Penyanyi Popular Antarabangsa, Taylor Swift mendakwa punggungnya telah diraba oleh seorang DJ Radio KYGO, David Mueller ketika mereka bergambar sewaktu di belakang pentas di Pepsi Centre, Denver pada Jun 2013.
Minggu ini Swift bakal hadir ke mahkamah untuk perbicaraan kes tersebut dan semalam beliau dibenarkan memberi keterangan terperinci mengenai insiden yang berlaku empat tahun lalu.
Selepas dakwaan Taylor mengenai hal ini, Mueller telah dipecat oleh majikannya yang menyebabkan dia kehilangan pekerjaan.
Menyedari akan kesempitan yang melanda, Mueller telah mengambil tindakan mahkamah terhadap Swift pada September 2015 dan menyaman penyanyi ni sebanyak AS$ 3 juta (RM12.8 juta) atas dakwaan Swift sepatutnya memanggil polis dan bukan pengurusnya malah beliau turut menafikan dirinya menyentuh Swift.
Sementara itu, penyanyi yang terkenal dengan lagu Bad Blood ini hanya menuntut AS$1 (RM4.20)
Bagi Swift, keputusan beliau membuat laporan dapat dijadikan contoh bagi wanita – wanita lain yang mungkin menghadapi keadaan yang sama dengan beliau.
Hari ini, kes Swift dan Mueller telah dibuka semula untuk siasatan
Sumber New York Times
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.