Setiap ibu kota di Indonesia memiliki pelbagai ikon atau landmark. Sebut saja Bali, kta akan disambut dengan mercu tanda patung Garuda Wisnu Kencana atau Padang yang tersergam indah kerana jam gergasinya. Jika di Jakarta pula ramai sudah tahu dengan ketinggian Monumen Nasional atau Monas. Jadi bagaimana pula dengan bandar kecil, Pontianak tak terkecuali juga menginginkan landmark yang bakal meninggalkan kesan kepada pengunjung.
Uniknya pemerintah Kalimantan Barat ini hadir dengan idea yang ‘out of the box’. Alih-alih mahu mendirikan patung suku dayak atau hal-hal yang berkaitan dengan budaya Kalimantan. Pemerintah Kalimantan Barat bercadang mahu mendirikan patung dari salah satu hantu di Indonesia! Seram kan?
Dikhabarkan patung itu bakal didirikan tidak lama lagi setinggi 100 meter. Difahamkan mereka bakal memilih patung kuntilanak di mana ia datang dari nama Pontianak yang dalam bahasa Melayu bererti hantu perempuan. Kuntilanak adalah hantu wanita berambut hitam panjang, mengenakan baju putih panjang, dan menyeramkan. Hantu ini merupakan hantu terkenal selain pocong.
Bagaimana agaknya rupa patung ini selepas siap dibangunkan ya? Yang pastinya ramai yang akan berkunjung ke Pontianak untuk lihat dengan mata sendiri patung seram ini kelak. Bagus juga untuk tarik ramai pelancong berkungjung ke sini kan?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.