Sebentar tadi, spekulasi mengenai isu rumahtangga Hafiz Hamidun bersama isterinya, Joy Revfa terjawab apabila kedua-duanya telah memfailkan pembatalan nikah atau faraq.
Namun begitu, permohonan Hafiz Hamidun dikatakan tidak sah apabila isterinya, Joy Revfa terlebih dahulu memfailkan permohonan berkenaan pada jumaat yang lalu.
“Jadi saya tidak boleh mengulas lanjut mengenai isu ini. Saya akan memberi kenyataan selepas mendapat keputusan mahkamah. Kenyataan saya ini hanya berdasarkan fakta dan bukan emosi,”
Menurut Hafiz juga isu perkahwinannya yang tidak sah dengan Joy Revfa akan dijelaskan sebaik urusan mereka dengan mahkamah selesai dan beliau juga sedang mengumpulkan beberapa fakta berkaitan perkahwinan mereka yang akan turut didedahkan tidak lama lagi.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.