?taken-by=joyrevfa&hl=en
https://www.instagram.com/p/BQjx1rAlBma/?taken-by=joyrevfa&hl=en
Apa-apa pun, TAHNIAH!
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.