Sebelum ini agak heboh apabila secara tiba-tiba Zara memuat naik gambarnya yang sedang terbaring di katil hospital dengan bahagian tengkuk berbalut seperti baru selesai menjalani pembedahan.
Ramai yang tertanya-tanya apakah yang berlaku sebenarnya. Untuk tidak menambahkan kerisauan peminatnya, dia telah memuat naik gambar parut pembedahannya beserta kapsyen di Instagram.
“Ramai yang tanya kesihatan saya sekarang. Tak sangka ramai yang sayang eh… hehehe terima kasih.” katanya
Zara memberitahu peminat keadaannya sekarang bertambah baik walaupun saraf di bahagian muka masih belum pulih sepenuhnya.
https://www.instagram.com/p/BWroC8wngDf/?hl=en&taken-by=zarazya
“Alhamdulillah makin baik. Dah boleh gelak-gelak happy dah. Ada sisa baki bengkak sikit je lagi. Jangan layan sangat lah kan. Saya anggap saya 100% sihat. Kena rajin gerak-gerak kan muka je memandangkan saraf muka belum pulih sepenuhnya.”
Zara anggap apa yang terjadi semuanya adalah sebuah dugaan dan akui ada yang insan-insan di luar sana lebih teruk dugaannya berbanding dirinya.
“Dugaan di mana saya belum mampu dapat reaksi sebenar. Cemburu bila tengok orang lain perfect. Tapi hati saya kuat cakap yang ada lagi lebih teruk. Saya redha dan yakin akan pulih. Malas lah nak tengok cermin sangat. Ada yg bagi cadangan untuk kunyah chewing gum. Yes saya dah beli dan kunyah. Harap berjaya inshaallah, semoga penyakit ini takkan kembali.. amin” tulisnya.
https://www.instagram.com/p/BXNTd5Xn2NZ/?hl=en&taken-by=zarazya
Terdahulu, Zara menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan di bahagian wajahnya di mana jika dibiarkan, ia boleh mengakibatkan kanser serta melumpuhkan saraf di bahagian wajahnya.
Sumber Instagram Zara Zya
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.