Bukan sesuatu yang salah berbelanja mewah jika mampu. Betul tak? Memang ramai orang sudah tahu yang pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta merupakan selebriti yang memiliki kekayaan yang mampu untuk berbelanja mengikut kemampuannnya.

Walaupun sering mendapat komen negatif dari netizen namun Che Ta langsung tidak terkesan dengan tohmahan tersebut, tambahan pula beliau sudah bekerja keras untuk hidup lebih selesa seperti sekarang.

Terbaru, Che Ta telah memuatnaik gambar-gambar sambutan hari jadi ibunya yang begitu meriah dengan kehadiran seluruh ahli keluarga. Menurut Che Ta, memang seronok mempunyai adik-beradik yang ramai sebab ibu akan terima banyak hadiah dari anak-anak. Namun dia turut percaya, bagi seseorang ibu untuk mengukirkan senyuman ketika sambutan hari jadi sangatlah berharga untuk sekeluarga. Berikut luahan Che Ta yang bertulis:

IKLAN

Seronoknyanya anak ramai, seorang datang bawa sekotak, 7 orang dah dapat 7 kotak, tapi perjalanan seorang ibu untuk senyum macam ni dihari ini, bukan satu perjalanan yang sentiasa indah sebenarnya. Macam mana seorang ibu tak penah kerja langsung, tapi bila arwah aryah meninggal, mak terpaksa cari apa sahaja kerja untuk besarkan kami 7 beradik. – murai.my

View this post on Instagram

Best nya anak qamai.. soqang mai bawak sekotak, 7 oqang dah dpt 7 kotak.. tapi perjalanan seorang ibu untuk senyum mcm ni dihari ini, bukan satu perjalanan yg sentiasa indah sebenaqnya.. mcm mana seorang ibu tk penah qeja langsung , tp bila arwah daddy meninggal, mak terpaksa caqi apa saja qeja untuk besaqkan kami 7 beradik.. masa tu kak mah , kak sulong baqu 16 thn, dan saya 15 thn.. tapi alhamdulillah , berkat sabar , ikhlas seorang ibu nk besarkan anak2 nya, skrg mak dah boleh senyum semanis gula mcm ni.. la mak cuma pikiaq haqi ni nk p tidoq umah anak mana tah, besok anak ni plk kol ajak mai.. syukur adik beradik kami berebut2 nk jg mak.. #elaunmaktiaptiapbulanlagibanyakdarikami 😂. . #chewansfamily #momsbirthday #momsturn64 #gardenparty #birthdayparty #13july2017 #LV . 📷 @eddy_aidil

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on

Nampaknya adik-beradik Che Ta pakat belikan barang berjenama mewah dan terkenal iaitu Louis Vuitton buat ibunya. Ibunya bergambar bersama hadiah-hadiah yang diberikan dan Che Ta pun berkongsi gambar tersebut di Instagramnya.

Sumber Instagram Che Ta

IKLAN
Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry