Rangkaian hotel Hilton diseluruh dunia yang bertaraf lima bintang boleh menjadi bukti kekayaan keluarga Paris Hilton yang juga sosialis Amerika Syarikat. Paris Hilton bukan sahaja mewarisi kekayaan datuk neneknya malah mempunyai jenama fesyennya sendiri. Berbeza dari adik beradiknya yang lain Paris lebih popular dan sukakan perhatian media.
Mungkin kita semua jarang dengar perihal adik lelaki Paris, Conrad Hilton berusia 23 tahun yang sentiasa menjadi tawanan polis akibat kelakuan liar dan tidak senonoh.
Pada 7 Mei, Conrad menyelinap masuk ke rumah bekas kekasihnya Hunter Daily Salomon dan tindakan tersebut menyebabkan dia dijatuhkan hukuman tidak boleh lagi mendekati Hunter dan harus membayar jaminan sebanyak 60,000 dolar. Duit? Memang tidak menjadi masalah buat Conrad.
Ini adalah kali kedua selepas tahun 2015 dia menyelinap masuk rumah bekas kekasihnya itu.
https://twitter.com/DailyLosAngeles/status/860952905494515713
Conrad juga didapati mencuri sebuah telefon bimbit. Ini kelakuan paling aneh apabila seorang yang kaya-raya yang mungkin hartanya tidak pernah habis 7 keturunan tetapi masih mencuri telefon bimbit.
Antara masalah lain yang pernah dilakukan oleh Conrad ialah ditangkap pada Julai 2014 kerana mengganggu penerbangan dari London ke Los Angeles dengan menjerit dan bertindak kasar kepada krew kabin.
Semasa penerbangan, Conrad didakwa menghisap marijuana didalam tandas kapal terbang sehinggakan dihalang kembali ke tempat duduk dan menyebabkan dia hilang kawalan kemudian pengsan.
Akibatnya, dia dibawa ke pusat khidmat komuniti dan didenda untuk menjalankan khidmat masyarakat selama 750 jam dan diletakkan didalam kawalan pihak berkuasa selama tiga tahun.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.