Elyana penyanyi pop Malaysia yang terkenal sekitar tahun 2000 dikatakan tekad ingin mengambil anak angkat setelah dilaporkan tidak boleh mengandung. Dia yang kini mempunyai seorang anak perempuan iaitu Cinta Sumayyah, yang berusia 5 tahun tidak dapat lagi dapat melahirkan anak kerana mempunyai kompilasi keguguran sewaktu mengandung anak kedua.
“Saya nak mengandung tapi tak boleh dah. Saya sekarang nak cari anak angkat, sebab saya dah buang sebelah. Baru-baru ini saya gugur, bayi tersekat dalam tiub. Jadi Doktor buang tahun lepas,”
Dia yang juga pelakon utama drama bersiri Dunia Baru sememangnya mengimpikan keluarga yang besar tak kira samada dari anak sendiri atau anak angkat. Impiannya itu ditanam sejak zaman sekolah lagi.
Bagi Elyana, 29, ini semua ketentuan Ilahi dan juga jalan untuk dia mengambil anak angkat.
“Tapi memang dari zaman sekolah nak ambil anak angkat. Saya cuba untuk ambil anak angkat untuk tolong orang susah. Mungkin Tuhan nak tunjuk dekat saya yang saya dah tak dapat anak, jadi ambillah anak angkat”
Antara perkembangan lain Elyana ialah, dia kini sudah pun melancarkan single terbaharu berjudul Ikhlas Dalam Resah.
Hangat mendoakan semoga impian Elyana dan keluarga tercapai serta terus sukses dalam dunia hiburan!
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.