Khabar angin kononnya wujudnya hubungan cinta antara pelakon cantik Nelydia Senrose dan Rizal Ashram Tan Sri Ramli Ngah Talib atau Jejai sebenarnya hanya gosip semata-mata. Lebih mengejutkan ada desas-desus mendakwa kedua-duanya kononnya merancang mahu mendirikan rumah tangga.
Gosip ini sedikit sebanyak buatkan Nelydia bingung dari mana isu ini boleh bermula. Walaubagaimanapun Nelydia atau nama sebenarnya, Nik Zaris Nelydia Nik Sen tidak menafikan dia mengenali duda yang dimaksudkan tetapi tak lebih dari sekadar kawan. – murai.my
Susulan dari gosip sensasi tersebut, ramai juga yang tertanya-tanya siapakah sebenarnya kekasih Nelydia dan perkembangan terbarunya sekarang.
Dalam satu temubual eksklusif Nelydia bersama Kosmo, dia seboleh-bolehnya mahu mengelak daripada menjalinkan hubungan lelaki berstatus duda yang mungkin boleh bawa masalah mendatang.
Bertanya mengenai pilihan lelaki yang berstatus bujang atau duda, ini jawapannya;
“Soal bujang atau duda, saya tidak berani kata apa-apa. Cuma selepas ini, saya akan lebih berhati-hati dalam soal cinta. Paling penting lelaki itu harus menghormati keluarga saya dan hubungan itu direstui.
“Saya sebenarnya lebih tertarik kepada lelaki yang lebih berusia, misalnya lima tahun lebih tua. Namun, lelaki itu haruslah matang dan dapat membimbing saya ke arah kejayaan dan agama. Sebagai wanita, saya percaya kita berhak memilih lelaki yang baik,” katanya pada kosmo
Sumber Instagram Nelydia & Kosmo
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.